Roti merupakan makanan wajib bagi orang Malaysia. Selain roti putih, terdapat juga beberapa jenis roti lain di pasaran seperti roti wholemeal, roti wholegrain dan sebagainya.

Selalunya, roti akan dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau pada waktu petang. Roti putih sedap dimakan dengan apa jua bahan – telur, jem, marjerin – dan boleh dimasak dengan pelbagai cara.

Dengan lambakan jenis roti di pasaran, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang roti yang terbaik untuk kesihatan.

Jom, teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis roti serta kebaikannya terhadap kesihatan anda.

3 Jenis roti yang berbeza

Roti merupakan makanan yang kaya dengan nutrisinya yang tersendiri.

Ia merupakan sumber karbohidrat yang baik, rendah lemak dan mengandungi protein, serat, vitamin, dan juga mineral yang baik untuk badan.

Walau bagaimanapun, bukan semua jenis roti mengandungi nilai nutrisi yang sama.

Kalau sebelum ini anda hanya mengenali roti putih, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengenali 2 jenis roti lain iaitu roti wholemeal dan roti wholegrain.

1.  Roti putih

Tidak dinafikan, ramai yang sangka roti putih di Malaysia melalui proses ‘bleaching’. Sebenarnya tidak!

Tepung roti putih diperbuat daripada gandum yang telah dikisar sehingga bahagian luarnya tercabut. Sebab itulah, roti putih lembut pada sentuhan dan mempunyai rasa yang tawar.

Roti putih tidak mempunyai serat sebanyak roti wholemeal atau wholegrain, namun ia masih merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik.

Bukan itu sahaja, ada juga roti putih yang diperkaya dengan thiamin, iodin dan asid folik!

Walau bagaimanapun, bahan perasa yang ditambah ke dalam adunan tepung akan menyebabkan indeks glisemik (GI) roti putih meningkat.

Oleh sebab itu, tenaga yang anda dapati daripada sepotong roti putih selalunya tidak akan kekal lama.

Jadi, padankan sepotong roti putih dengan bahan yang kaya dengan protein seperti potongan ayam, telur atau sapuan mentega kacang. Barulah ia lebih berkhasiat dapat memberikan tenaga yang lebih!

2.  Roti wholemeal

Roti wholemeal diperbuat daripada bijirin penuh yang telah dikisar halus. Sebab itulah, roti ini selalunya berwarna coklat dan lebih kasar berbanding roti putih.

Tepung wholemeal pula mengandungi lebih banyak serat berbanding tepung putih. Ia juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral dari roti putih.

Bukan itu sahaja, roti wholemeal juga lebih mudah untuk dicerna dan mempunyai GI yang lebih tinggi berbanding roti wholegrain.

Untuk lebih sedap, tambahkan hirisan avocado atau telur separuh masak keatasnya. Roti wholemeal anda bukan sahaja akan jadi lebih sedap, ia juga akan jadi lebih berkhasiat!

3.  Roti wholegrain

Berbeza dengan roti wholemeal, roti wholegrain mengandungi semua bahagian bijirin. Ia kaya dengan karbohidrat, protein, lemak tidak tepu, vitamin dan juga mineral.

Malah, roti wholegrain mengandungi 4 kali ganda serat dalam roti putih, menjadikannya sebagai salah satu opsyen roti yang paling sihat di pasaran.

Jika anda sedang mencari roti yang sesuai untuk dimakan sebagai makanan tengah hari, roti wholegrainlah yang paling sesuai.

Ia mempunyai GI yang rendah dan bijirinnya juga mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna.

Kebaikan makan roti wholemeal

Roti wholemeal mengandungi pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Antaranya ialah:

1.  Sistem pencernaan yang lebih sihat

Serat amat penting untuk sistem pencernaan yang sihat.

Ia bukan sahaja dapat membantu anda untuk membuang air besar dengan lebih kerap, serat juga dapat membantu tumbesaran bakteria baik di dalam perut.

2.  Roti wholemeal meningkatkan kesihatan jantung

Makanan yang mengandungi bijirin penuh sudah lama dikenali sebagai bahan yang baik untuk jantung.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2016 di dalam British Medicinal Journal, pengambilan lebih banyak bijirin penuh boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung koronari.

3.  Dapat mengurangkan risiko strok

Kajian yang sama juga mendapati pengambilan makanan sebegini dapat mengurangkan risiko strok.

Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati kadar kematian yang disebabkan strok akan berkurang dengan pertambahan pengambilan makanan yang mengandungi bijirin penuh.

4.  Menurangkan risiko diabetes jenis 2

Kajian juga menunjukkan bahawa mengambilan makanan yang mempunyai bijirin penuh juga dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2. 

Dapatan ini telah dimuatkan di dalam jurnal Nutrients pada tahun 2018.

5.  Roti wholemeal membantu mengawal berat badan

Sebenarnya, roti bukanlah makanan yang menggemukkan! 

Malah, mereka yang mengambil roti wholemeal selalunya tidak akan mengalami sebarang peningkatan berat badan dan mungkin bermanfaat untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan masing-masing!

Rujukan

  1. https://theconversation.com/multigrain-wholegrain-wholemeal-whats-the-difference-and-which-bread-is-best-89538
  2. https://www.taste.com.au/healthy/articles/which-bread-type-is-best/qlqhlauz
  3. http://tskfood.com/blog/wholegrain-vs-wholemeal-wholegrain-better/

Leave a comment

Your email address will not be published.