Pengertian Latah

Latah merupakan gangguan perilaku berupa kebiasaan mengulangi kata-kata orang lain secara automatik dan involunter. Berdasarkan ilmu saintifik, terdapat beberapa jenis latah, iaitu:

  • Echolalia, latah berupa mengulangi frasa atau perkataan yang diucapkan oleh orang lain. Jika penderita echolalia diberi pertanyaan, mereka salalunya bukan menjawab pertanyaan tersebut, malah mengulangi semula pertanyaannya.
  • Palilalia, latah yang berupa mengulangi suku kata yang diucapkan oleh lawan bicaranya. Biasanya suku kata yang diulang merupakan suku kata terakhir yang diucapkan orang yang berbual dengannya.
  • Koprolalia, latah berupa mengucapkan kata-kata yang kotor atau kasar.

Jenis latah yang akan dibincangkan pada artikel ini adalah latah berupa echolalia. Keadaan ini boleh terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Apabila perkara ini terjadi kepada kanaka-kanak, ibu bapa harus harus peka bahwa ada gangguan perkembangan mental yang terjadi. Misalnya seperti autisme, kerana kanaj-kanak yang sering melatah mungkin bergejala daripada gangguan perkembangan.

Penyebab Latah

Penyebab latah pada kanak-kanak dan orang dewasa sangat berbeza. Untuk kanak-kanak di bawah usia 3 tahun yang masih belajar bercakap, latah boleh diatakan merupakan hal yang normal dan sebhagian proses untuk belajar bercakap.

Latah pada kanak-kanak yang lebih besar umumnya adalah disebabkan oleh gangguan perkembangan, seperti autisme atau sindrom Rett. Sementara itu, latah yang terjadi kepada orang dewasa umumnya disebabkan oleh terdapat tekanan mental atau gangguan kecemasan. Selain itu, cedera kepala atau adanya gangguan saraf di otak juga dapat menyebabkan keadaan ini terjadi.

Diagnosis Latah

Ada latah atau echolalia yang dapat dipastikan oleh doktor dengan cara mengamati percakapan antara penderita latah dengan orang yag tidak mempunyai latah. Jika dalam percakapan tersebut, penderita terlihat sukar untuk mengungkapkan apa yang ada di dalam fikirannya sendiri dan cenderung mengulangi perkataan lawan bicaranya.Dengan keadaan tersebut, maka diagnosis latah dapat dipastikan. Melalui observasi percakapan tersebut, doktor juga dapat menentukan tahap latah kita sama ada berelebihan ataupun biasa sahaja.

Bila latah terjadi kepada kana-kanak , khususnya yang berusia 3 tahun ke atas, observasi perilaku dan percakapan perlu dilakukan oleh doktor pkae psikologi. Hal ini penting untuk memastikan adakah anak anda hanya mengalami latah, atau mengalami gangguan perkembangan mental seperti spektrum autisme.

Gejala Latah

Gejala utama daripada latah adalah kebiasaan mengulangi perkataan yang baru saja didengar oleh penderitanya. Kebanyakan penderita latah mengulangi perkataan atau kata-kata yang baru saja didengarnya,Namun, ada juga penderita latah yang mengulangi perkataan yang didengari beberapa jam sebelumnya.

Selain itu, penderita latah juga boleh mengalami kekecewaan atau depresi ketika menjalani percakapan. Maka, jika anda berhadapan dengan orang yang melatah, jangan sesekali mengganggu mereka. Selain daripada membahayakan, keadaan mereka juga boleh memenatkan dan menjurus kepada tekanan.

Rawatan Untuk Latah

Penderita latah disarankan untuk menjalani terapi kaunseling secara rutin untuk belajar mengungkapkan apa yang ada di dalam fukirannya dan mengurangi otomatisasi mengulang pembicaraan orang lain. Dari segi pengubatan pula, , umumnya terapis akan mengajarkan penderita untuk menahan diri sejenak sebelum berbicara dan bertenang.Jika pesakit latah berada dalam keadaan yang tenang, mereka tidak akan mengeluarkannya katak-kata yang tidak baik dan tidak akan mengulangi perkataan yang diucapkan oleh orang lain.

Selain itu, untuk mengurangkan kekecewaan atau depresi akibat latah yang dialami, doktor juga kadang menyesyorkan ubat antidepresan untuk menenangkan penderita. Hal ini juga penting kerana latah umumnya lebih mudah terjadi di saat penderita mengalami stres atau depresi.

Sokongan daripada keluarga juga perlu untuk menciptakan lingkungan yang kondusif dan menciptakan suasana percakapan yang tenang untuk penderita latah.

Pencegahan Latah

Hingga saat ini belum ada hal yang dapat dilakukan untuk mencegah latah.

Leave a comment

Your email address will not be published.