Simptom Jangkitan Covid -19 Yang Anda Perlu Tahu

Simptom awal jangkitan virus Covid -19 yang boleh menyerupai gejala flu seperti demam, selsema, batuk kering, sakit tekak dan sakit kepala.

Semakin hari, simptom ini juga boleh hilang sendiri atau semakin teruk.

Gejala-gejala ini boleh berkembang akibat tindak balas sistem imun badan yang sedang bertarung melawan virus.   

Simptom Jangkitan Covid -19

Secara umumnya, terdapat 3 simptom umum yang sering dialami oleh pesakit Covid-19 iaitu :

  • Demam : Bagi pesakit Covid-19, demam boleh dialami seawal 3 hingga 5 hari selepas dijangkiti.
  •  Batuk Kering : Virus ini mempunyai persamaan dengan virus influenza yang menyerang saluran pernafasan sehingga menyebabkan kerengsaan.
  • Sesak Nafas : Pesakit boleh sesak nafas sehingga tercungap-cungap akibat jangkitan virus pada saluran pernafasan atau kekurangan oksigen dalam badan.
  • Sakit Badan : Gejala ini boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti kekurangan sel darah merah (anemia) atau tekanan darah rendah akibat serangan virus.

Simptom-simptom ini adalah antara yang perlu diberi perhatian bagi golongan berisiko tinggi.

simptom covid
Kredit Foto : siraplimau.com

Selain itu, gejala lain juga boleh muncul walaupun jarang berlaku seperti :

  • Cirit birit
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Keradangan mata sehingga menyebabkan kemerahan
  • Hilang deria bau dan rasa
  • Ruam pada kulit

Baca Juga : Tanda Sakit Jantung Yang Anda Tidak Boleh Abaikan

Awas Simptom Happy Hypoxia

Selain gejala yang nyata, terdapat juga simptom yang sukar dikenalpasti seperti kadar oksigen dalam badan berkurangan daripada tahap normalnya iaitu 95 %.

Kondisi yang dikenali sebagai happy hypoxia ini juga turut digelar sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Berdasarkan perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),   gejala ini dipanggil happy hypoxia kerana pesakit kelihatan normal dan ceria walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini juga menyebabkan kekeliruan kepada para doktor untuk kenalpasti gejala ini kerana otot pernafasan mereka juga tidak menunjukkan sebarang tanda sukar bernafas.

Bagi mencegah simptom ini, setiap rumah perlulah sentiasa semak tahap oksigen menggunakan pulse oximeter yang boleh didapati di farmasi.

simptom covid
Kredit Foto : healthline.com

5 Tahap Jangkitan Covid-19

Berdasarkan tahap kesihatan dan tanda-tanda yang ditunjukkan, pesakit yang disahkan positif boleh dikategorikan kepada 5 tahap jangkitan.

Tahap 1 : Tidak Bergejala  (Asymptomatic)

Pada tahap terendah ini, pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala bagi jangkitan Covid-19 seperti batuk, sesak nafas atau demam.

Pesakit kelihatan normal seperti biasa.

Tahap 2 : Bergejala Tanpa Radang Paru-Paru (Symptomatic, No Pneumonia)

Pesakit yang mengalami jangkitan tahap 2 boleh menunjukkan simptom seperti demam, batuk atau selsema.

Namun, mereka tidak menunjukkan masalah berkaitan keradangan paru-paru.

Tahap 3 : Bergejala dengan Radang Paru-Paru  (Symptomatic, Pneumonia)

Pada jangkitan tahap 3, pesakit menunjukkan gejala Covid-19 serta mengalami masalah berkaitan radang paru-paru.

Tahap 4 : Bergejala, Mempunyai Radang Paru-Paru dan Memerlukan Bantuan Pernafasan (Symptomatic, Pneumonia, Require Supplemental Oxygen)

Pesakit yang menghidap jangkitan tahap 4 mempunyai gejala Covid-19 serta radang paru-paru.

Pesakit juga mengalami masalah kesukaran bernafas sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Tahap 5 : Pesakit Critical Dengan Penglibatan Pelbagai Organ ( Critically Ill With Multiorgan Involvement)

Pada tahap terakhir ini, pesakit sudah berada dalam keadaan yang kritikal.

Keadaan ini disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19 yang sudah merebak dan menjejaskan fungsi organ penting dalam badan.

simptom covid
Kredit Foto : siraplimau.com

Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia sudah memasuki Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara setakat ini, ia bukanlah alasan bagi kita untuk berhenti berwaspada.

Virus Covid-19 ini masih menular di luar sana dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Pengambilan vaksin juga merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia demi mencapai matlamat imuniti berkelompok dalam memerangi Covid-19.  

Jika anda mengalami masalah kesihatan seperti demam, sesak nafas, dan batuk, segeralah dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik berdekatan.

Pastikan anda kekal menjaga penjarakan sosial dan gunakan pelitup muka ketika berada di luar.

Jagalah kebersihan diri sepanjang masa bagi mengekang penularan virus ini.

Sumber :

Virus Corona

https://www.alodokter.com/virus-corona

Ketahui Gejala, Tanda & Simptom Penyakit Coronavirus Sebelum Terlambat!

https://www.doctoroncall.com.my/pengenalan-coronavirus/gejala#show

Ramai Yang Tak Bergejala Tapi Dijangkiti COVID-19! Ini 5 Tahap Jangkitan Yang Perlu Anda Tahu

https://hellodoktor.com/berjangkit

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85