Perut Kembung : Gejala Serta Kaedah Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Adakah anda sering mengalami perut kembung ? Apakah kaedah rawatan yang sesuai ? Sebelum kita mengulas dengan lebih lanjut, kita perlulah fahami bagaimana perut kembung terjadi.

Apa Itu Perut Kembung?

Perut kembung berlaku apabila badan bertindak untuk mengeluarkan angin berlebihan.

Angin ini terhasil daripada makanan dan minuman yang ditelan bersama air liur.

Secara purata, kebanyakan manusia boleh melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali sehari.

Ia bukanlah perkara yang asing dan boleh berlaku kepada semua peringkat umur.

kembung perut

Kaedah Diagnosis

Dalam kebanyakan kes, angin yang terperangkap dalam usus bukanlah masalah yang perlu dirisaukan.

Walau bagaimanapun, jika anda alami angin serta gejala lain, anda mungkin perlu dapatkan pemeriksaan daripada doktor.

Ia mungkin boleh menjadi gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis (cirit-birit) atau Irritable bowel syndrome (IBS).

Berdasarkan perkongsian dari MyHealth, perut kembung juga boleh jadi petanda bagi masalah kesihatan lain seperti :

  • Diverticulosis atau diverticulitis
  • Penyakit seliak (celaic disease)

Gejala Perut Kembung

Kembung yang berlebihan akibat angin yang terperangkap dalam usus boleh menyebabkan gejala lain seperti :

Sendawa

Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara spontan. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi angin berlebihan yang berpunca daripada pemakanan, minuman atau tabiat merokok.

Kembung atau Perut Terasa Penuh

 Ia berlaku akibat pengambilan makanan berat dan biasanya memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan.

Perut Meragam

Ia berlaku apabila isi perut bergerak ke depan dan belakang. Ia juga boleh berlaku apabila anda lapar atau ketika anda gementar atau kemurungan.

kembung perut
Kredit ; Healthline

Kaedah Rawatan

Lazimnya, perut kembung boleh dirawat melalui pemakanan atau perubahan gaya hidup. Anda juga perlu faham bahawa kaedah rawatan adalah berbeza mengikut individu.

Kebanyakan pesakit juga akan temui cara untuk sembuh dengan cara tersendiri. Anda boleh dapatkan ubat tanpa preskripsi doktor di farmasi. Antara ubat yang boleh anda dapatkan adalah :

Suplemen Laktosa

 Sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa.

 Anda juga boleh mencuba produk tenusu bebas laktosa yang dijual di pasaran.

Simethicone  

kembung perut

Anda juga boleh mencuba simethicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan.

Activated Charcoal

kembung perut

 Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.

Cara Mencegah Perut Kembung

Perut kembung biasanya boleh diatasi melalui pengubahsuaian cara pemakanan serta gaya hidup. Antara kaedah yang anda boleh praktikkan adalah seperti berikut :

  • Kenalpasti makanan yang boleh memberi kesan kepada penghadaman. Kebanyakan orang tidak boleh menerima makanan seperti :  
  1. Kacang
  2.  Bawang
  3. Brokoli
  4. Bunga kobis
  5. Asparagus
  6. Buah pic
  7. Gula-gula getah
  8. Bijirin bran
  9. Minuman bergas
  10. Susu
  • Anda juga digalakkan untuk mengelak makanan bergoreng dan berlemak yang boleh menyebabkan perut kembung.
kembung perut
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat buat sementara waktu. Jika anda ambil suplemen serat, cuba kurangkan pengambilannya dan ambil semula secara beransur-ansur.
  • Kurangkan pengambilan produk tenusu. Untuk memudahkan proses penghadaman, anda juga digalakkan untuk mengambil susu dalam jumlah yang rendah dalam satu-satu masa.
  • Amalkan mengambil teh pudina. Ia mengandungi menthol yang kaya dengan antispasmodic yang dapat memberikan kesembuhan daripada gas.
kembung perut
  • Amalkan makan dengan jumlah sedikit secara kerap berbanding makan dalam jumlah besar sebanyak dua atau tiga kali sehari.
  • Makan dengan perlahan, kunyah makanan dan elakkan daripada terus menelan.
  • Elakkan mengambil gula-gula getah, gula-gula keras dan minum menggunakan straw. Aktiviti ini boleh menyebabkan anda menelan angin dengan banyak tanpa disedari.
  • Makan dalam keadaan tenang dan elakkan makan ketika berasa bimbang, kecewa atau cemas. Makan dalam keadaan tertekan boleh mengakibatkan ketidakhadaman.
  • Periksa gigi palsu anda. Sekiranya longgar, ia boleh menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Biasanya masalah kembung boleh selesai dengan sendirinya. Namun, anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya penukaran pemakanan mahupun gaya hidup tidak dapat mengatasinya.

Anda juga perlu berjumpa doktor jika mengalami simptom-simptom seperti di bawah :

  •  Sakit dada
  • Hilang berat badan tanpa tujuan
  • Cirit-birit
  • Sakit abdomen secara berterusan
  • Perubahan pada warna dan kekerapan buang air besar
  • Demam panas
  • Sakit abdomen

Disebabkan setiap badan mempunyai tindakbalas yang berbeza, anda juga mungkin perlukan pendekatan perubatan yang tertentu.

Berbincanglah dengan doktor untuk ketahui punca serta solusi yang terbaik untuk atasinya.

Sumber : MyHealth

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85