Demam Campak: Simptom, Punca Dan Cara Mengelakkannya

Demam campak merupakan penyakit bawaan virus yang amat mudah berjangkit.

Ia bukanlah sekadar ruam dan demam semata-mata, campak sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi yang serius terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, jangan terkeliru antara campak dengan chickenpox. Untuk pengetahuan parents di luar sana, campak dan chicken pox adalah penyakit yang berbeza!

Demam campak atau measles berlaku disebabkan jangkitan virus Measles. Chickenpox atau cacar air pula disebabkan oleh varicella-zoster virus.

Kanak-kanak di Malaysia akan menerima vaksin kombinasi 3 dalam 1 yang dapat melindungi mereka daripada penyakit campak, beguk serta rubella.

Dos pertama selalunya diberikan ketika mereka berusia 9 bulan manakala dos kedua pula ketika anak berusia 12 bulan.

Sebagai ibu bapa, kita haruslah peka terhadap kesihatan anak-anak. Oleh sebab itu, kita perlu tahu perbezaan antara campak dan juga cacar air.

Jadi, marilah kita kenali penyakit demam campak dengan lebih mendalam serta perbezaannya dengan chicken pox.

Simptom-simptom demam campak

demam campak

Simptom demam campak selalunya boleh dilihat 10 hari selepas jangkitan. Antara tanda-tandanya ialah:

  1. Simptom seakan-akan demam seperti hidung yang berair, bersin dan juga batuk-batuk.
  2. Mata yang merah dan sensitif terhadap cahaya.
  3. Demam bersuhu tinggi yang boleh mencecah 40°C.
  4. Bintik kecil berwarna kelabu atau putih pada bahagian dalam pipi.

Beberapa hari kemudian, ruam berwarna merah kecoklatan akan mula muncul. 

Selalunya, ruam ini akan bermula pada kawasan muka dan leher sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.

Selalunya, rupa ruam yang naik pada badan berbeza untuk penyakit campak dan juga chicken pox.

Ruam chicken pox pula muncul dalam biji-biji merah yang berair. Lama-kelamaan, biji ini akan pecah sebelum membentuk kudis.

Punca demam campak

Demam campak merupakan penyakit berjangkit yang berlaku disebabkan replikasi virus varicella-zoster pada kawasan hidung dan tekak.

Jadi, apabila pesakit campak bersin atau batuk, mereka boleh bertindak menjangkiti orang lain dengan penyakit yang sama melalui sentuhan ataupun titisan air yang keluar daripada mulut atau hidung. 

Individu yang menghidap campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa 4 hari setelah ruam mulai muncul.

Demam campak sangat mudah merebak. Malah, mengikut statistik, jika seorang menghidap campak, 9 daripada 10 orang akan dijangkiti jika mereka tidak dilindungi.

Bukan itu sahaja, individu yang dijangkiti juga boleh bertindak menyebarkan demam ini pada orang lain sebelum mereka mengalami apa-apa simptom.

Adakah penyakit campak serius?

Demam campak boleh memberikan rasa yang amat tidak selesa pada penghidapnya.

Walaupun begitu, ia selalunya akan hilang dalam masa 7 hingga 10 hari tanpa menyebabkan apa-apa masalah yang lebih serius.

Setelah anda dijangkiti campak, badan akan membina rintangan atau imuniti terhadap virus tersebut.

Oleh sebab itu, jarang untuk penghidap campak untuk mengalami penyakit ini untuk kali ke-2.

Walaupun begitu, campak boleh menyebabkan komplikasi yang serius dalam sesetengah pesakit. Sebagai contoh, ia boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (pneumonia) dan otak (encephalitis).

Antara komplikasi serius yang boleh dialami oleh pesakit demam campak ialah:

  1. Hospitalisasi. 1 daripada 5 penghidap campak yang belum divaksin akan dihospitalkan.
  2. Pneumonia. 1 daripada 20 kanak-kanak yang menghidap campak berisiko untuk mengalami pneumonia, salah satu punca kematian yang utama dalam kalangan kanak-kanak.
  3. Encephalitis. 1 daripada 1000 kanak-kanak akan dijangkiti campak akan mengalami encephalitis. Pembengkakan pada kawasan otak ini boleh membuatkan kanak-kanak menjadi pekak atau mengalami masalah pembelajaran.
  4. Kematian. 1 daripada 3 dalam 1000 kanak-kanak yang dijangkiti campak boleh meninggal dunia disebabkan komplikasi respiratori dan juga neurologikal.

Bolehkah ia dielakkan?

Demam campak boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin campak, beguk dan rubella. Vaksin ini turut dikenali dengan nama vaksin MMR.

Kanak-kanak dan orang dewasa yang masih belum pernah divaksin boleh mengambil vaksin pada bila-bila masa. Jangan malu untuk bertanya doktor jika anda mempunyai sebarang persoalan.

Kurangkan simptom demam campak

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan simptom demam campak dan mengurangkan kadar penyebarannya kepada orang awam.

Ini termasuklah:

  1. Mengambil ubat seperti paracetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan demam dan sakit badan. Walau bagaimanapun, aspirin tidak seharusnya diberikan kepada kanak-kanak bawah 16 tahun.
  2. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
  3. Tutup tingkap untuk mengurangkan sensitiviti terhadap cahaya matahari.
  4. Gunakan kain kapas yang lembap untuk membersihkan kawasan mata.
  5. Jangan pergi sekolah atau kerja sekiranya dijangkiti demam ini.

Demam ini juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius dalam kalangan kanak-kanak.

Jadi, ibu bapa perlulah berikan perhatian lebih kepada anak-anak ketika mereka mengalami campak. Pastikan anda membawa anak ke hospital untuk rawatan jika mengalami simptom yang teruk.

Rujukan

https://htapah.moh.gov.my/v1/index.php/my/menu-artikel-kesihatan/26-kategori-artikel-kesihatan/136-kenali-demam-campak

https://www.nhs.uk/conditions/measles/

http://www.myhealth.gov.my/vaksin-mmr-mumps-measles-a-rubella/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: