5 Cara Pilih Shampoo Untuk Rambut Gugur, Cara #1 Ramai Yang Lupa!

Di pasaran, terdapat lambakan shampoo untuk rambut gugur. Malah, setiap shampoo mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri.

Tetapi, bagaimana hendak memilih shampoo yang terbaik jika kita mempunyai masalah rambut gugur?

Sebenarnya, ada banyak punca rambut gugur. Kadangkala, ia boleh berlaku disebabkan umur, masalah genetik ataupun penyakit seperti alopecia areata.

Rawatan kanser juga boleh menyebabkan rambut menjadi nipis dan gugur.

Normal untuk kita kehilangan beberapa helai rambut sehari. Walau bagaimanapun, masalah rambut gugur yang keterlaluan boleh menyebabkan kita menjadi risau dan hilang keyakinan diri.

Jadi, apakah yang kita perlu fikirkan sebelum membeli shampoo untuk merawat rambut gugur? Jom ikuti tip kami di bawah supaya anda boleh buat pilihan yang lebih bijak!

Bagaimanakan shampoo mengawal rambut gugur?

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Ramai yang ingat shampoo yang kita dapati di pasaran boleh menyembuhkan masalah rambut gugur.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa kebanyakan syarikat yang menghasilkan shampoo ini tidak pernah melakukan ujian klinikal untuk membuktikan kesahihan kenyataan mereka ini.

Oleh sebab itu, sukar untuk menentukan sama ada syampu mereka ini benar-benar berkesan untuk melawan rambut gugur.

Walau bagaimanapun, ada beberapa shampoo untuk rambut gugur yang menggunakan bahan-bahan yang dapat meningkatkan peredaran darah pada kawasan kulit kepala.

Bahan-bahan ini mungkin dapat membantu mengurangkan keguguran rambut.

Ia juga selalunya digunakan dalam konsentrasi yang sedikit dan mungkin akan hilang kesannya pada masa akan datang.

Apakah shampoo untuk rambut gugur yang terbaik?

Sukar untuk menentukan syampu apakan yang terbaik untuk anda.

Kadangkala, kita terpaksa mencuba syampu daripada jenama yang berbeza sebelum berjumpa dengan sesuatu yang benar-benar serasi dengan kita.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mencuba setiap jenama yang ada di pasaran!

Dengan sedikit pengetahuan mengenai bahan yang terkandung di dalam syampu tersebut, anda boleh buat pilihan yang lebih bijak ketika membeli.

  1. Lakukan research dulu sebelum beli!
Shampoo Untuk Rambut Gugur

Cuba lakukan research dahulu sebelum beli sebarang syampu yang boleh didapati di pasaran. Elakkan membeli kerana jenama, harga atau disebabkan pek pembungkusannya yang menarik.

Bukan semua syampu yang tertulis ‘anti hair fall’ boleh menyelesaikan masalah anda.

Ia bergantung juga kepada jenis rambut, masalah rambut, bahan-bahan yang terkandung di dalam syampu tersebut dan juga tahap pHnya.

Semua ini perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai syampu yang terbaik untuk masalah rambut gugur anda.

2. Fahami kondisi rambut anda

Seperti yang dibincangkan sebentar tadi, anda perlulah kenali jenis rambut dan kulit kepala anda terlebih dahulu. Jika tidak, masalah rambut gugur yang anda alami mungkin tidak akan selesai.

Cuba gunakan panduan di bawah untuk mengetahui jenis rambut anda:

  • Ketebalan rambut – Tebal, sederhana dan nipis
  • Jumlah minyak yang dihasilkan – Normal, berminyak, kering, atau kombinasi
  • Diameter rambut – Tebal, sederhana dan halus
  • Kekenyalan – Tinggi, sederhana dan rapuh
  • Jenis rambut – Lurus, ikal atau kerinting

3. Kenali masalah rambut anda

Kadangkala, anda sendiri mungkin tidak pasti, apakah masalah rambut anda.

Adakah rambut gugur semata-mata, atau adakah keguguran itu berlaku disebabkan masalah kelemumur, akar rambut yang lemah atau kerana terlalu kerap mewarnakan rambut?

Sebenarnya, normal untuk anda kehilangan 100 helai rambut setiap hari. Walau bagaimanapun, lebih daripada itu adalah sesuatu yang tidak normal dan perlu diperiksa oleh pakar.

Cuba baca senarai bahan di dalam shampoo yang ingin dibeli. Sebagai panduan, cuba lihat senarai di bawah:

  • Activated charcoal, salicyclic acid – Dapat membuang bahan yang menyumbat pori pada kawasan kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut secara sihat
  • Zinc, biotin, collagen, rice protein, keratin – Menguatkan rambut
  • Ketoconazole – Anti kulat dan dapat membantu mengurangkan kelimumur
  • Halia, pudina – Meningkatkan peredaran darah pada kawasan kepala
  • Keratin – Melebatkan rambut, mengekalkan kelembapan.

4. Periksa pH syampu

Siapa cakap pH syampu tidak penting?

Peluh dan minyak yang terhasil pada kulit kepala kita sebenarnya akan membentuk satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘acid mantle’.

Pada kawasan ini, pH kepala dikekalkan di antara 4.5 hingga 5.5. keadaan kulit kepala yang sedikit berasid ini dapat mambantutkan pertumbuhan kulat dan bakteria pada kawasan rambut.

Bukan itu sahaja, pH ini juga membuatkan akar rambut sentiasa kuat dan sihat.

Oleh sebab itu, pilihlah syampu yang mempunyai pH di antara 4.5 ke 5.5 supaya ia tidak akan merosakkan rambut dan kulit kepala anda.

5. Apa yang harus dielakkan?

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Bagi pemilihan shampoo untuk rambut gugut, elakkan shampoo yang mengandungi bahan seperti sulfat (myreth sulfate, sodium lauryl sulfate, ammonium lauryl sulfate) serta alkohol dan derivatifnya seperti propylene glycol, parabens dan phthalates.

Semua bahan ini boleh merosakkan rambut dan membuatkan keguguran menjadi semakin teruk.

Kesimpulan

Sebenarnya, rambut gugut merupakan sesuatu yang normal, lebih-lebih lagi ketika sedang membasuh rambut.

Walau bagaimanapun, jika rambut yang gugur itu terlalu banyak, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.

Kadangkala, ia mungkin berlaku disebabkan stres yang melampau, perubahan hormon, diet yang tidak seimbang ataupun masalah kesihatan yang masih belum dikesan.

Jangan pandang remeh isu keguguran rambut dan berjumpalah doktor untuk mengetahui puncanya.

Rujukan

  1. https://shopee.ph/blog/best-anti-hair-loss-shampoo/
  2. https://skinkraft.com/blogs/articles/best-shampoo-for-hair-fall
  3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/327005#causes
  4. https://www.drbatras.com/tips-to-choose-the-right-shampoo-for-hair-fall-control
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: