3 Khasiat Teh Sanna (Senna Tea) Yang Baik Untuk Perut Anda

Pernah dengar teh sanna atau senna tea? Jom kami kongsikan apa khasiat teh sanna dalam kehidupan anda.

Seperti yang kita tahu,bermula awal tahun 2020 sehingga kini negara kita dilanda wabak Covid-19.

Seiringan dengan itu pihak kerajaan telah mengambil inisiatif melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak ini.

Tapi anda tak perlu risau kerana dengan pengambilan minuman Teh sanna ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan anda.

Teh sanna ini diperbuat daripada pokok daun sana.

Minuman teh sanna ini dikenali sebagai Sanna Makkah merupakan minuman sunnah yang mengandungi nilai-nilai perubatan yang tinggi.

Mengenali Teh Sanna

Senna adalah tanaman herba asli yang berasal dari Afrika Timur Tengah. Pokok senna ini hanya boleh didapati di kawasan tropika sahaja. Kandungan yang terdapat pada daun sanna antaranya Sennosida, Anthraquinon dan Hidroksian Thrasen.

Daun sanna ini telah diproses menjadi daun teh dan dijadikan sebagai rawatan sembelit dan teh detoks. Teh sanna juga berfungsi sebagai jamu dalam perawatan masalah sukar buang air besar serta melangsingkan badan.

Fakta mengenai teh sanna :
Sanna boleh didapati dalam bentuk tablet,cecair dan serbuk.
Selamat digunakan oleh kanak kanak berumur lebih 2 tahun.

Khasiat Teh Sanna

Seperti minuman teh detoks yang lain,minuman teh sanna juga tidak digalakkan kepada wanita hamil, wanita yang menyusukan anak dan haid. Jom baca khasiat yangmenur terdapat dalam teh sanna ini:

1 – Merawat Sembelit

Menurut kajian yang dibuat oleh artikel https://www.verywellhealth.com/senna-tea-89933h khasiat teh sanna lebih terfokus kepada merawat masalah sembelit. Selain itu juga,kajian mendapati bahan yang terdapat pada teh sanna ini mempunyai kesan julap yang sangat kuat. Bukan itu sahaja Amerika Syarikat Makanan dan Dadah Pentadbiran (FDA) telah meluluskan teh senna sebagai ubat bukan preskripsi untuk merawat sembelit.

Dalam artikel yang diterbitkan Healthline mengatakan bahan aktif utama dalam daun sanna ini dikenali sebagai glikosida senna atau sennosida. Sennosida tidak dapat diserap secara langsung di dalam sistem pencernaan tetapi boleh dipecahkan melalui usus bakteria. Kandungan sennosida juga boleh menurunkan buasir yang membengkak pada bahagian dubur.

2 – Menurunkan Berat Badan

Teh sanna juga dapat menurunkan berat badan anda dengan cepat. Ini kerana teh sanna adalah merupakan detoxification yang dapat membersihkan usus dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan.

Seperti yang dibincangkan di atas,apabila anda minum teh sanna ia membantu proses pembuangan kotor dan lemak yang terdapat dalam tubuh anda sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan

Tapi perlu diingatkan penggunaan minuman teh sanna untuk jangka masa yang lama tidak digalakan kerana boleh mengubah fungsi usus yang normal.

3 – Membersihkan Sisa Kotoran Pada Usus

Selain daripada menurunkan berat badan, khasiat teh sanna juga mampu membersihkan kotoran dan sisa-sisa kotoran lemak pada usus melalui pembuangan air besar.

Pada masa yang sama juga apabila membersihkan usus secara tak langsung dapat menyerap zat makanan yang baik.

“Makanan yang tersumbat dalam usus kita akan bertukar menjadi toksin yang berbahaya. Ini secara tidak langsung dapat meracuni badan kita”- Mal Nikofen Pakar Patologi Pemenang Nobel.

Kesan Sampingan

Setiap pengambilan herba jika tidak dikawal boleh mendatangkan kemudaratan. Tapi penggunaan teh sanna ini mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

Antara kesan sampingannya ialah mengalami cirit birit dan perut akan menjadi sedikit pedih. Manakala kesan sampingan yang baik ialah badan akan menjadi lebih ringan dan segar kerana pengeluaran toksin dalam badan.

Rasulullah S.A.W bersabda “Subrun itu panas, jangan kamu gunakan sebagai pencuci perut,tapi pakailah Sanna dan Sanut kerana itu adalah ubat segala penyakit kecuali mati”- (HR TARMIZI).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: