Selawat Nabi: 9 Jenis Selawat Dengan Terjemahan & Rumi

Selawat Nabi mempunyai pelbagai jenis yang boleh anda amalkan, dan baca. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang himpunan selawat Nabi secara lengkap dengan terjemahan dan lafaz ruminya untuk memudahkan anda baca.

Pengertian selawat Nabi

Selawat yang berasal dari perkataan Arab ini membawa maksud sebagai doa atau pujian. Dari istillah, selawat ditakrifkan dengan makna memohon doa atau keberkatan kepada Allah SWT agar dilimpahkan rahmat Nya kepada Rasulullah SAW.

Kepentingan selawat disebut-sebut sehingga Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ahzaab, ayat 56:

اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

Hukum selawat ke atas Nabi

Majoriti para ulama berpendapat bahawa selawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah satu ibadah. Ibadah yang dimaksudkan adalah apabila seseorang itu mengerjakannya maka mereka akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Hukum selawat ke atas Nabi adalah wajib pada keseluruhannya, dan sunat serta sangat digalakkan pada bila-bila masa sahaja. Antara sebab mengapa selawat wajib adalah apabila berlaku pada beberapa keadaan seperti:

  • Ketika mengerjakan solat
  • Membaca tahiyat awal dan akhir
  • Setiap kali ketika menyebut, mendengar, atau menulis nama Nabi Muhammad SAW

Waktu untuk berselawat

Sebenarnya tiada tuntutan secara hakiki bila waktu yang tepat untuk berselawat. Namun kita amat digalakkan untuk berselawat sewaktu:

  • Sesudah azan
  • Apabila hendak masuk dan keluar masjid
  • Menunaikan solat jenazah
  • Melafazkan takbir raya
  • Memba tahiyat ketika solat
  • Pada awalan dan akhir doa
  • Malam dan siang Jumaat
  • Ketika khutbah
  • Semasa membaca doa qunut
  • Ketika diri atau orang lain menyebut nama Nabi Muhammad SAW
  • Setiap pagi, petang, malam atau bila-bila masa sahaja

Selawat Nabi Muhammad yang afdal

Berikut adalah dua lafaz selawat Nabi yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih:

Lafaz 1

Hadis Riwayat An-Nasae’i:1292

“Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa ‘ala aali Muhammad”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.”

Lafaz 2

Hadis Riwayat dalam Sahih al-Bukhari, dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Seorang sahabat pernah menceritakan bahawa ketika ditanyakan oleh para sahabat kepada Rasulullah SAW tentang cara berselawat, maka baginda mengatakan:

“Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa ‘ala aali Muhammad. Kama sollaita ‘ala aali ibraahim innaka hamidun majid. Allahumma baarik ‘ala muhammadin wa ‘ala aali Muhammad. Kama baarakta ‘ala aali Ibraahim innaka hamiidun majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

Jenis-jenis selawat Nabi

Selain selawat yang dianjurkan ini berdasarkan hadis yang sahih, terdapat juga jenis selawat lain. Selawat ini diamalkan dan menjadi ikutan oleh alim ulama dan orang-orang soleh agar sentiasa hatinya tulus dalam mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Selawat Ibrahimiyah

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Bahasa Rumi: Allahumma solli’ala saiyyina Muhammad wa’ala ali saiyyina Muhammad. Kama sollaita’ala saiyyina Ibrahim wa’ala ali saiyyina Ibrahim. Wabarik ‘ala saiyyina Muhammad wa’ala ali saiyyina Muhammad. Kama barakta ‘ala sayyina Ibrahim wa’ala ali saiyyina Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”


Selawat Tafrijiyah

أللّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Bahasa Rumi: Allahumma solli solatan kamilatan. Wasalim sallaman taammaa. A’laa saidina muhammadinil lazi tanhallubihil u’kadu. Watanfariju bihil kurobu. Watukdho bihil hawa iju. Watunaalu bihirro gha’ ib-u. Wahusnu khawaa timi. Wayustasqhol ghomaamu biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi fi kulli lamhatim wanafasim. Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah salawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.”


Selawat Munjiyat

اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ

صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ

وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ

وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ

وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ

وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ

مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ وَبَعْدَ المَمَاتِ

Bahasa Rumi: Allaahumma sholli ‘alaa sayyidinaa muhammadin solaatan tunjiinaa bihaa min jamii ‘il ahwaali wal aafaati wataqdhi lanaa bihaa jamii ‘alhaajaati watu thohhirunaa bihaa min jamii ‘issayyi-aati, watar fa ‘unaa biha ‘indaka a’laddarojaati watuballighunaa bihaa aqshol ghooyaati minjamii ‘il khoirooti fil hayaati waba’dal mamaat.

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang melaluinya Engkau akan menyelamatkan kami dari semua keadaan  yang menakutkan dan membahayakan, dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan semua hajat kami  dan membersihkan semua keburukan kami, mengangkat kami pada derajat tertinggi, menyampaikan kami pada puncak tujuan, dari semua kebaikan di waktu hidup dan sesudah mati.”


Selawat Fatih

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْم

Bahasa Rumi: Allahumma solli ‘ wa sallim ala Sayyidina Muhammadil nil-fatihi lima Ughliqa wal khatimi lima sabaqa wan-naa-siril-haqqa bil-haqqi wal-hadi ila Sirati-kal-mustaqim wa ‘ala alihi wa-sohbihi haqqa qadrihi wa-miq-da rihil-‘azim

Maksudnya: “Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad, pembuka apa yang tertutup, penamat bagi yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk kejalan yang lurus. Selawat dan salam ke-atas nya juga keluarga dan sahabatnya..sebagaimana yang selayaknya..dengan darjat dan kedudukan yang tinggi dan mulia.”


