Penyakit Buah Pinggang : Tanda Awal, Cara Penjagaan & Rawatan

15% rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Kebanyakan mereka hanya mengetahui menghidap penyakit itu apabila sudah berada pada tahap serius kerana tiada gejala peringkat awal.

Penyakit buah pinggang juga lebih berisiko bagi individu yang mengalami penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, berusia lebih dari 60 tahun serta mempunyai keluarga terdekat yang menghidap masalah buah pinggang.

Badan anda boleh menunjukkan pelbagai tanda awal.

Jom ketahui lebih lanjut tentang penyakit ini.

Apakah Fungsi Ginjal (Buah Pinggang) ?

Ginjal memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi tubuh kita yang sihat.

Keupayaan menapis membolehkan badan untuk membuang lebihan yang tidak diingini dan pada masa yang sama mengawal cecair secara optimum untuk badan.

Di samping itu, buah pinggang juga mempunyai fungsi lain termasuk pengeluaran darah, mengawal tekanan darah serta menghasilkan hormon yang menguruskan kesihatan tulang.

2 Jenis Penyakit Buah Pinggan – Akut & Kronik

Penyakit buah pinggang terdapat 2 jenis iaitu akut (acute) dan kronik (chronic).

Kategori kronik yang sudah dialisis, tidak boleh henti dialisis kecuali jalani transplan buah-pinggang.

Kategori akut, ia mungkin disebabkan jangkitan virus atau kuman, penyakit imun, batu-karang tersumbat atau guna ubat/produk yang kacau buah-pinggang.

Mudah kata, diibaratkan seperti ginjal kita ‘tidur sekejap’ dan ada harapan untuk sembuh.

Penyakit buah_pinggang akut:

  • Proses kerosakan berlaku mendadak (kurang dari 3 bulan)
  • Jika buat ujian ultrasound : saiz buah pinggang masih elok dan normal. Jika ada batu-karang atau nanah, boleh dikesan.
  • Jika ambil tisu biopsi buah-pinggang, masih ada tisu normal dan boleh diselamatkan

Jika pesakit perlu dialisis pada peringkat awal, dialisis mungkin boleh dikurangkan/ dihentikan oleh doktor jika keadaan semakin sembuh.

Menurut Dr Lily, beliau banyak rawatan kes begini termasuk kes covid ganggu buah-pinggang, jadi tidak pelik …ia ada harapan untuk baik jika rawat awal.

Baca Juga : Kencing Tak Lawas : Punca dan Kaedah Rawatan

Memetik National Kidney Foundation, pesakit buah pinggang boleh alami gejala-gejala seperti berikut :

Tanda Awal & Simptom

Berikut adalah antara tanda awal sakit buah_pinggang dan simptom yang biasa dialami oleh pesakit.

1.       Badan Rasa Mudah Penat, Kekurangan Tenaga dan Sukar Untuk Fokus

Ginjal yang semakin lemah boleh menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan.

Hal ini boleh mengakibatkan seseorang berasa mudah penat, lemah dan sukar untuk tumpukan perhatian.

 Komplikasi penyakit buah pinggang juga boleh menjurus kepada anemia, yang juga boleh mengakibatkan badan rasa lesu dan tidak bermaya.

tanda sakit buah pinggang
Kredit Foto : siraplimau.com

2.       Sukar Untuk Tidur

Apabila ginjal tidak dapat menapis darah secara efisien, toksin sukar untuk disingkarkan melalui air kencing.

Ini boleh menyebabkan tidur seseorang terganggu.

Di samping itu, berat badan yang berlebihan juga boleh menambahkan lagi kesukaran untuk tidur bagi pesakit buah pinggang .  

3.       Kulit Kering dan Gatal

Ginjal bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan lebihan air dan toksin dalam badan, malah ia juga membantu dalam menghasilkan sel darah merah, membantu menguatkan tulang dan menstabilkan kandungan mineral dalam darah.

Kulit yang kering dan gatal boleh menjadi tanda sakit buah pinggang yang berpunca daripada ketidakstabilan mineral dan nutrisi dalam darah.

4.       Kerap Kencing

Sekiranya anda dapati kerap kencing pada waktu malam, ia boleh menjadi tanda sakit buah pinggang.

 Apabila aktiviti penapisan bendalir terganggu di bahagian ginjal, ia boleh mengakibatkan seseorang lebih kerap kencing.

 Ia juga boleh menjadi petanda bagi jangkitan salur kencing atau prostat bengkak bagi kaum lelaki.

tanda sakit buah pinggang

5.       Kencing Berdarah

Ginjal yang bermasalah boleh menyebabkan sel darah merah terlepas ke saluran air kencing.

Kencing berdarah juga boleh menjadi petanda bagi penyakit lain seperti jangkitan buah pinggang, batu karang atau tumor.

Segeralah berjumpa doktor jika simptom ini berlaku pada anda.

6.       Kencing Berbuih

Jika anda mendapati kencing berbuih, ia menandakan urin anda mengandungi protein.

