Semuanya rasa serba tak kena bila berhadapan dengan cermin, benci melihat kulit wajah yang berminyak dan akibat masalah pori-pori besar. Selain itu, ia juga memberi masalah kulit lain seperti berjerawat dan solekan tidak sekata. 

Tidak semua orang bernasib baik mempunyai keadaan kulit yang ‘cemerlang’. Bagi anda yang terus rungsing dalam ingin mengekalkan kecantikan kulit dan solekan yang lama. Nah! kami sediakan 8 langkah untuk anda praktikkan sekaligus dapat merawat menjadikan pori-pori menjadi lebih kecil. 

 Hati -hati dengan produk dari silicone

Bahan silicone digunakan sebagai formula dalam produk solekan supaya ia lembut dan mudah disapu. Sebenarnya bahan tersebut sangat tidak sesuai dengan wanita yang mempunyai pori-pori besar. Solekan yang mempunyai solekan boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Jadi anda hati-hati dengan produk mempunyai kandungan dimethicone, cyclopentasiloxane dan phenyltrimethicone, nama lain silicone dalam produk kecantikan. 

 Gunakan ‘primer’ sebelum bersolek

Foto – Blog Community

Krim primer secara praktikalnya direka khas untuk wanita mempunyai pori-pori besar. Primer menjadikan muka lebih halus dan memberi solekan tahan lama. Anda boleh gunakan sebelum menambah bedak asas dan ia mengawal minyak muka.

 Buat rawatan muka 

Foto – You and Her Spa

Rawatan muka boleh mengembalikan kesegaran kulit dan memperbaiki. Selain itu, langkah rawatan muka pada setiap mempunyai kaedah tersendiri mengecilkan pori-pori dan ia juga mengembalikan tona kulit, bentuk muka otot dan menggalakkan pertumbuhan semua sel. Rawatan laser kini amat menjadi perhatian sekarang dan memberi hasil yang cepat. 

 Buat skrub muka / mask 

Foto – yes.news.com

Pori-pori besar akibat dari sel kulit mati yang tidak di skrub secara baik dan tersumbat. Pakar-pakar kecantikan bersetuju teknik pengelupasan dari rawatan skrib salah satu cara membersih pori-pori atau masalah kulit berjerawat.

 Bawa tisu minyak (bloating paper) 

Foto – New York Magazine

Tisu atau kertas minyak yang dijual dipasaran bukan sahaja menyerap minyak dimuka tapi juga membuat pori-pori menjadi lebih kecil. Tisu minyak langkah paling cepat menyegarkan kembali solekan. Gunakan kertas minyak dahulu sebelum memperbaiki atau menambah solekan. 

Pilih bedak asas dari ‘water-based’

Foto – Makeup Geek

Anda yang mempunyai pori-pori besar pilih produk solekan dan penjagaan muka yang ‘ringan’ dari jenis ‘water-based’ berbanding ‘oil-based’. Pakar dari Perkins menyarankan memilih bedak asas dari ‘mineral-based’. 

Sentiasa lembabkan kulit dengan krim pelembab

Foto – Youtube

Jangan takut untuk menggunakan krim pelembab! Kulit yang sihat dan lembab boleh memperbaiki saiz pori-pori menjadi lebih kecil. Pastikan memilih produk yang dari bebas minyak, kawalan sebum dan anti-penenuaan.

Leave a comment

Your email address will not be published.