Khasiat Pisang Berdasarkan Fakta Sains, Menakjubkan!

Pisang adalah merupakan buah tempatan yang sering dijadikan pelbagai juadah dan jenis makanan. Antaranya ialah, kuih-muih, pisang goreng, jus pisang, bubur pisang dan lain-lain. Ia mudah ditemui dan dijual pada harga yang berpatutan. 

Bukan itu sahaja, ia turut digemari oleh semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Selain rasanya yang sedap, ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan terutamanya dari segi kesihatan. 

Mari teruskan membaca untuk mengetahui khasiat pisang untuk tubuh kita. 

khasiat pisang

Khasiat Pisang Berdasarkan Fakta Sains, Menakjubkan!

  1. Mengandungi Nutrisi Yang Baik Untuk Perkembangan Janin 

Pisang mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan termasuklah asid folat dan kalium. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium. 

Nutrisi-nutrisi yang terdapat di dalam pisang ini amat diperlukan oleh ibu hamil untuk memastikan janin berkembang dengan baik. 

  1. Membekalkan Tenaga Secara ‘Instant’

Tahukah anda, sekiranya anda mendaki gunung/bukit atau melakukan aktiviti lasak, pisang adalah merupakan salah satu makanan yang wajib anda bawa selain coklat. Hal ini kerana, kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang boleh menjadi sumber tenaga ‘instant’ untuk tubuh. 

Karbohidrat merupakan makronutrisi yang berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pengambilannya sebelum bersenam mampu untuk membekalkan tenaga semasa kita sedang beraktiviti. 

  1. Membantu Proses Menurunkan Berat Badan

Sekiranya anda bercadang untuk diet, jangan lupa masukkan sekali pisang ke dalam menu anda!

Pisang mempunyai kalori yang rendah, dan sesuai untuk dimakan ketika anda dalam proses menurunkan berat badan. 

Kandungan seratnya yang tinggi juga membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu membuatkan kita berasa kurang lapar. Pengambilannya sebelum memakan hidangan utama boleh mengurangkan pengambilan makanan.

  1. Mengecutkan Jerawat 

Selain kesihatan tubuh badan, pisang juga dapat digunakan untuk mencantikkan wajah. Anda boleh cuba lenyekkan pisang yang telah masak dan sapukan pada jerawat anda kemudian biarkan selama beberapa minit dan bersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

  1. Mengatasi Sembelit 

Mempunyai kandungan serat seperti cellulose, hemicellulose dan alpha-glucans yang tinggi, buah pisang mampu mencegah masalah sembelit dan melancarkan proses membuang air besar.

INFO: Serat tidak terlarut adalah serat yang tidak akan tercerna oleh badan lalu akan menyumbang kepada penambahan isipadu najis untuk mencegah masalah sembelit.

  1. Mengurangkan Rasa Gatal Gigitan Nyamuk 

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menggunakan kulit pisang dan gosokkan secara perlahan ke kawasan yang terkena gigitan nyamuk. Gosokkan sehingga gatalnya hilang. 

  1. Membantu Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan kalium yang tinggi di dalam pisang mampu membantu untuk menurunkan tekanan darah. 

Kalium merupakan mineral yang akan menyebabkan saluran darah untuk mengembang lalu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kandungan natrium di dalam buah pisang juga sangat rendah dan sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit hipertensi.

  1. Meningkatkan Sel Darah Merah 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah yang menjadi punca anaemia berlaku. Dengan mengamalkan memakan pisang, anda boleh mencegajh masalah ini kerana pisang mengandungi zat besi yang terbukti boleh membantu mencegah anemia.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan lagi, pisang memang mempunyai banyak khasiat dan kegunaan. Apapun, jangan makan secara berlebihan terutamanya bagi penghidap kencing manis kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang alahan ataupun penyakit, sila dapatkan panduan dan nasihat daripada doktor jika perlu. Akhir kata, semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan kebaikan pisang kepada anda. 

Kalau sebelum ini anda tak suka makan pisang, boleh lah cuba perlahan-lahan untuk memakan pisang bagi mendapatkan manfaatnya. 

Sumber: rootofscience.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161