Khasiat Kurma Ajwa, Melindungi Dari Terkena Sihir Dan Racun

Kurma ajwa adalah merupakan antara jenis buah kurma yang menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Ini adalah kerana rasanya manis-manis berlemak tetapi tidak terlalu manis serta teksturnya yang lembut.

Warnanya pula biasanya lebih gelap berbanding kurma lain serta harganya pun agak sedikit mahal berbanding kurma biasa. 

Khasiat Kurma Ajwa

Hal ini adalah kerana, ia mempunyai kelebihan serta keunikan tersendiri. Antaranya ialah, disebut dalam hadis sebagai kurma yang dapat memberi kebaikan kepada sesiapa yang memakannya. 

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ

Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.

[Riwayat al-Bukhari (5445) dan Muslim (20547)]

Bukan itu sahaja, khasiat kurma ajwa untuk kesihatan juga tidak dapat dinafikan. Mari kita lihat satu persatu khasiat kurma ajwa seperti di bawah. 

Khasiat Kurma Ajwa 

  1. Melindungi Diri Dari Terkena Sihir Atau Racun 

Seperti yang disebutkan dalam hadis diatas, pengambilan kurma ajwa sebanyak 7 biji dapat membantu melindungi diri daripada terkena sihir ataupun racun sepanjang hari tersebut. 

Sebagai umat islam kita perlu meyakini apa yang disebutkan dalam hadis serta beramal dengannya. 

  1. Membantu Merawat Kanser

Selain itu, kurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Menurut beberapa kajian, ekstrak kurma ajwa dapat menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payudara, paru-paru dan usus. 

Hal ini adalah disebabkan kandungan kurma yang bersifat anti-tumor seperti antioksidan yang terdiri daripada flavonoid, quercetin, steroids dan polifenol. 

Aktiviti antioksidan ini meningkatkan aktiviti enzim superoxide dismutase (SOD) dan glutathione-S-transferase (GST) yang boleh menghalang penambahan  sel rosak/tidak normal dengan mengurangkan peluang mutagenesis. Mutagenesis ialah aktiviti mutasi DNA yang boleh meningkatkan pertumbuhan sel tersebut. 

  1. Membantu Meningkatkan Kesuburan 

Mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan mineral, kurma ajwa dipercayai boleh membantu meningkatkan hormon libido untuk memberi kesuburan kepada lelaki dan wanita.

  1. Bagus Untuk Ibu Menyusukan 

Kandungan zat oksitosin dalam kurma ajwa sangat bermanfaat untuk membantu merangsang pengeluaran susu ibu. Selain itu, ia juga membantu melindungi tubuh ibu-ibu daripada penyakit dan jangkitan serta anemia oleh kerana kandungan zat besinya yang tinggi.

  1. Melancarkan Proses Pencernaan

Seperti kurma biasa, kurma ajwa juga mengandungi serat larut yang tinggi. Sekiranya anda mempunyai masalah pencernaan seperti sembelit, anda boleh cuba mengamalkan pengambilan kurma ajwa secara konsisten. 

Bukan itu sahaja, pengambilan kurma ajwa juga mampu mengenyangkan perut anda tau. Sesuai sangat makan kalau tengah berdiet tu. 

  1. Menstabilkan Tekanan Darah, Menjaga Kesihatan Jantung, Mencegah Diabetes

Kurma ajwa juga mampu membantu menstabilkan tekanan darah terutamanya pesakit hipertensi. Ia mengandungi serat dan mineral seperti zat besi dan potassium serta kalium yang tinggi tetapi kandungan garam yang rendah.

Secara tidak langsung, ia juga membantu mencegah sakit jantung dan strok.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai sakit kencing manis, anda tak perlu risau. Hal ini kerana kurma ajwa hanya mengandungi gula monosakarida. Gula ini tergolong dalam golongan paling sederhana yang tidak dapat dipecahkan.

Ianya selamat untuk pesakit kencing manis dan tidak menyebabkan paras gula dalam darah anda meningkat. Tambahan pula, kandungan serat tambahan dalam kurma ini telah membantu mengurangkan penyerapan gula dalam darah dan menunjukkan impak positif kepada pesakit diabetes. Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

  1. Membantu Mengurangkan Keradangan 

Kurma ajwa juga sangat bermanfaat untuk membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh hasil tindak balas sistem imuniti dalam badan. Ia kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. 

Bahkan, ia juga mengandungi zat anti-radang yang spesifik dan setanding dengan ubat-ubatan di hospital seperti aspirin dan ibuprofen. 

Kesimpulan 

Walaupun harga kurma ajwa di Malaysia lebih mahal daripada kurma biasa (bergantung pada gred), namun nutrisi, rasa dan khasiatnya memang berbaloi. Apa salahnya berbelanja lebih sedikit sesuai dengan kualiti kan. 

Walaubagaimanapun, anda jangan khuatir. Secara umumnya, semua jenis kurma memiliki keunikan dan khasiat yang lebih kurang sama sahaja, bezanya adalah yang mana menjadi pilihan hati mengikut citarasa masing-masing. 

Sumber: https://www.mstar.com.my/, https://siraplimau.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161