Sakit Kepala Bahagian Belakang : Punca, Simptom, Kaedah Rawatan

Sakit kepala boleh berlaku di mana-mana kawasan tetapi pernahkah anda alami masalah sakit kepala bahagian belakang?

Sakit kepala bahagian belakang boleh berlaku disebabkan beberapa faktor serta boleh menunjukkan pelbagai gejala bergantung kepada individu.

Baca Juga : Sakit Dada Sebelah Kanan : Adakah Berbahaya Untuk Kesihatan?

sakit kepala bahagian belakang
Kredit Foto : bidanku.com

Punca Sakit Kepala di Bahagian Belakang

Dalam kebanyakan kes, sakit kepala di bahagian belakang juga boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian lain.

Berdasarkan MedicalNewsToday , antara punca utama yang menyebabkan sakit kepala bahagian belakang :

Sumber: Klinik Tasik Puteri

1. Tension-type headache ( Sakit Kepala Jenis Tekanan)

Tension-type headache biasanya menyebabkan sakit kepala di dahi namun ia boleh menjadi punca bagi sakit kepala bahagian belakang.

 Sakit ini boleh berlarutan agak lama dari 30 minit sehingga ke 7 hari.

Antara simptom bagi tension-type headache ialah :

  • Bahagian hadapan dan belakang kepala terasa tegang
  • Sakit yang dirasakan adalah sederhana tetapi kadang-kala terasa serius
  • Tiada rasa loya atau ingin muntah
  • Sakit kepala tidak terjadi ketika bersenam

Punca bagi tension-type headache tidak dapat dikenalpasti namun ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang cenderung mengalaminya seperti :

  • Stres
  • Keletihan
  • Kurang tidur
  • Posture badan yang tidur
  • Arthitis
  • Penyakit sinus
  • Kurang makan dan minum air

2. Migrain

sakit kepala bahagian belakang
Kredit Foto : dream.co.id

Migrain adalah jenis sakit kepala yang sering dihidapi ramai orang.

Ia boleh berlaku seawal usia kanak-kanak dan rasa sakitnya boleh menjadi semakin teruk dan lebih kerap menjelang usia meningkat.

Ketika pesakit migrain mencapai umur dewasa, serangan migrain boleh berlaku beberapa kali seminggu lebih-lebih lagi bagi wanita berusia 35 hingga 45 tahun.

Antara simptom migrain yang biasa berlaku ialah :

  • Sakit kepala yang sangat ketara di satu bahagian kepala.
  • Muntah dan loya
  • Penglihatan terganggu
  • Deria lebih sensitif pada cahaya, bunyi dan bau.
  • Sakit kepala yang berlarutan selama beberapa hari
  • Sakit yang semakin teruk saban hari

Serangan migrain boleh berlaku sekiranya individu terdedah perkara yang boleh menjadi penyebab atau trigger seperti :

  • Stres
  • Perubahan hormon atau datang bulan
  • Kemurungan
  • Cahaya yang terlalu terang dan bunyi serta bau yang terlalu kuat
  • Kurang makan
  • Kurang tidur
  • Pengambilan pil kontraseptif
  • Beberapa jenis makanan seperti keju, coklat dan kafein

3. Medication-Overuse Headache

sakit kepala bahagian belakang

Pengambilan ubat tahan sakit sekali-sekala biasanya tidak mendatangkan masalah.

Namun, pengambilannya perlulah berpada-pada dan tidak melebihi dos yang dibenarkan.

Terma medication-overuse headache sering digunakan bagi menjelaskan pesakit yang mengalami sakit kepala akibat pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan.

Ia juga dikenali sebagai rebound headaches.

Antara simptom bagi medication-overuse headache ialah :

  • Sakit kepala yang konsisten setiap hari
  • Sakit kepala yang teruk ketika bangun pagi
  • Sakit kepala selepas berhenti mengambil ubat

4. Occipital Neuralgia  

Kredit Foto : migrainedisease.org

Penyakit ini merupakan satu lagi penyebab kepada sakit kepala bahagian belakang.

Penyakit ini sering dikaitkan dengan keradangan atau kerosakan pada saraf occipital yang terletak di belakang leher dan bahagian kepala.

Pesakit occipital neuralgia biasanya akan rasa sakit kepala bermula di leher dan melarat sehingga ke belakang kepala.

Kredit Foto : plasticsurgery4cyprus.com

Pesakit yang mengalami masalah ini juga boleh mengalami beberapa simptom seperti :

  • sakit kepala yang berterusan dan rasa seperti mencucuk
  • sakit pada sebahagian kepala dan boleh dirasakan ketika menggerakkan leher
  • sensitif pada cahaya

Punca Occipital Neuralgia

  • kerosakan pada tulang belakang
  • osteoarthritis
  • tumor
  • gout
  • kerosakan saraf akibat diabetes
  • keradangan salur darah

Sakit Kepala Akibat Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal yang berat juga boleh menyebabkan sakit kepala bahagian belakang.

Ia boleh berlaku ketika atau selepas sesi senaman berakhir dan boleh menjadi teruk dalam waktu yang singkat.

Simptom bagi sakit kepala ini ialah rasa pening bahagian kiri dan kanan keala yang berlarutan selama 5 minit ke 2 hari.

Cara Rawatan Sakit Kepala Bahagian Belakang

Kaedah rawatan bagi sakit kepala sakit kepala adalah bergantung kepada puncanya.

Rawatan Bagi Sakit Kepala Akibat Tension-Type Headache

Biasanya pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin atau acetaminophen sudah memadai bagi merawat sakit kepala ini.

Namun, rawatan alternatif atau perubahan gaya hidup diperlukan bagi mengurangkan kekerapan sakit kepala seperti :

  • Terapi kelakuan kognitif
  • Urutan
  • Terapi fizikal
  • Akupuntur

Rawatan Bagi Sakit Kepala Akibat Migrain

Bagi merawat migrain, pesakit biasanya akan dinasihatkan untuk berehat di dalam bilik gelap dan mengambil ubat seperti aspirin atau acetaminophen.

Jika ubat tidak berkesan, doktor mungkin akan syorkan ubat antimigrain yang dikenali sebagai triptans.

Pesakit migrain juga boleh amalkan langkah pencegahan lain seperti :

  • Catat perkara yang mencetuskan migrain termasuklah pengambilan makanan tertentu.
  • Pengurusan stres, senaman dan terapi fizikal
  • Terapi hormon

Rawatan Bagi Sakit Kepala Akibat Medication-Overuse Headache

Langkah terbaik bagi menangani masalah ini ialah dengan berhenti mengambil ubat tahan sakit serta merta.

Pada awalnya, rasa sakit kepala mungkin dirasakan teruk namun ia hanya berlaku dalam jangka masa singkat.

Jika rasa sakit kepala sudah terkawal, barulah pesakit boleh ambil semula ubat sakit yang lebih sesuai dengan dos yang disyorkan sahaja.

Bagi kes yang lebih serius, pesakit perlulah dirujuk kepada doktor untuk terapi bagi mencegah habit pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan. 

Rawatan Bagi Sakit Kepala Akibat Occiptal Neuralgia

Rawatan bagi masalah ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti menuam kepala, urutan, terapi fizikal dan pengambilan ubat antiradang seperti aspirin atau naproxen.

Bagi kes yang lebih teruk, doktor mungkin akan syorkan pengambilan ubat penenang otot atau saraf.

Sesetengah kes serius yang jarang berlaku pula memerlukan seseorang untuk jalani pembedahan bagi mengurangkan tekanan pada saraf di bahagian kepala.

Rawatan Bagi Sakit Kepala Akibat Aktiviti Fizikal

Sakit kepala akibat aktiviti fizikal dapat dirawat dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin atau acetaminophen.

Pesakit biasanya dinasihatkan untuk amalkan pencegahan seperti berikut :

  • Ambil ubat tahan sakit sebelum lakukan aktiviti fizikal
  • Elakkan aktiviti berat buat sementara waktu
  • Lakukan pemanasan badan dengan betul sebelum mulakan sesi senaman
  • Minum air mencukupi
  • Makanan makanan berkhasiat
  • Dapatkan rehat secukupnya

Kebanyakan sakit kepala akan hilang sendiri tanpa rawatan.

Namun, anda perlulah berjumpa dengan doktor jika rasa sakit tidak berkurangan.

Jika terdapat sebarang masalah kesihatan yang menyebabkan sakit kepala, ia perlulah dicegah seawal mungkin bagi mengelakkan komplikasi lain yang tak diingini.  

Sumber :

What is this pain in the back of my head?

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321017

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85