Info

12 Tanda Awal Autism Yang Mungkin Ada Pada Anak Anda

Tak ramai ibu bapa yang faham apa sebenarnya Autisme. Malah ramai juga ibu bapa yang tak dapat diagnose tanda-tanda awal autism yang mungkin ada pada anak-anak mereka.

Namun tak boleh kita salahkan ibu bapa 100% kerana memang agak sukar untuk kenal pasti ciri-ciri autism pada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

Pengenalan Apa Itu Autisme

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Antara penyebab utama kepada masalah autism ialah:

  1. Komunikasi
  2. Tindak balas sosial
  3. Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Ciri-Ciri dan Tanda Awal Autism

Berikut adalah perkongsian daripada seorang ayah yang mempunyai anak autisme, Zulka.

1. Tiada Eye Contact & Tiada Tindak Balas Apabila Nama Dipanggil

2. Kemahiran Motor Yang Lemah

3. Tidak Kenal Tentang Bahaya

4. Mempunyai Masalah Sensori

5. Hyperactive

6. Gemar Menyusun Permainan Seperti Kereta

7. Lambat Bercakap

8. Tidak Pandai Bersosial & Gemar Bermain Sendirian

9. Menggunakan Tangan Orang Lain Untuk Mengambil Sesuatu

10. Lewat Tidur Waktu Malam

11. Tertarik Kepada Objek Berpusing

12. Tidak Suka Pelukan

Jika anak anda juga autism, apa pula tanda-tanda awal anak anda selain yang telah ditunjukkan?

Anda boleh menonton video penuh dari Zulka di bawah:

Comments

Leave a Reply