7 Khasiat Latok Viral, Juga Dikenali Sebagai Anggur Laut Asia

Latok menjadi satu makanan viral bermula dengan penduduk Sabah yang memperkenalkan spesis rumpai laut tersebut di media sosial.

Semenjak itu, Latok sudah mula dijual di Semenanjung Malaysia dengan sambutan yang tinggi.

Terdapat banyak khasiat latok yang mungkin anda tak tahu.

Ramai yang mengatakan rumpai laut ini bagus untuk kekalkan awet muda kerana kecantikan wanita Sabah memang tidak dapat dinafikan.

Tahukah anda bahawa Latok juga mempuyai khasiat-khasiat lain berdasarkan kandungan zat dan mineral yang tinggi didalamnya!

Kenali Latok

Nama saintifik bagi Latok ialah Caulerpa Lentillifera (edible Caulerpa) iaitu sejenis tumbuhan yang lembut dan berjus (sukulen) yang banyak didapati di Filipina, Vietnam, Jepun, Korea dan Sabah, Malaysia.

Di Sabah, Malaysia Latok ini berasal dari suku Suluk dan Bajau Laut yang dipanggil rumpai laut anggur kerana fizikalnya yang menyerupai anggur.

Cara pemakanan Latok ini adalah secara mentah dan diperah limau kasturi atau dimakan bersama nasi panas dan ikan yu panggang sebagai ulam.

7 Khasiat Latok Untuk Kesihatan

Berikut dikongsikan antara 7 khasiat latok untuk tujuan kesihatan.

Baca juga: Benarkah Sumac Boleh Menjadi Penawar COVID-19?

1. Menguatkan tulang dan sendi

Latok bersifat anti-keradangan kerana kaya dengan protein, kalsium dan asid lemak tidak tepu yang terkandungan didalam kumpulan omega3.

2. Mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis

Ia juga kaya dengan kalsium, potasium dan vitamin C yang berperanan mengawal tekanan darah dengan mengurangkan pembentukan sodium dan cecair di dalam badan.

Kandungan omega3 yang tinggi dapat membantu mengekalkan paras gula yang rendah didalam darah.

3. Menghalang pembengkakan thyroid

Latok kaya dengan iodin yang boleh mengelakkan pembengkakan thyroid yang tidak normal dan menyebabkan batuk serta kesukaran bernafas.

4. Melawan sel kanser

Rumpai laut mengandungi Fucoidan (sejenis kompaun yang terdapat di sel dinding rumpai laut) iaitu bersifat anti kanser dan juga menguatkan sistem imunisasi badan.

5. Melindungi mata dan jantung

Asid lemak tidak tepu yang terkandung didalam rumpai laut dapat membantu memperbaiki penglihatan dan memori.

Kadar kolesterol didalam badan menyebabkan individu tersebut mudah mendapat masalah jantung seperti strok dan serangan jantung.

6. Kulit yang cantik dan rambut yang lembut

Seperti rumpai laut yang lain, Latok mengandungi lemak sihat yang dapat melindungi sel membran daripada kerosakan akibat radikal bebas yang membuatkan kulit lebih anjal dan cantik.

Latok ini juga merupakan sumber kolagen dan antioksidan yang merupakan senjata penting untuk melawan kesan negatif daripada proses penuaan dan sentiasa awet muda!

7. Mengawal berat badan

Latok ini sudah boleh anda jadikan snek kerana kandungan iodin, zink, omega-3, kalsium, potasium dan vitamin yang tinggi dapat membantu anda untuk sentiasa mempunyai berat badan yang ideal dan sihat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
syakila
syakila
Articles: 1