Bukan Sahaja Sedap, Ini 7 Khasiat Limau Kasturi Terhadap Kesihatan Kita

Manis, masam dan berwarna terang – Ini merupakan antara ciri buah-buahan sitrus yang menjadi kegemaran ramai. Walaupun tidak mempunyai warna yang terang, buah limau kasturi merupakan buah yang tergolong di dalam kumpulan ini. 

Ia juga sarat dengan pelbagai vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, limau ini sebenarnya adalah hasil kacukan antara dua buah yang berbeza iaitu oren mandarin dan juga limau kumquat.

Akhirnya, terhasilah limau kasturi atau nama lainnya calamansi.

Di negara kita, limau kasturi banyak digunakan di dalam masakan sebagai penambah rasa. Selain itu, ia juga dibuat jus sebagai penghilang dahaga.

Ada juga yang meletakkan hirisan limau ini bersama buah-buahan sitrus yang lain di dalam air kosong dan diminum sebagai air detox.

Selain itu, ada banyak lagi khasiat lain limau ini yang mungkin ramai tidak tahu. 

Walaupun ia tidaklah ‘sepower’ buah sitrus yang lain, limau kasturi juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Mari ikuti kupasan kami mengenai manfaat buah sitrus ini di dalam artikel di bawah.

8 Khasiat limau kasturi terhadap kesihatan

1. Limau kasturi dapat mencantikkan kulit

Limau kasturi

Kebaikan vitamin C terhadap kulit merupakan sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi. Sebab itulah, ia sering menjadi bahan utama di dalam dunia penjagaan kulit.

Limau purut yang kaya dengan bahan-bahan yang mengandungi antioksidan dan anti inflamasi ini boleh memperbaiki tona kulit, melembapkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Selain itu, limau kasturi juga amat baik untuk mencerahkan kulit wajah. 

Ekstraknya bersifat semula jadi dan tidak menghakis kulit. Jadi, anda boleh menyapu jus limau terus pada muka tanpa perlu rasa risau.

Namun, jangan sapu terlalu kerap. 2 kali seminggu sudah mencukupi.

Limau kasturi merupakan sejenis exfoliator semula jadi yang sangat baik. 

Ini bermaksud, anda boleh menggunakannya untuk menyegarkan kulit wajah dan menghilangkan garisan-garisan halus pada kulit wajah.

2. Boleh menguatkan sistem imun badan

Selain baik untuk kulit wajah, vitamin C juga dapat menguatkan sistem imun badan. Tetapi, kebaikan ini tidak terhad pada limau kasturi sahaja.

Buah-buahan sitrus yang lain juga mempunyai khasiat yang sama kerana mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Vitamin C tidak boleh dibuat oleh badan kita. Ia hanya boleh diperoleh daripada diet kita setiap hari.

Selain itu, vitamin ini juga sangat penting untuk menguatkan sistem imun badan.

Tanpanya, anda lebih mudah mengalami jangkitan dan mungkin akan jatuh sakit dalam tempoh masa yang lebih panjang.

3. Dapat menguruskan badan

Limau kasturi

Berita baik untuk mereka yang ingin menguruskan badan!

Limau kasturi boleh membantu dalam penurunan berat badan dengan cara memudahkan pergerakan tinja dan mengelakkan sembelit.

Bukan itu sahaja, limau ini juga merupakan satu bahan detox yang baik untuk kesihatan.

Cuba gantikan segelas air yang manis dengan jus limau kasturi.

Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan badan, bahan-bahan dalam jus limau purut ini juga boleh membantu menyingkirkan lemak yang tersimpan dalam badan.

Selain menggantikan air manis dengan air limau, cuba minum jusnya sebelum makan.

Ia akan membuatkan kita rasa kenyang dan secara tidak langsung, menghalang diri kita daripada makan terlalu banyak!

4. Menghilangkan bau badan

Salah satu kebaikan limau ialah keupayaannnya untuk menghilangkan bau badan. Malah, pengambilannya mungkin dapat membantu jika anda sering berpeluh.

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan boleh membunuh bakteria penyebab bau badan.

Cuba berendam di dalam tub mandi dengan perahan beberapa biji limau kasturi. Pasti anda akan nampak perbezaannya!

5. Limau kasturi dapat menambah tenaga

Limau kasturi

Disebabkan diet kita yang tidak sihat, ramai yang cepat rasa penat dan letih.

Untuk mengelakkan masalah ini, cuba minum jus limau bersama sesudu madu lebah untuk meningkatkan tenaga.

Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C nya yang tinggi juga akan memberikan lebih ‘kick’ dan menghalang kita daripada rasa letih setiap masa!

6. Sedap dipadankan dengan apa-apa makanan

Limau kasturi merupakan bahan yang sesuai dipadankan dengan apa jua masakan.

Tambah sahajalah ke dalam kicap dan cicah dengan ikan bakar, pasti ia akan menambah kesedapan makanan tersebut.

7. Boleh digunakan untuk merawat kelimumur

Limau kasturi merupakan buah yang digunakan secara turun-temurun untuk merawat kelimumur.

Selain itu, ia juga boleh menambah ketebalan rambut dan mengurangkan gatal-gatal kulit kepala.

Bukan itu sahaja, disebabkan ia boleh menghilangkan bau badan, jus limau kasturi juga boleh digunakan sebagai pencuci badan.

Kesimpulan

Limau kasturi

Walaupun limau purut mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri, anda tidak patut mengambilnya secara berlebihan.

Sama seperti buah sitrus yang lain, pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah pencernaan. Malah, ada juga yang sakit perut dan cirit-birit setelah mengambil terlalu banyak limau ini.

Oleh sebab itu, jika anda mempunyai masalah seperti gastrik atau pedih ulu hati, elakkan mengambil jus limau.

Jika tidak, anda mungkin akan mengalami pelbagai masalah disebabkan sifatnya yang asidik dan rasanya yang sangat masam.

Rujukan

  1. https://uscitrus.com/blogs/citrus-delight-blog/calamondin-magic-7-amazing-health-benefits-of-calamansi-juice
  2. https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-c-benefits#5.-Helps-prevent-iron-deficiency
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: