Niat Puasa Isnin Khamis Beserta Dalil Perlaksanaannya

Bercakap soal ibadah puasa, pastinya kita bukan hanya berfikir tentang bulan Ramadan atau hari-hari perayaan dalam kalender Hijriah yang khusus sahaja. Setiap minggu kita boleh berpuasa, iatu setiap hari isnin dan khamis. Ia dipanggil sebagai puasa sunat isnin dan khamis. Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda bagaimana cara niat puasa isnin dan khamis beserta terjemahannya.

Apa yang perlu anda tahu tentang puasa isnin khamis?

Puasa sunat isnin dilakukan pada hari isnin sahaja, sedangkan puasa sunat khamis pada hari khamis. Dari segi proses perlaksanaannya ia sama sahaja dengan ibadah puasa yang lain. Hanya yang membezakan adalah dari segi lafaz niat.

Dalil tentang puasa isnin khamis

Ini adalah beberapa dalil yang boleh menyokong pada galakan untuk berpuasa pada hari isnin dan khamis

1. Hari yang banyak peristiwa bermakna berlaku pada Nabi SAW

Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, 

Maksudnya: “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan Al-Quran kepadaku.” – (Hadis Riwayat Muslim)


2. Nabi SAW sering berpuasa isnin dan khamis

Daripada Aisyah RA, berkata

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)


3. Hari yang dibentangkan segala amalan

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Al-Tirmizi)

Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’ie)

Niat puasa sunat isnin

“Nawaitu sauma yaumal itsnaini sunnatan illahi ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah ta’ala.”

Niat puasa sunat khamis

“Nawaitu sauma yaumal khomiisi sunnatan lillahi ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah ta’ala.”

Syarat wajib puasa

Syarat sah puasa

Tempoh menjalankan puasa

Di Malaysia biasanya kita akan berpuasa lebih kurang selama 13 hingga 14 jam. Dari segi istillahnya tempoh menjalankan puasa adalah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Atau dalam kata lain bermula dari azan subuh sehinggalah berkumandangnya azan maghrib.

Amalan sunat ketika puasa

Walaupun niat puasa isnin khamis hanyalah puasa yang disunatkan sahaja tetapi ia sama juga mempunyai ganjaran yang banyak di sisi Allah SWT. Bahkan melazimkan diri dengan amalan sunat ketika berpuasa juga akan menambah pahala. Antara amalan sunat yang boleh dilakukan adalah seperti:

  • Segerakan berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka
  • Bersahur dan melewat-lewatkan bersahur
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran walaupun hanya satu halaman
  • Bersedekah walaupun dalam jumlah yang sedikit
  • Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan diri dan orang lain
  • Memberi makan orang yang berbuka puasa

Kelebihan puasa isnin khamis

  1. Sebagai tanda kita bersyukur dengan segala nikmat kurniaan rezeki daripada Allah SWT
  2. Mendidik nafsu amarah menjadi nafsu lawwamah sehingga lahirnya nafsu mutmainnah
  3. Mendidik nafsu amarah menjadi nafsu lawwamah sehingga lahirnya nafsu mutmainnah
  4. Melahirkan hati yang penuh dengan belas kasihan dan ihsan
  5. Pahala sunat yang berganda banyak apabila dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
  6. Manfaat yang banyak dari segi kesihatan dan kecergasan tubuh badan

Kesimpulan

Ibadah wajib adalah wajib dilaksanakan oleh seseorang tanpa alasan tidak, sedangkan ibadah sunat ia tidak diwajibkan tetapi lebih kepada digalakkan untuk kita buat. Namun yang demikian, ibadah sunat boleh menampung kecatatan pada ibadah wajib tanpa kita sedari. Oleh itu, jangan sesekali memandang remeh pada sunnah kerana banyak kebaikannya.

Rujukan

  1. Hikmah Puasa Sunat Di Hari Isnin dan Hari Khamis, Dunia Dapat, Akhirat Pun Dapat. Kashoorga.com
  2. Niat Puasa Sunat Isnin Jakim. Selapan.com
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113