Makanan Berangin Yang Perlu Dielakkan Untuk Atasi Perut Kembung dan Berangin

Selain bagi mendapatkan nutrisi setiap hari, kita juga perlu berhati-hati ketika memilih makanan bagi mengelakkan perut kembung dan berangin.

Ketidakselesaan pada bahagian usus adalah perkara yang biasa berlaku.

Keradangan usus atau Irritable Bowel Syndrome (IBS) pula merupakan keradangan usus yang boleh menyebabkan pelbagai simptom seperti perut kembung, sakit perut dan sistem penghadaman tidak lancar.

makanan berangin yang perlu dielakkan

Bergantung kepada individu, makanan yang boleh menyebabkan angin dan ketidakselesaan perut perlulah dielakkan. Kebanyakan makanan ini juga boleh meningkatkan lagi simptom IBS.

Baca Juga : Punca Sakit Perut Belah Kiri Yang Anda Perlu Tahu

Makanan Berangin Yang Perlu Dielakkan

1. Susu

Susu serta produk tenusu lain yang mengandungi laktos seperti keju dan aiskrim boleh menyebabkan angin dan kembung bagi individu yang lactose intolerant.

Secara purata kira-kira 70% orang dewasa di seluruh dunia tidak dapat menghasilkan lactase iaitu enzim penghadaman yang menukarkan sebatian gula di dalam gula.

Ini akan menyebabkan usus kecil tidak dapat menyerap lactose dengan baik.

Lactose yang tidak dapat dihadam akan diperam oleh bakteria dalm usus dan kemudiannya akan menyebabkan pengumpulan gas.

Walaupun produk tenusu boleh meningkatkan simptom perut berangin, lain pula ceritanya dengan yogurt kerana kultur hidup di dalamnya membantu untuk mencernakan lactose di dalam perut bagi mengelakkan ketidakselesaan dan gejala kembung perut.

makanan berangin yang perlu dielakkan

2. Makanan Tinggi Kandungan Fruktos

Fruktos bukan sahaja ditemui dalam makanan dan minuman diproses malah ia juga boleh dijumpai di beberapa jenis buah iaitu epal, pear dan buah-buahan kering.

 Makanan yang tinggi kandungan fruktos boleh memberikan kesan yang sama seperti lactose yang tidak terhadam.

Sebagai alternatif, anda boleh pilih buah-buahan yang rendah fruktos seperti buah beri, buah-buahan sitrus dan pisang.

3. Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat mengandungi gelembung yang dapat menghasilkan kesan bersoda (fizzy effect) yang sama pada saluran pencernaan.

Minuman berkarbonat juga tinggi kandungan fruktos yang tidak baik untuk sistem penghadaman.

Untuk memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar, anda perlulah amalkan minum 8 gelas air kosong sehari dan elakkan minuman bergula demi kesihatan yang lebih baik.

4. Minuman Berkafein

Selain pelbagai makanan berangin yang perlu dielakkan , minuman berkafein juga boleh meningkatkan gejala IBS iaitu cirit birit.

Selain kopi, kafein juga boleh dijumpai dalam makanan dan minuman lain seperti teh, minuman cola, coklat dan beberapa ubat sakit kepala. Semak label dahulu bagi elakkan pengambilan kafein berlebihan.

makanan berangin yang perlu dielakkan
Kredit Foto : atascoffee.com

5. Gula-Gula Getah Sugar Free

Walaupun bebas gula, ini tidak bermakna sugar free gum adalah sesuai untuk semua.

Gula-gula getah sebegini diperbuat daripada pemanis tiruan seperti sorbitol dan xylitol yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Di samping itu, tabiat mengunyah gula getah juga boleh menyebabkan seseorang mudah tertelan angin dan menyebabkan perut kembung.

6. Sayur-Sayuran

Beberapa jenis sayur-sayuran boleh menyebabkan angin dan tidak sesuai dimakan buat individu yang mengalami IBS atau mudah kembung perut.

Antara sayur-sayuran yang perlu dielakkan ialah brokoli, kobis bunga, kobis, bawang dan daun bawang.

Anda boleh pilih sayuran lain yang lebih mesra pada perut seperti terung, bayam, saderi dan sawi.

Kredit Foto : siraplimau.com

7. Kekacang

Walaupun ia tinggi protein dan sumber serat yang baik, ia perlu dielakkan bagi mengatasi gejala IBS dan ketidakselesaan sistem pencernaan.

Lebihkan Pengambilan Serat Mudah Larut

Berdasarkan National Institiute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases, pesakit IBS juga perlu banyakkan pengambilan makanan berserat lebih-lebih lagi serat mudah larut seperti yang ada di dalam buah-buahan dan oat.

Ia bukan sahaja bertujuan untuk melancarkan sistem pencernaan, malah ia juga dapat meredakan simptom IBS dengan baik.

Namun, anda tidak boleh mengambil terlalu banyak serat dalam satu masa kerana ia boleh menyebabkan angin.

Kredit Foto : sweat.com

 Sebagai permulaan, tambahkan serat sedikit demi sedikit sehingga badan anda boleh membiasakan diri.

Meskipun masalah IBS tiada penawarnya, dengan pengambilan makanan yang sesuai, gejalanya boleh dikawal dengan baik.

Walaupun makanan seperti produk tenusu, sayuran, dan buah-buahan mengandungi nutrisi yang baik untuk badan, namun sesetengah jenis perlulah dihindari bagi mengurangkan gejala kembung perut dan simptom IBS.

Anda juga perlu ingat bahawa kesan pengambilan makanan mungkin berbeza bergantung kepada individu.

Untuk mengenalpasti makanan yang sesuai dengan anda, buatlah catatan makanan yang diambil.

Sekiranya anda sering mengalami kembung perut, dapatkan saranan daripada doktor tentang pelan pemakanan yang paling sesuai dengan anda.

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/irritable-bowel-syndrome-ibs/5-foods-to-avoid-if-you-have-ibs

https://health.clevelandclinic.org/take-control-of-ibs-with-low-fodmap-diet/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85