Buih ini juga menyerupai putih telur mentah yang dikacau kerana protein yang terkandung dalam urin merupakan protein yang sama dijumpai pada putih telur iaitu albumin.

7.       Sembap di Sekitar Mata

Sembap yang berlaku di sekitar mata juga boleh petanda badan anda telah hilang banyak protein melalui air kencing.

8.       Kaki dan Buku Lali Bengkak

Fungsi ginjal yang terjejas boleh mengakibatkan pengumpulan natrium dalam badan.

 Ini boleh menyebabkan kaki dan buku lali anda bengkak.

Kaki dan buku lali bengkak juga boleh menjadi simptom bagi penyakit lain seperti penyakit jantung, hati dan masalah saraf kaki konik.

9.       Selera Makan Berkurangan

Simptom ini agak umum dan boleh berlaku disebabkan pelbagai penyakit.

Namun, pengekalan toksin dalam badan akibat kegagalan ginjal untuk berfungsi juga boleh menyebabkan selera makan berkurangan.

10.   Otot Sering Kekejangan

Ketidakstabilan elektrolit dalam badan seperti kandungan kalsium rendah atau kadar fosforus yang tidak stabil boleh berlaku akibat kerosakan buah_pinggang.

tanda masalah buah pinggang kkm

Tips Penjagaan Buah Pinggang

Bagi yang mengalami kebanyakan tanda-tanda di atas, penyakit buah_pinggang perlulah diberikan perhatian sebaiknya.

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

 Bagi mengekalkan kesihatan ginjal, anda bolehlah amalkan tips di bawah.

1.       Banyakkan Minum Air Kosong

Amalan minum 8 gelas air sehari amat membantu dalam memastikan buah pinggang berfungsi pada tahap optimum.

Bagi memastikan badan anda minum air mencukupi, anda boleh periksa warna air kencing anda.

Jika berwarna kuning pekat atau keruh, ini bermakna badan anda kekurangan air.

tanda sakit buah pinggang
Kredit Foto : waterless.com

2.       Amalkan Diet Sihat

Diet yang seimbang dan kaya dengan nutrisi amat penting bagi memenuhi keperluan kesihatan badan.

Pilihlah makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti buah-buahan, sayur-sayuran, serta bijirin penuh.

Elakkan juga makanan bergaram dan berlemak dalam diet anda.

3.       Sentiasa Periksa Tekanan Darah

Penyakit darah tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom namun ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan ginjal.

Oleh itu, anda perlulah lakukan pemeriksaan secara kerap bagi memastikan tekanan darah berada dalam paras normal.

4.       Buang Tabiat Merokok dan Minum Alkohol

Kedua-dua tabiat ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan buat kesihatan dan boleh menjadi punca kepada masalah tekanan darah tinggi.

5.       Dapatkan Berat Badan Yang Sihat

Obesiti boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit, termasuklah penyakit buah pinggang.

Oleh itu, luangkan masa dalam 150 minit seminggu untuk bersenam bagi memastikan kesihatan badan terjaga.

Rawatan

Seperti yang dinyatakan di atas, ginjal memainkan banyak peranan.

Maka jika rosak, ia boleh mengakibatkan beberapa keadaan yang berbeza.

Tekanan darah dan kolesterol sering kali bertambah teruk disebabkan peningkatan dalam penyakit jantung dan strok.

Pengumpulan toksin dan produk sisa membawa kepada anemia, kesihatan tulang yang lemah, pengerasan saluran darah dan bengkak badan.

Pesakit buah_pinggang juga sering mengalami masalah pemakanan yang tidak baik.

Secara umumnya, rawatan untuk pesakit yang mengalami penyakit ini bergantung kepada keadaan, sebab dan akibat.

Ubat-ubatan digunakan untuk menghalang proses patologi yang boleh merosakkan ginjal. Di samping itu, mengamalkan diet juga boleh membantu dalam melambatkan kemerosotan buah pinggang.

Strategi pemakanan untuk memperbaiki kesihatan ginjal adalah dengan mengurangkan pengambilan protein untuk meminimumkan pengeluaran sisa.

Apakah yang berlaku jika fungsi buah pinggang terus bertambah buruk?

Akhirnya, apabila ginjal gagal berfungsi dengan secukupnya untuk mengekalkan fungsi tubuh yang sihat, nefrologi akan menasihati untuk menggunakan rawatan sokongan buah_pinggang.

Rawatan ini dikenali sebagai dialisis. Terdapat 2 kategori dialisis yang digunakan secara meluas, hemodialisis dan dialisis peritoneal.

Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan dan pilihan modaliti dialisis bergantung kepada perbincangan antara pesakit dan doktor.

Pilihan terbaik untuk kebanyakan pesakit gagal buah_pinggang bagaimanapun, adalah untuk mendapatkan pemindahan buah_pinggang untuk memulihkan fungsi buah pinggang supaya kembali normal.

Sumber :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85