Khasiat Madu Untuk Kesihatan Yang Jarang Orang Tahu!

Madu adalah merupakan salah satu makanan daripada sumber asli yang terkenal sejak zaman dahulu kala lagi kerana mempunyai pelbagai manfaat serta kegunaan. 

Madu juga didefinisikan sebagai pemanis semula jadi yang dihasilkan oleh lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan. Kemudian, dikumpulkan oleh lebah madu dan ‘diubah’, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga jadilah ia madu yang kita ketahui hari ini.

Khasiat madu yang banyak dan kegunaannya yang pelbagai menyebabkan ia digemari ramai. Antaranya, ia boleh digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, menambah kelikatan dalam makanan, rawatan tradisional dan macam-macam lagi.

Mari teruskan membaca!

khasiat madu

Khasiat Madu Untuk Kesihatan

  1. Penawar Penyakit

Di dalam kitab suci al-Quran, madu ada disebut sebagai makanan ahli syurga dan didalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. 

“ Kemudian, makanlah (wahai lebah) dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perutnya itu keluar minuman (madu) yang beraneka warnanya. Di dalamnya terdapat obat bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. “ -Surah An Nahl, ayat 69

Maka tidak hairanlah, madu sering digunakan dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia.

Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu.

Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral yang menjadikannya sesuai untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. 

  1. Pemanis Semulajadi Dan Sumber Tenaga Segera

Komposisi utama madu adalah gula. Lebih kurang 95-97 peratus berat kering madu adalah gula. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Ini menyebabkan madu mempunyai rasa manis yang semulajadi serta mampu memberikan tenaga segera untuk pengamalnya. Ramai yang menggunakan madu bagi menggantikan gula samada dalam masakan/makanan ataupun minuman.  

  1. Menyihatkan Usus, Menguatkan Otot Dan Sendi 

Di samping itu, madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Dengan mengamalkan memakan madu, usus anda akan bertambah sihat!

Selain itu, madu juga mengandungi asid amino proline. Asid amino proline ini dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk  membantu menguatkan otot dan sendi tulang. 

  1. Penyembuh Luka 

Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka mempunyai sifat melawan keradangan.

Hal ini kerana, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin B, vitamin A, dan vitamin C. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

  1. Memulihkan Sakit Tekak & Batuk 

Khasiat madu yang agak popular ialah, membantu untuk memulihkan sakit tekak dan batuk. Anda hanya perlu campurkan dengan bahan-bahan alami lain seperti lemon, cuka epal dan lain-lain untuk memaksimumkan kesannya. Atau, gunakan sahaja madu asli tanpa apa-apa campuran. Mudahkan?

Jenis – Jenis Madu

Untuk pengetahuan anda, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. 

Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Manakala, madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.

Kesimpulan 

Akhir kata, pengambilan madu adalah sangat baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, anda harus mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya perlu. Elakkan memberi madu kepada bayi dan kanak-kanak. 

Dan, pastikan anda dapatkan madu yang asli tanpa campuran gula ataupun bahan kimia yang boleh memberikan kesan buruk kepada anda. 

Sumber: 

  • HelloDoktor.com
  • Berita Harian 
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161