Sinki dapur tersumbat adalah perkara yang acapkali berlaku. Kalau sekali dua tu masih boleh terima lagi, tapi kalau asyik tersumbat je, parah jugak la kan. Bayangkan sedang seronok masak juadah untuk keluarga tercinta, tiba-tiba sinki pula buat hal. Hm.

Sinki dapur ni salah satu pusat kerja yang terpenting di dapur. Bila tersumbat, ia akan menyebabkan kesukaran dan kerja tergendala lebih-lebih lagi kalau siap pakej dengan bau. 

Antara punca berlakunya masalah ini ialah, sisa makanan yang tidak dibuang dengan baik, minyak atau lemak yang dibuang ke dalam sinki, atau rambut yang entah datangnya daripada mana. 

Selalunya masalah sinki tersumbat ni sebenarnya boleh diselesaikan sendiri tanpa perlu upah tukang paip. Tetapi, anda kenalah tahu caranya. 

Cara Baiki Sinki Dapur Yang Tersumbat 

Caranya mudah sahaja dan anda tidak perlu keluarkan modal yang banyak pun. Okaylah, jom baca!

1. Baking Soda & Cuka

Sediakan baking soda, cuka dan juga air mendidih. Anda hanya perlu campurkan lebih kurang 1/3 cawan baking soda dan 1/3 cawan cuka ke dalam sebuah bekas.

Sebaik saja campuran ini berbuih, dengan pantas tuangkan ia ke dalam saluran sinki yang tersumbat. Kemudian, biarkan sekejap dalam 10 minit untuk berlaku tindak balas kemudian curah air panas yang mendidih ke dalam sinki untuk bilas campuran tersebut.

2. Garam Kasar

Kalau tak ada cuka atau baking soda, anda boleh gunakan cara ini. Anda hanya perlu sediakan garam kasar (garam kasar tau bukan garam biasa tu) dan air panas. 

Caranya, taburkan garam kasar ke dalam sinki tersumbat dan jangan lupa curah air panas.

Dengan cara ini, sisa makanan dan kotoran akan terlarut dan sinki anda akan berfungsi seperti biasa dengan sekelip mata.

3. Garam & Baking Soda

Sekiranya anda ada baking soda tapi cuka tak sempat beli, bolehlah gunakan kombinasi garam dan baking soda. Kombinasi kedua-dua bahan ini juga mampu untuk membaiki sinki anda yang tersumbat. 

Anda hanya perlu campurkan ¼ cawan baking soda dan juga ¼ cawan garam. Kemudian, tuangkan sahaja kedua-dua bahan ini ke dalam lubang sinki yang tersumbat.

Dalam masa yang sama jika anda mahu hilangkan bau busuk kesan daripada sinki yang tersumbat, anda hanya perlu tambahkan saja ½ cawan air lemon atau cuka (sekiranya ada).

4. Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk

Hah cara ini yang paling mudah. Anda hanya perlu sediakan sabun pencuci pinggan mangkuk tak kiralah jenama apa dan juga air panas. 

Kemudian, campurkan sabun pencuci ini beserta dengan air panas sebanyak 2 liter. Kuantiti sabun tu anda agak-agak je ikut kesesuaian. 

Kebiasaannya, saluran air sinki dapur ini mudah terlekat dengan minyak dan juga gris sisa makanan. Jadi, dengan menggunakan sabun pencuci ini, ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan minyak ini.

5.  Pencuci Kimia Khusus Untuk Sinki Tersumbat

Kalau anda malas atau nakkan sesuatu yang cepat dan diyakini berkesan, anda boleh beli terus pencuci kimia yang diformulasikan khusus untuk sinki dapur yang tersumbat. Boleh survey dan baca review dulu sebelum beli okay. Barulah tahu produk mana yang berkesan untuk masalah anda. 

Cara menggunakannya anda boleh rujuk di botol atau packaging pencuci tersebut. Biasanya, anda hanya perlu tuangkan sahaja pencuci tersebut ke dalam sinki yang tersumbat dan biarkan seketika untuk tunggu ia bertindak balas. 

Kesimpulan

Untuk membaiki sinki yang tersumbat, anda juga perlu sediakan dawai, pam atau benda yang boleh digunakan untuk mengeluarkan punca yang menyebabkan sinki tersumbat. 

Namun sekiranya masalah ini berlarutan, sila dapatkan bantuan daripada pihak yang mahir ya!

Kredit: https://malaysia.news.yahoo.com/

Leave a comment

Your email address will not be published.