Solat Tahajud: Panduan Lengkap Dengan Bacaan Niat dan Doanya

Salah satu daripada amalan sunat yang sangat dituntut dan digalakkan untuk umat Islam dalah solat tahajud.

“Tahajjud” berasal dari perkataan Arab dengan membawa erti bangun ketika waktu sahur atau malam.

Namun ada sesetengah pendapat seperti Al-Jauhari yang mengistillahkan perkataan tersebut ketika berjaga malam atau apabila tidur di mana kedua-duanya adalah berlawanan.

Berikut adalah cara solat tahajud yang lengkap dan sempurna beserta bacaan doa yang boleh dijadikan panduan.

Hukum mengerjakan solat tahajud

Berbeza dari kebanyakkan amalan sunat yang lain, solat ini termasuk dalam kategori sunat muakkad atau boleh juga dikatakan sebagai amalan dalam hukum sunat tetapi ia sangat digalakkan dan dituntut oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya,

"Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud)" (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan betapa Nabi Allah ini amat menjaga solat malam yakni tahajud dalam kehidupan seharian. Bahkan ada riwayat oleh Aisyah RA yang bertanya kepada baginda tentang solat malamnya menjelang waktu subuh di bumi Madinah.

Apa yang menghairankan Aisyah RA ketika itu adalah beliau nampak kaki suaminya, Rasulullah SAW bengkak dan kelihatan sakit. Rupa-rupanya apabila ditanya, baginda sebenarnya baru sahaja selesai mengerjakan solat malam dengan sebelas rakaat.

Dari hadis yang diriwayatkan Abu Abdillah Huzaifah Ibnu Yaman, jelas memberi jawapan mengapa setiap kali selesai solat malam, kaki baginda membengkak. Rasulullah SAW menghabiskan surah yang panjang di dalam Al-Quran dengan sangat tartil seperti surah Al-Baqarah, Ali-Imran, dan An-Nisa.

Waktu mendirikan solat tahajud

Ia boleh dilakukan pada sebelah malam selepas seseorang itu terjaga daripada tidur. Durasinya lebih kurang di antara selepas waktu isyak sehinggalah subuh. Solat di waktu pertengahan malam adalah lebih afdal daripada solat di awal malam. Ini seiring dengan hadis Rasulullah SAW,

   أحب الصلاة الى الله صلاة داود عليه السلام، كان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه

Maksudnya: “Solat yang paling disukai oleh Allah SWT ialah solat Nabi Daud a.s. Baginda tidur seperdua malam kemudian bangun sepertiganya dan tidur kembali satu perenam malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Cara solat tahajud lengkap niat dan doa

Rukun dalam cara solat tahajud sama sahaja seperti solat-solat fardhu yang lain. Tetapi yang membezakannya adalah niat sahaja dan bilangan rakaat paling sedikit adalah sebanyak dua rakaat.

1. Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat

2. Membaca niat solat

أُصَلِّي سُنَّةَ  التَهَجُّدِ رَكعَتَينِ للهِ  تَعَالَي

Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat Allah Ta’ala

3. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

4. Membaca doa iftitah

Doa iftitah bukanlah rukun solat tetapi ia sunat dibaca.

Cara solat tahajud

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.

5. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

cara solat tahajud

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

6. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan

7. Rukuk sambil bertakbir

cara solat tahajud

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

8. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini

cara solat tahajud

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Dalam keadaan ini juga, anda perlu berdiri tegak menghadap kiblat. Manakala kedua-dua belah tangan harus berada di sisi tanpa digerak-gerakkan dengan sengaja.

9. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

cara solat tahajud

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Berbeza bagi keadaan yang sebelum tadi, bagi sujud pula kedua-dua tapak tangan harus diletakkan di atas lantai atau pelapik yang digunakan untuk sujud biasanya sejadah. Kedudukannya lebih kurang separas bahu sahaja.

10. Bacaan duduk antara dua sujud

cara solat tahajud

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

11. Sujud kembali sambil bertakbir

12. Berdiri semula sambil bertakbir dan ulangi dengan membaca surah Al-Fatihah sehingga habis dan sujud di rakaat kedua

13. Duduk tahiyat akhir

Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

14. Memberikan salam

15. Membaca doa-doa pilihan

Untuk bacaan doa pilihan, sebenarnya tiada anjuran khusus yang mewajibkan ia dibaca. Tetapi Rasulullah SAW sering membaca doa ini setelah selesai solat.

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Kesimpulan

Begitulah ringkasan solat tahajud yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Luangkan masa sedikit untuk beribadah di malam hari kerana malam adalah waktu yang sangat dekat antara kita bersama Allah SWT.

Sesibuk mana pun kita di dunia ini, kita masih tidak mampu untuk membawa kesemua kejayaan dunia tanpa amalan akhirat untuk menjadi pembelaan di padang mahsyar kelak. Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang terus mengalir memberi pengetahuan.

Rujukan

  1. Solat Tahajjud Pukul 10 Malam Selepas Tidur. Jabatan Mufti Terengganu, dari http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/bayan-almunir/persoalan/436-solat-tahajjud-pukul-10-malam-selepas-tidur
  2. Nabi Muhammad Bertahajud Hingga Kakinya Bengkak. (May, 2017), Republika.co.id, dari https://www.republika.co.id/berita/ramadhan/shaum-ala-rasulullah-saw/17/04/09/oo5i02361-nabi-muhammad-bertahajud-hingga-kakinya-bengkak
  3. Solat Sunat Tahajjud: Cara serta kelebihannya yang istimewa. Bidadari.my, dari https://bidadari.my/solat-tahajud/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113