12 Punca Rambut Gugur Bagi Lelaki & Wanita Yang Anda Perlu Tahu

Risaunya bila tengok dekat bilik air tu, banyak betul rambut gugur lepas mandi!

Kadang-kadang sampai rasa takut nak sikat rambut bila tengok banyak rambut yang melekat pada sikat.

Bagi memastikan rambut tumbuh dengan sihat, kita boleh amalkan macam-macam tips. Tapi paling penting, kita kenalah ketahui apa sebenarnya punca dan kenapa ia boleh berlaku.

Secara purata seseorang boleh gugur 100 helai setiap hari.

Namun jika rambut keguguran terlalu banyak, anda perlulah ubah rutin penjagaan rambut di samping mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah ini.

Baca Juga : Cara Hilangkan Parut Jerawat Yang Degil

punca rambut gugur
Kredit Foto : genhairherbalhairgrowth.com

Semak Kesihatan Rambut Dengan Ujian Masalah Rambut Gugur

Memetik Public Health Malaysia, anda boleh semak sendiri sama ada anda alami keguguran rambut atau tidak.

Anda boleh lakukan ujian ini ketika rambut tidak basah.

Caranya adalah seperti berikut :

  •  Kumpulkan kira-kira secubit rambut (dalam 60 helai rambut)
  • Tarik rambut dengan perlahan sehingga ke hujung

Jika anda dapati lebih dari 6 helai rambut tercabut, ini bermakna anda mempunyai masalah keguguran rambut.

punca rambut gugur
Kredti Foto : Public Health Malaysia

Jenis-Jenis Keguguran Rambut

Rambut gugur boleh berlaku dalam pelbagai keadaan bergantung kepada faktor penyumbangnya. Antara tanda-tanda bagi keguguran rambut ialah :

1. Rambut Semakin Nipis Sedikit Demi Sedikit

Jenis keguguran ini adalah yang paling sering berlaku sama ada bagi lelaki mahupun wanita apabila usia semakin meningkat.

2. Muncul Tompok Botak Di Atas Kepala

Tompok botak ini boleh didapati dalam bentuk buat atau tiada bentuk jelas.

Walaupun masalah ini sering didapati di atas kepala, ia juga kadangkala berlaku pada kening atau janggut.

punca rambut gugur
Kredit Foto : japantimes.co.jp

3. Keguguran Rambut atau Bulu Seluruh Badan

Bagi sesetengah kes serta rawatan perubatan seperti kemoterapi untuk kanser, ia boleh mengakibatkan kehilangan rambut dan bulu roma di seluruh badan.

Selepas rawatan selesai, rambut boleh tumbuh semula.

Punca Rambut Gugur Bagi Lelaki & Wanita

Rambut gugur boleh berpunca dari pelbagai faktor bagi lelaki dan wanita seperti berikut :

1. Tekanan Fizikal

Seseorang juga boleh kehilangan rambut untuk sementara waktu akibat tekanan fizikal seperti pembedahan trauma fizikal, penyakit yang serius atau kemalangan kereta.

Keadaan rambut gugur ini juga dipanggil sebagai telogen effluvium.

2. Kehamilan

Semasa wanita sedang hamil, keguguran rambut boleh berlaku disebabkan perubahan hormon.

Keguguran rambut juga boleh dilihat lebih ketara selepas bayi dilahirkan berbanding semasa hamil.

Kredit Foto : nordic.com

3. Terlalu Banyak Pengambilan Vitamin A

Pengambilan supplemen vitamin A yang terlalu banyak juga boleh menjadi faktor keguguran rambut.

4. Kekurangan Protein

Protein yang mencukupi dalam diet juga penting bagi memastikan kesihatan rambut.

Jika badan anda tidak mendapatkan nutrisi protein secukupnya, tubuh akan menghadkan penggunaannya bagi fungsi badan lain dengan menghentikan pertumbuhan rambut.

5. Keturunan

Keguguran rambut akibat genetik boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Apa yang membezakannya ialah cara rambut gugur.

Bagi lelaki, rambut akan mula bitak di bahagian hadapan dan bahagian pusar kepala manakala wanita boleh alami penipisan rambut di seluruh kepala atau botak di bahagian pusar kepala.

6. Kesan Sampingan Ubat

Selain kemoterapi, terdapat beberapa ubat-ubatan yang boleh mengakibatkan keguguran rambut seperti ubat antikoagulasi (warfarin), pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral ) dan ubat anti kemurungan.

7. Penyakit Autoimun

Penyakit ini boleh membuatkan liang rambut musnah oleh sel pesakit sendiri.

 Antara penyakit autoimun yang boleh menyebabkan rambut gugur ialah  Sistemik Lupus Erythematosus.

8. Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS)

PCOS berlaku akibat ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita.

Ia juga boleh mendedahkan pesakit wanita kepada masalah lain seperti kemandulan, diabetis dam penipisan rambut.

9. Anemia

Secara purata, 1 daripada 10 orang wanita berumur 20 ke 49 tahun terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi

10. Hypothyroidism

Penyakit ini berlaku akibat kelenjar tiroid yang tidak aktif.

Kelenjar ini hasilkan hormon penting untuk metabolisma badan di samping mengekalkan kesihatan badan secara menyeluruh.

kelenjar thyroid yang tidak dapat berfungsi dengan baik juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut.

11. Penurunan Berat Badan Secara Drastik

Kehilangan berat badan dengan mendadak merupakan sejenus trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut gugur.

Keguguran rambut yang disrtai dengan penurunan berat badan secara drastik juga boleh menjadi tanda bagi kecelaruan makanan (eating disorder) seperti bulimia atau aneroksia.

12. Penggayaan Rambut Yang Terlalu Kerap

Rawatan rambut dan gaya rambut yang sering dilakukan selama bertahun-tahun boleh memberikan tekanan kepada rambut.

Penggayaan rambut yang ekstrim seperti tight braids, tenunan rambut atau rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia yang kasar atau haba yang tinggi boleh menyebabkan kesihatan rambut merosot.

Tips Atasi Keguguran Rambut

Gaya hidup yang sihat serta penjagaan rambut yang rapi boleh mengelakkan rambut gugur.

Antara tips yang anda boleh amalkan bagi mengatasi keguguran rambut ialah :

  • Amalkan diet sihat lengkap dengan nutrisi.
  • Elakkan gaya rambut yang boleh memberikan tekanan seperti sanggul dan tocang yang terlalu ketat.
  • Basuh rambut dengan lembut menggunakan hujung jari. Elakkan menggunakan kuku ketika syampu rambut kerana ia boleh mencederakan kulit kepala dan menyebabkan rambut gugur.
  • Jauhi rawatan rambut yang kasar seperti rawatan minyak panas, seterika rambut, dan gulungan panas.

Sumber :

5 Perkara Penderita Rambut Gugur Boleh Cuba! Tapi, Kena Tahu Punca Dulu?

15 Punca Utama Rambut Selalu Gugur, Jom Semak!

hellodoktor.com

Rambut Gugur

http://www.myhealth.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85