Selawat Syifa

اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، وَعَلىَ أَلِهِ وَسَلَّمَ

Bahasa Rumi: Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin. Tibbil qulubi wa dawaaâ iha. Wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha. Wa nuril absari wa diyaâ iha. Wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.”


Selawat Badriyah

صَلَا ةُ اللهْ سَلَا مُ اللهْ

عَلَى طَهَ رَسُوْلِ اللهْ

صَلَا ةُ اللهْ سَلَا مُ اللهْ

عَلَى يَسٍ حَبِيْبِ اللهْ

صَلَا ةُ اللهْ سَلَا مُ اللهْ

عَلَى يَسٍ حَبِيْبِ اللهْ

تَوَ سَلْنَا بِبِسْمِ اللّهْ

وَبِالْهَادِى رَسُوْلِ اللهْ

وَ كُلِّ مُجَا هِدِ لِلّهْ

بِاَهْلِ الْبَدْ رِ يَا اَللهْ

Bahasa Rumi: Solatullah Salamullah Ala Thoha Rasulillah. Solatullah Salamullah Ala Yasin Habibillah. Solatullah Salamullah Ala Yasin Habibillah. Tawassalna bi Bismillah. Wabil hadi Rasulillah. Wakulli Mujahidilillah. Wa Ahli Badri Ya Allah. Wakulli Mujahidilillah. Wa Ahli Badri Ya Allah. Ilahisallimil ummah. Minal afa tiwanniqmah. Wamin Hammim minal Ghummah. Biahlil badri ya Allah. Ilahisallimil ummah. Minal afa tiwanniqmah. Wamin Hammim minal ghummah. Biahlil badri ya Allah.

Maksudnya: “Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Kekasih Allah. Kami Bertawassul dengan Bismillah Dan Pembawa Petunjuk, Utusan Allah.

Semua yang berjihad di jalan Allah Khususnya pejuang Badar, Ya Allah. Ya Allah selamatkanlah Umat Islam Dari malapetaka dan kemurkaan Mu. Dari segala kedukaan dan kesusahan Dengan berkat pejuang Badar, Ya Allah. Ya Allah lepas dan hilangkanlah Segala yang menyakiti dan balikkanlah.

Perdaya musuh, kasihanilah kami Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah. Ya Allah lepaskan kami dari kesusahan Dan kehancuran kerana maksiat. Segala macam ujian dan penyakit Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah. Banyak rahmatMu sudah diterima Banyak kerendahan yang telah di singkir. Banyak nikmatMu yang telah dikecap Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah 6.

Cukup banyak kemampuan yang Engkau beri selama ini. Cukup banyak kenikmatan Engkau rasakan pada yang berhajat. Cukup banyak kesalahan Engkau maafkan pada yang berdosa. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah. Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit. Dalam dada orang yang tertimpa bala. Lepaskan kami dari cubaan yang menyusahkan. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah.”


Selawat Nur

اَللَّهُمَّ صّلِّ عَلَى نُورِ الأَنْوَارِ وَسِرِّ الأَسْرَارِ وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍالْمُخْتَارِ وَأَلِهِ الأَطْهَارِوَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ عَدَدَ نِعَمَ اللهِ وَأَفْضَالِهِ

Bahasa Rumi: Allahumma solli a’la nuril anwar wasirril asrar watirya qi aghyar wamifta hiba bilyasar saidina muhamadilmukhtar waalihi athohar wa asha bihi akhyar a’dada ni a’millahi wa ifdholih.

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, penawar bagi segala perkara yang lain, kunci bagi pintu kesenangan, (iaitu) penghulu kami, Nabi Muhammad yang terpilih, ahli keluarga Baginda yang suci, para sahabatnya yang baik, dengan sebanyak nikmat-nikmat Allah dan kelebihanNya.”


Selawat Jalilah

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

صَلَاةً تُحِلُ بِهَا عُقْدَتِيْ وَتُفَرِّجُ بِهَا كُرْبَتِيْ

وتُنْقِذُنِيْ بِهَا مِنْ وَحْلَتِيْ وَتُقِيْلُ بِهَا عَثْرَتِيْ وَتَقْضِى بِهَا حَاجَتِيْ

Bahasa Rumi: Allahumma solli ‘wasallim a’la Sayyidina wamaulana muhammadin solata tuhilu biha uqdati watufarriju biha kurbati watunqizuni biha min wahlati watuqilu biha a’shroti watuqdho biha hajati

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan dan penghulu kami Muhammad. Mudah-mudahan dengan limpahan rahmat ke atas baginda itu akan terhurailah segala simpulan (kekusutan), akan lenyaplah segala duka cita, akan terselamatlah daripada segala kecemaran(dosa), akan terkawallah segala penyelewengan dan akan terlaksanalah segala hajatku.”


Selawat Ummi

Bahasa Rumi: Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammadin a’bdika warasulika nabiyya ummayya wa a’la alihi wasohbihi wasallam

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai hamba-Mu, Nabi-Mu dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi; Dan ke atas keluarga dan para sahabatnya kesejahteraan.”


Kesimpulan

Diharapkan artikel ini akan memberikan anda semangat, bimbingan, dan galakan untuk terus melazimkan diri berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Rujukan

  1. Jenis Selawat Nabi Yang Boleh Anda Amalkan. Beanahomequran.com
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-444: Dibentangkan Selawat Kepada Rasulullah SAW Pada Setipa Hari Jumaat. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113