PENCUCI MUKA SAFI

Siapa yang tak tahu produk keluaran tempatan yang dikenali sebagi Safi

Safi adalah merupakan salah satu jenama keluaran tempatan yang mempunyai pelbagai jenis produk yang terdiri daripada produk penjagaan kulit wajah dan juga badan.

Antara keistimewaan produk rangkaian Safi ini ialah bahan kandungannya yang bersifat vegetarian, bebas gelatin haiwan dan alkohol. Bukan itu sahaja, kandungannya juga dijamin menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Ia juga diformulasikan khas agar sesuai dengan keperluan pengguna serata Asia.

Tunggu apa lagi,  mari kita lihat senarai pencuci muka Safi yang terbaik mengikut jenis kulit anda. Jom!

Pencuci Muka Safi Terbaik 2022

  1. Pencuci Muka Safi Untuk Kulit Berminyak & Pro-Jerawat
  • Safi Balqis Oxywhite Oils & Acne Control Cleanser

Safi Balqis Oxywhite boleh membantu untuk membersihkan kulit secara mendalam sehingga ke liang pori-pori agar kulit wajah anda bebas daripada segala kotoran dan minyak. 

Jerawat terhasil apabila kulit anda menghasilkan minyak berlebihan yang menyebabkan pembiakan bakteria dan pembentukan sebum. 

Oleh itu, dengan rumusan Zinc Micro Mineral di pencuci muka ini, ia membantu mengawal pembentukan sebum dan seterusnya mencegah jerawat. 

Selain itu, pencuci muka ini juga berfungsi untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil untuk mencegah pembentukan jerawat. 

Apa yang menariknya, pencuci muka safi ini juga mengandungi bahan yang boleh mencerahkan kulit sekaligus mengelakkan kulit wajah anda kelihatan kusam dan mempercepatkan proses memudarkan parut jerawat. 

  1. Pencuci Muka Safi Untuk Masalah Kulit Berjeragat
  • SAFI Fair Beauty Fairness Facial Cleanser

Jeragat juga merupakan salah satu masalah kulit yang sering berlaku. Ada beberapa faktor yang menyebabkan jeragat terjadi termasuklah akibat sinaran UV. 

SAFI Fair Beauty Fairness Facial Cleanser diformulasikan untuk melindungi kulit anda dengan menggunakan teknologi BioFairness yang mampu membersih dari dalam dan juga memberikan perlindungan UV untuk pengguna yang mempunyai masalah jeragat. 

Selain itu, kandungannya juga diperkaya dengan ekstrak limau gedang organik yang mampu membantu proses pembaharuan struktur dan tekstur kulit. 

Bukan itu sahaja, masalah jeragat dan pigmentasi di wajah anda juga boleh dipudarkan dengan penggunaan yang konsisten kerana ia mengandungi kompleks multivitamin. 

  1. Pencuci Muka Safi Men – Khas Untuk Lelaki 
  • SAFI MEN Oil Control Facial Wash

Sesuai dengan kulit wajah lelaki yang sering mengalami masalah kulit berminyak, Safi tampil dengan produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah lelaki. 

Produk ini diperkaya dengan ekstrak kaktus, tanah liat kaolin dan arang buluh untuk mengawal penghasilan minyak, mencerahkan kulit kusam, membersihkan kekotoran daripada kulit, merawat jerawat dan yang paling penting melembabkan kulit.

Hasilnya, kulit bebas minyak, cerah dan bersih!

  1. Pencuci Muka Safi Untuk Kulit Sensitif – Disyorkan Oleh Pakar Kulit
  • Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser

Mencari produk yang sesuai dengan kulit sensitif amatlah sukar. Tetapi jangan risau. Safi telah mengeluarkan satu rangkaian produk penjagaan wajah Dermasafe yang sesuai dengan kulit sensitif.

Kandungannya telah diuji dan terbukti sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif. Dengan formula gelnya yang ringan, pencuci ini mampu membersih dengan mendalam sambil mengurangkan keradangan kulit sekiranya ada serta tidak menyebabkan iritasi. 

Ia mengandungi bahan yang mempunyai sifat anti-radang semulajadi seperti ekstrak Licorice dan Chamomile yang sangat baik untuk kulit sensitif. 

  1. Pencuci Muka Safi Untuk Kulit Kering 
  • SAFI RANIA Advanced Corrector Deep Hydrating Cleanser

Kulti wajah yang kering juga menjadi salah satu punca terjadinya jerawat. Malah, ia juga menyebabkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya. 

Diperkaya dengan Nano Diamond, Nano Gold dan Whitenol, pencuci muka ini dapat menghasilkan pembentukan kolagen serta elastin sebanyak dua kali ganda. Hal ini akan membantu untuk menganjalkan dan menghidratkan kulit anda. 

Manakala, kandungan Whitenolnya pula membantu menghalang pembentukan melanin agar dapat mencerahkan wajah yang sugul.

Kesimpulan

Ada banyak lagi produk rangkaian Safi yang anda boleh dapatkan di drugstore atau mana-mana pusat beli belah. Pastikan cari produk yang sesuai dengan kulit anda. Jangan lupa baca review dulu sebelum beli. 

Selamat mencuba!

Kredit: productnation

Leave a comment

Your email address will not be published.