Khasiat Kunyit – Manfaat Daun, Bunga & Rizom Untuk Kesihatan

Kunyit adalah merupakan sejenis herba yang sering digunakan samada dalam masakan mahupun untuk rawatan kesihatan sejak zaman dahulu kala lagi terutamanya dalam kalangan kaum India. Ia juga dikenali sebagai Curcuma domestica Loir. sebagai nama saintifiknya. 

Selain India, kunyit juga digunakan secara meluas di negara-negara Asia Tenggara, seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. 

Komponen utama kunyit dikenali sebagai sebatian kurkuminoid termasuklah curcumin. Curcumin inilah yang memberi warna kuning keemasan kepada kunyit.

khasiat kunyit

Curcumin ini juga mempunyai pelbagai faedah untuk kesihatan antaranya ialah digunakan untuk melawan obesiti, inflamasi, kanser, diabetes, dan juga arthritis (sakit sendi).

Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium.

Mari kita kenali lebih dekat tanaman ini serta manfaatnya.

Pengenalan

Nama saintifik : Curcuma domestica Loir.

Nama biasa : Tumeric

Nama tempatan : Kunyit

Famili : Zingiberaceae

  • Merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India.
  • Juga digunakan sebagai bahan pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa
  • Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam Kunyit merupakan sejenis herba yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga mencapai 1m tinggi.
  • Daunnya berjambak dengan susunan daun secara alternat, berwarna hijau muda
  • Rizomnya beraroma berwarna keperangan dan warna kekuningan di bahagian isi dalam.
  • Kebiasanya kunyit ditanam di belakang rumah.
  • Kunyit membiak secara aseksual iaitu melalui keratan rizom.
  • Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan dan tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang banyak

Penanaman Kunyit

  • Sebaiknya penanaman dilakukan bermulanya musim hujan.
  • Ditanam di atas batas berukuran 1 – 1.5m lebar dan 20cm tinggi panjang ikut kesesuaian.
  • Tanam sedalam 6 – 8 cm
  • Jarak Tanaman 45 – 60 cm antara baris
  • Antara pokok 25cm
  • Berikan lindungan sementara sehingga berumur 3 bulan

Khasiat Umbisi Kunyit (Rizom)

  • Mencegah masalah kanser kolorektum
  • Mencegah Alzheimer
  • Mencegah Arthritis
  • Masaalah gangguan kulit
  • Anti radang dan menurunkan kolestrol
  • Menyokong metabolisme gula dalam darah yang sihat dan melawan diabetes

Khasiat Daun Kunyit

  • Sebagai Penyedap Makanan
  • Meningkatkan Kesihatan Pencernaan
  • Bersifat Sebagai Anti Radang
  • Menyembuhkan Luka
  • Mencegah Diabetis
  • Melembutkan Dan Mencerahkan Kulit
  • Anti Inflamasi

Khasiat Bunga Kunyit

Bunga kunyit tumbuh atau keluar di celah pelepah daun kunyit. Biasanya berwarna putih atau kuning. Bunga kunyit akan tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk.

  • Mempercepatkan luka lepas bersalin bagi ibu berpantang
  • Mengembalikan bentuk tubuh yang asal dan untuk kesihatan Rahim.
  • Sebagai Bahan untuk awet muda dan kecantikan semula jadi luar dan dalam

Sumber: Pejabat Pertanian Daerah Kulai  

Lagi Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan 

  1. Kecantikan Wanita Dalaman Dan Luaran

Air jus kunyit sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita. Ia membantu dalam penjagaan wajah seperti mengecutkan jerawat, merawat masalah jeragat, memudarkan kedutan diwajah, serta mencerahkan kulit wajah agar kelihatan berseri. 

Bukan itu sahaja, kunyit yang disediakan bersama dengan minyak boleh digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar.

  1. Membantu Mengawal Berat Badan

Serbuk kunyit juga boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Ia akan bertindak sebagai “fat burner” yang berperanan untuk memecahkan lemak-lemak dan menghalang pembentukan lemak. 

  1. Antiseptik Dan Agen Anti-Bakteria Semulajadi

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

  1. Melegakan Sakit Sendi (Arthritis)

Dari segi sejarah, pengamal perubatan India tradisional menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai penyakit. Kandungan kurkumin dalam kunyit mempunyai ciri-ciri yang boleh digunakan untuk gejala rheumatoid arthritis (RA) seperti; anti-radang, antioksidan, dan lain-lain. 

  1. Memberi Kekuatan Badan

Kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu boleh dijadikan sebagai tonik dan sering digunakan dalam jamu serta perubatan tradisional wanita.

Menurut sumber, kunyit juga dahulunya dijadikan sebagai penawar racun terutamanya sebagai pertolongan pertama pada gigitan ular. Hal ini kerana, kandungan dalam kunyit mampu menghalang bisa ular daripada tersebar ke seluruh tubuh badan anda serta mengurangkan  pembengkakan berlaku. 

Kesimpulan

Ada pelbagai lagi manfaat dan khasiat kunyit untuk kesihatan dan kecantikan yang anda boleh dapati. Malah, kini terdapat banyak produk yang berasaskan kunyit dihasilkan bagi memudahkan penggunaan secara meluas. 

Walaubagaimanapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk-produk berasaskan kunyit yang dijual pasaran. 

Sumber:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazurah Hassan
Nazurah Hassan

Berpengalaman sebagai pegawai penyelidik, kini mengurus keluarga sambil menulis artikel online. Hasil penulisan pernah diterbitkan di portal online TheAsianParent.com, PantangPlus.com, TZKRH, Majalah Labur dan SirapLimau.

Articles: 10