Selawat nuril anwar adalah selawat yang dikarang bacaannya oleh Al-Imam Al-Quthb Asy-Syaikh Ahmad bin ‘Ali bin Yahya Al-Husaeni Al-Badawi RA. Atau lebih dikenali dengan nama panggilannya iaitu Syeikh Ahmad Al Badawi. Beliau merupakan salah seorang dari wali Allah dan ulama sufi yang sangat terkenal di bumi anbiya, Mesir pada tahun 596 Hijrah.

Nama sebenar beliau adalah Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi. Dikatakan keturunan Syeikh Ahmad Al Badawi ini mempunyai salasilah keturunan yang bersambung dengan Nabi Muhammad SAW, nama terakhir yang diutuskan kepada umat Islam untuk membawa kepada jalan kebenaran.

Hal ini dijelaskan mengapa beliau diyakini dari kerketurunan Nabi SAW, kerana nasabnya sampai kepada Ali Zainal Abidin Bin Husain Bin Ali Bin Abi Talib, iaitu suami kepada anak Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah Binti Nabi Muhammad SAW.

Lahirnya di Kota Fes, Maghribi atau dikenali kini sebagai Morocco. Meninggal dunia di Tanta. Mesir pada tahun 675 Hijrah.

Apakah selawat nuril anwar?

Buah perkataan dari selawta nuril anwar sangat menarik kerana maknanya yang cukup indah sekali. Nuril anwar mempunyai dua perkataan yang sangat sinonim dengan bahasa Arab. Yang pertama adalah “Nur” beerti cahaya. Manakala kedua adalah “Anwar” yang bermaksud yang bersinar.

Setalah dicantum satu per satu perkataan ini maka terjemahanya adalah “Cahaya Yang Bersinar”.

Terkandung dalam selawat ini adalah doa yang dilafazkan dengan makna yang memohon agar Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda sentiasa diberikan kebaikan dan kesejahteraan.

Lafaz selawat nuril anwar

Bacaan rumi selawat nuril anwar

Allahumma sholli ‘ala nuril anwar. Wa sirril asrar wa tiryaqil aghyar wa miftahi babil yasar. Sayyidina wa maulana muhammadinil mukhtar wa alihil ath har. Wa ash habihil akhyar ‘adada ni’amillahi wa ifdhalih.

Maksud selawat nuril anwar

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami, Nabi Muhammad SAW yang terpilih, keluarganya yang suci, dan para sahabatnya yang mulia, sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurnia Nya.”

Kelebihan selawat nuril anwar

Setiap selawat mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tidak kiralah ia selawat nuril anwar atau mana-mana jenis selawat lazim yang lain, ia sudah tentu membawa banyak manfaat dan kebaikannya kepada yang membaca.

Menurut Sayyid Ahmad Ruslam dalam kitab, Afdhalus Shalawat karya Syaikh Yusuf Bin Ismail an-Nabhan menerangkan bahawa:

“Selawat ini sangat mujarab untuk menunaikan hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan meraih cahaya. Ia diyakini sangat sangat mujarab untuk segala keperluan.”

Walaupun begitu, tidak ada dalil kuat dari Al-Quran dan Hadis tentang kelebihan tertentu mengenai selawat ini.

Tetapi amalan yang disebutkan Allah SWT dalam Al-Quran sebagai amalan yang sangat besar nikmatnya sehingga Nabi Muhammad sendiri di doakan oleh Allah dan para malaikat adalah dengan berselawat.

Ini jelas dalam Surah al-Ahzab, ayat 56. Allah SWT berfirman bahawa:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Kesimpulan

Bukti dan tanda kita cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan selawat yang kita ucap dan lafazkan disepanjang hidup. Jika banyak kita mengingati baginda di dunia ini, maka mudah untuk kita tergolong dalam hamba yang menerima syafaat Rasulullah SAW kelak.

Sesungguhnya kebaikan itu mungkin kita tidak perasan, tetapi ia akan terus mengalir seperti pahala yang tidak pernah putus.

Dari Anas bin Malik RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya  sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya  sepuluh darjat di syurga kelak.” – (Hadis Riwayat Ahmad , Nasa’ie dan Al-Hakim)

Rujukan

  1. Al-Kafi #1274: Maksud Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah SAW. muftiwp
  2. Selawat Nuril Anwar – Disinari Cahaya Ilahi. Izdeen.com

Leave a comment

Your email address will not be published.