Bayi & Kanak-Kanak

Anak Masih Pelat – Perlukah Saya Risau & Apa Perlu Buat Jika Masalah Pelat Tidak Hilang?

Kenapa anak saya masih pelat? Ibu bapa semestinya mahukan anak meraka bercakap lancar dan difahami orang ketika menginjak ke usia yang lebih tua. Namun kadang kala masalah pelat anak-anak tidak hilang.

Pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi(artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi).

Kanak-kanak sepatutnya mahir menyebut bunyi tertentu apabila mencecah umur yang tertentu.

Berikut merupakan bila bunyi mula dikuasai (sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

masalah anak pelat

Kenapa Anak Saya Pelat?

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya samada anak mereka pelat atau tidak. Sama seperti kemahiran fizikal, kanak-kanak akan meniarap, merangkak, berjalan sebelum dapat berlari. Begitu juga dengan pertuturan kanak-kanak.

Pelat boleh terjadi atas beberapa faktor, antaranya:

  • Umur dan peringkat bahasa & pertuturan masih rendah
  • Kecederaan otak, contoh: kemalangan
  • Masalah oromotor
  • Masalah sengau
  • Sumbing(Cleft)
  • Lidah pendek (tongue tie)

Namun anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau jika perkembangan bahasa dan bunyi pertuturan masih menepati tahap umur mereka. Jika tidak, anda perlu mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dalam usaha merangsang pertuturan anak-anak, anda boleh melakukan aktiviti untuk mendidiknya bercakap dengan jelas dan betul. Antaranya:

  1. Aktiviti meningkatkan kesedaran sebutannya sendiri. Aktiviti ini penting supaya kanak-kanak sedar tentang sebutannya sendiri. Jika tidak dilakukan, kanak-kanak akan berasa sebutannya betul dan tidak perlu diperbetulkan lagi. Misalnya, rakam video yang memaparkan aksi anak sedang menyanyi atau bercakap. Kemudian, biarkan anak lihat dan dengar sendiri video tersebut.
  2. Aktiviti menggalakkan pergerakan anggota artikulasi. Buat di hadapan cermin bersama anak. Buat aksi jelir lidah, gerak lidah ke kiri, ke kanan, muncungkan bibir, ketap bibir dan sebagainya. Latih anak meniru pergerakan mulut dengan cekap.
  3. Pilih perkataan yang sama bunyi. Contohnya jika anda lihat anak pelat bunyi “b” di hadapan perkataan, maka senaraikan perkataan lain yang sama bunyi seperti “bola, botol, bunga, baju, buku, biru” dan sebagainya.

Apa yang perlu saya lakukan jika masalah pelat tidak hilang?

  • Rujuk kepada pakar berkaitan untuk menilai keadaan anak. Dapatkan surat rujukan daripada klinik kesihatan/swasta untuk penilaian daripada Terapis Pertuturan
  • Berikan rangsangan bahasa yang betul. Bercakap dengan anak menggunakan perkataan yang betul. Ada ibu bapa yang cuba meniru perkataan pelat anak mereka.  Ini menyebabkan anak anda keliru tentang sebutan yang betul.

Comments

Leave a Reply