Tak Hanya Baik Untuk Mata, Ini Khasiat Lobak Merah Untuk Tubuh

Khasiat lobak merah sebagai sayuran yang baik untuk mata tidak perlu diperkenalkan lagi.

 Ia juga cukup digemari sebagai sayuran yang rasanya manis dan sesuai dikisar menjadi jus.

Lobak merah juga digelar dengan nama saintifiknya Daucus carota.

khasiat lobak merah
Kredit Foto : blakeandbull.co.uk

Baca Juga : Makanan SUPER Untuk Kencing Manis, Ketahui Khasiat Sebenar Peria!

Lobak merah seberat 100 gram mampu membekalkan pelbagai nutrisi kepada tubuh badan seperti :

Kalori : 41 kcal

Serat : 2.8 g

Karbohidrat : 9.6 g

Gula : 4.7 g

Memetik Healthline, lobak merah juga merupakan sumber mineral penting seperti :

Vitamin A : lobak merah kaya dengan beta karoten yang baik untuk kesihatan mata dan menguatkan sistem pertahanan badan.

Biotin : vitamin B ini pula memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisma lemak dan protein dalam badan.

Vitamin K 1 : Juga dikenali sebagai phylloquinone, vitamin K 1 ini penting bagi pembekuan darah secara sihat di samping melindungi kesihatan tulang.

Kalium : Mineral ini pula penting bagi mengawal tekanan darah dalam badan.

Khasiat Lobak Merah Untuk Kesihatan

1. Baik Untuk Sistem Penghadaman

Dengan 2 g serat dalam sebiji lobak, ia menjadikan sayuran ini baik diamalkan bagi menyihatkan sistem penghadaman.

Kandungan serat tidak larut dalam lobak merah seperti selulos, hemiselulos dan lignin pula membantu dalam mengurangkan masalah sembelit dan melancarkan lagi pergerakan usus.

2. Bagus Untuk Pesakit Diabetes

Serat mudah larut iaitu pektin yang dijumpai dalam lobak merah dapat merendahkan paras gula dalam darah dengan

memperlahankan penghadaman gula dan kanji dalam makanan yang diambil.

Lobak merah juga mengandungi nilai indeks glisemik (GI) yang rendah.

 Pengambilan makanan dengan nilai GI yang rendah memberikan manfaat kesihatan yang baik buat pesakit diabetes.

Di samping itu, kajian juga mendapati pengambilan diet tinggi serat seperti lobak merah juga dapat membantu pengawalan paras gula dalam darah bagi pesakit yang mengalami type 2 diabetes.

 3. Baik Untuk Kesihatan Mata

Kekurangan vitamin A dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah penglihatan lebih-lebih lagi pada waktu malam (night blindness) .

Tak hanya itu, lutein iaitu antioksida yang ditemui dalam lobak merah juga penting untuk kesihatan mata.

 Di samping itu, kandungan carotenoid dalam lobak merah juga dapat mencegah mata daripada risiko kerosakan makular akibat penuaan.

Kredit Foto : kirkeyecenter.com

4. Berpotensi Sebagai Antikanser

Kajian mendapati polyacetylene iaitu komponen bioaktif yang terkandung dalam lobak merah juga berpotensi dalam melindungi tubuh daripada leukemia serta pelbagai jenis kanser.

Antioksida yang bernama lycopene yang dijumpai dalam lobak merah dan ungu juga dikatakan dapat mencegah daripada penyakit jantung serta kanser.

Diet yang kaya dengan karotenoid juga dapat melindungi badan daripada beberapa jenis kanser seperti kanser kolon, kanser prostat dan kanser perut.

 5. Menstabilkan Tekanan Darah

American Heart Association (AHA) menggalakkan orang ramai untuk kurangkan pengambilan garam dan lebihkan makanan tinggi kalium seperti lobak merah.

Mineral kalium terbukti dapat merehatkan kecutan saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.

6. Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

Khasiat vitamin A dan C yang dijumpai dalam lobak merah menjadikan sayuran ini baik diamalkan bagi menguatkan sistem imuniti badan.

Di samping itu, segelas jus lobak merah juga mampu membekalkan sehingga 30% keperluan vitamin B6 harian yang penting untuk menguatkan sistem imuniti badan.  

 Kajian mendapati sistem pertahanan yang kuat dapat melindungi badan daripada pelbagai penyakit seperti jangkitan kuman dan kanser.

7. Menguatkan Tulang

Khasiat lobak merah juga didapati baik bagi mengekalkan kesihatan tulang.

Mineral penting yang terkandung dalamnya seperti vitamin K dan bilangan kecil fosforus serta kalsium dapat melindungi kesihatan tulang dan sekaligus mengelakkan masalah osteoporosis menjelang usia semakin meningkat.

khasiat lobak merah
Kredit Foto : siraplimau.com

Lobak merah merupakan sayuran yang padat dengan nutrisi, rendah kalori dan mudah untuk diterapkan di dalam diet.

Ia juga sesuai untuk diambil sebagai snek sihat atau dikisar menjadi jus.

Khasiat lobak merah juga sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat pada kesihatan seperti mata, jantung dan sistem penghadaman.

Sumber :

Carrots 101: Nutrition Facts and Health Benefits

https://www.healthline.com/nutrition/foods/carrots

8 Impressive Benefits of Carrot Juice

https://www.healthline.com/nutrition/carrot-juice-benefits

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85