Muka Nampak Tua Dari Umur Sebenar! Ketahui Punca-Puncanya

Faktor usia mungkin akan menjadikan kulit muka kita berkedut dan kusam. Namun apa yang mengecewakan, belumpun sampai lanjut usia, kulit ,muka kita sudah nampak jauh lebih tua daripada usia sebenar.

Sebenarnya, perkara yang membuat wanita menjadi lebih tua daripada usia asal mempunyai pelbagai faktor.

Berikut adalah beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh wanita di Malaysia antara penyumbang wajah mereka kelihatan tua sebelum usia. Opss, jangan terasa.

Baca dan ambil iktibar daripada apa yang kami kongsikan di sini okay?

Punca Kenapa Muka Kita Nampak Lebih Tua Dari Usia Sebenar

1. Tidur dengan make up

Ya, ramai yang melakukan perkara ini, rasa malas untuk cuci mekap dan hanya biarkan sampai anda tertidur. Tahukah anda ianya akan membuatkan wajah anda tampak kusam dan kering dengan mekap.

Anda mesti tahu perihal seorang wanita yang tidak mencuci mekap selama lebih sebulan dan hasilnya wajah kelihatan lebih tua dan kusam.

Walau malas sangat, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada anda ingin biarkan wajah dengan kotoran mekap.

2. Kerap cuci muka dalam sehari

Ramai daripada kita yang setiap kali ada masalah kulit pasti cuci muka, mereka rasa geram dengan keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari.

Tahukah anda lebih pengelupasan mampu merengsa kulit anda dan benar-benar membuat liang anda menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap.

Cuba dua atau mungkin tiga kali seminggu.

3. Ikat Ponytail dengan ketat

muka nampak tua

Alasan ikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut anda tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran.

Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku.

4. Tidak Menjaga Pemakanan

muka nampak tua

Kurangkan makan makanan yang bewarna terang atau berjiwa garang seperti buah tomato, daging lembu dan daging ayam.

Banyakkan makan makanan yang ada jiwa yang lembut seperti sayuran hijau dan daging ikan.

Memakan makanan yang ada jiwa yang lembut akan meningkatkan lagi seri wajah

5. Selalu berfikiran negatif

Ini adalah sikap yang negatif iaitu cepat marah, suka mengumpat, suka mengata, suka bercakap sesuatu yang sia – sia dan suka membazir.

Seri pada wajah yang dikurniakanNya itu akan ditarik balik tau.

Jom sebarkan bahagia. Semoga bermanfaat pada wanita di luar sana.

BACA JUGA: Khasiat Timun,Wah Mampu Mengecilkan Pori-Pori Wajah!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: