Selawat Nabi Ringkas & Sahih Berserta Rumi Mudah Untuk Diamalkan

Apakah selawat nabi ringkas dan sahih yang boleh diamalkan secara istiqamah oleh umat Islam setiap hari? Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda beberapa selawat nabi ringkas dan sahih menurut hadis untuk dijadikan panduan dalam berselawat.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi SAW akan disampaikan kepada Nabi SAW sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda SAW tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah SAW :

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم

Maksudnya: “Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” – (Hadis Riwayat Sunan Abu Daud)

Himpunan selawat nabi ringkas

Selawat 1

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

“Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” – (Hadis Riwayat An-Nasae’i)


Selawat 2

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ibrahim wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid. Allahumma barik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ibrahim wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Selawat 3

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala azwa jihi wazur raiyatihi. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Wa barik ‘ala muhammad wa ‘ala azwa jihi wazur raiyatihi. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid

Maksudnya: “Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Selawat 4

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Fil ‘alamina innaka hamidum majid

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Muslim)


Selawat 5

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Allahumma solli a’la muhammadin nabiyil ummiyi wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ibrahim wa ali ibrahim. Wabarik ‘ala muhammadin nabiyil ummiyi. Kama barakta ‘ala ali ibrahim wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamindum majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)


Selawat 6

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.

“Allahumma solli ‘ala muhammad ‘abdika warasu lika. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ibrahim”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” – (Hadis Riwayat Bukhari)


Selawat 7

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ahli baytihi wa ‘ala azwajihi wazur raiyatihi. Kama sollaita ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid. Wa barik ‘ala muhammad wa ‘ala ahli baytihi azwa jihi wazur raiyatihi. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Ahmad)


Selawat 8

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita wabarakta ‘ala ibrahim. Wa ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat At-Tohawi)


Selawat 9

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama sollaita ‘ala ibrahim. Innaka hamidum majid. Wabarik ‘ala muhammad wa ‘ala ali muhammad. Kama barakta ‘ala ali ibrahim. Innaka hamidum majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” – (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kesimpulan

Sesungguhnya tiada satu selawat pun yang kita lafaz dan ucap dengan bibir ini akan menjadi sia-sia. Setiap amal baik dari selawat itu akan mendapat ganjaran pahala dalam mengejar syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Rujukan

  1. Selawat Ke Atas Nabi SAW: Kelebihan & Lafaz Yang Sahih. Abuabasmadani
  2. Jangan tinggal selawat ke atas Nabi. Ismaweb
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113