Khasiat Minyak Kelapa Dara, Boleh Menggantikan Nasi?

Minyak kelapa dara telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi malah ada ekod yang mencatatkan ia telah digunakan seawal 1500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka.

Anda pernah guna minyak kelapa dara? Mungkin ramai di antara kita yang kurang tahu perihal minyak kelapa dara ini berbanding orang tua-tua dahulu. 

Untuk pengetahuan anda, minyak kelapa dara atau dalam bahasa asingnya “virgin coconut oil” adalah merupakan superfood iaitu sejenis makanan yang menawarkan manfaat yang maksimum dengan kalori yang rendah. Ia dilengkapi dengan pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh manusia. 

Oleh itu, jelaslah bahawa khasiat minyak kelapa dara ini tidak dapat dinafikan lagi. 

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

  1. Sumber Tenaga

Mengandungi sejenis lemak atau dikenali sebagai lemak tepu (MCFA) yang mudah diproses/terurai menyebabkan minyak kelapa dara menjadi salah satu sumber tenaga yang cepat diperoleh untuk mengatasi keletihan dan lain-lain. 

Minyak kelapa dara bertukar menjadi tenaga lebih pantas berbanding proses pertukaran tenaga oleh gula atau karbohidrat. Malah, tenaga tersebut tidak akan disimpan sebagai lemak berlebihan di dalam badan. 

Anda boleh cuba mengambil minyak kelapa dara sebagai salah satu sumber tenaga utama lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai masalah diabetes. Ada juga yang mengatakan, minyak kelapa dari boleh menggantikan gula/nasi bagi membekalkan tenang. 

Selain itu, lemak (MCFA) ini juga  bersifat anti-fungal, anti-microbial serta antiviral yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria. 

  1. Mengandungi Antioksidan Yang Tinggi

Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang tinggi iaitu, tokoferol, tokotrienol, fitosterol, dan polifenol. 

Semua jenis antioksidan ini mempunyai kebaikan dan fungsi tersendiri contohnya, dapat mencegah kanser, menurunkan kolesterol dalam badan, meningkatkan metabolisme asid amino di dalam usus dan macam-macam lagi. 

  1. Tahan Lama

Kandungan minyak tepu yang terdapat di dalam minyak kelapa dara ini membuatkan minyak ini lebih stabil untuk penyimpanan jangka panjang dan untuk masakan.

  1. Membantu Mengurangkan Masalah Kulit

Masalah kegatalan pada kulit boleh disebabkan oleh macam-macam punca antaranya ialah ekzema. 

Terdapat kajian yang dilakukan terhadap orang dewasa yang mempunyai masalah ekzema mendapati bahawa minyak kelapa dara mampu mengurangkan simptom ekzema daripada menjadi bertambah teruk dan ia adalah lebih baik berbanding minyak zaitun.

Bukan itu sahaja, minyak kelapa dara juga sesuai digunakan sebagai pelembab bagi masalah kulit kering kerana sifatnya yang mampu meningkatkan kelembapan kulit dan meningkatkan lapisan lemak di permukaan kulit.

  1. Mencegah Kerosakan Rambut 

Penjagaan rambut adalah amat penting untuk memastikan rambut sentiasa terurus dan sihat. Anda boleh cuba menggunakan minyak kelapa dara untuk membantu menyihatkan dan mencegah kerosakan rambut. 

Mengandungi asid laurik, minyak kelapa dara dapat membantu mengelakkan rambut kering, rapuh dan gugur. Asid laurik di dalam minyak kelapa dara juga boleh menyerap masuk ke dalam rambut dan membaiki rambut rosak atau membekalkan vitamin, mineral dan lemak sihat kepada rambut.

Selain itu, penggunaan minyak kelapa dara juga dikatakan lebih efektif berbanding minyak mineral atau minyak bunga matahari. Hal ini adalah kerana, ia dapat mengurangkan kehilangan protein pada rambut. 

  1. Berkesan Menghilangkan Plak Gigi

Mungkin ramai yang tidak tahu, minyak kelapa dara juga berpotensi untuk mencegah karies gigi, dan efektif untuk mengurangkan radang gusi yang disebabkan oleh plak gigi. 

Hal ini adalah disebabkan kehadiran komponen asid laurik yang mempunyai sifat antimikrobial yang mampu mampu mencegah pertumbuhan bakteria dan seterusnya boleh menyebabkan plak gigi yang berlebihan.

Kesimpulan 

Akhir kata, anda boleh cuba amalkan penggunaan minyak kelapa dara dalam kehidupan seharian  dan rasai manfaatnya setelah mengamalkannya secara konsisten. 

Selamat Mencuba!

Sumber: rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161