Bayi & Kanak-Kanak

5 Aktiviti Simple Untuk Ransang Otak Anak-Anak. Ibu Bapa Wajib Baca

Tujuh tahun pertama merupakan suatu tempoh yang amat penting dalam perkembangan otak anak-anak. Dalam tempoh ini, mereka mula meneroka persekitaran sebagai langkah penguasaan otak yang optimum. Pakar-pakar perubatan amat menyarankan ibubapa memberi perhatian yang khusus dalam meransang otak anak-anak.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama samada di dalam ataupun di luar rumah. Selain berperanan meransang minda si kecil, aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama juga dapat mendidik mereka menjadi lebih rajin dan bertanggungjawab di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

tip rangsang otak anak anak

1. Membaca buku bersama

Aktiviti ini bukan sahaja dapat meransang minda si manja, malah membantu mereka dari segi penguasaan bahasa dan bertutur dengan sempurna.

2. Galakkan anak bermain di luar

Galakkan anak bermain di luar bersama kawan-kawannya kerana ia akan membantu meningkatkan kemahirannya bersosial. Ketika bermain inilah dia belajar untuk berkawan, berkongsi, bertolak ansur, mengawal diri dan berunding yang merupakan kemahiran yang sangat penting supaya dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

3. Menonton wayang

Aktiviti yang menarik untuk dilakukan pada hujung minggu. Pilihlah filem yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak.

4. Bercucuk tanam bersama

Aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama-sama. Walaupun aktiviti ini mengotorkan tangan si kecil, tetapi dapat memberi pengalaman yang berharga buat si manja.

5. Seni dan kraf

Aktiviti ini memberi kebebasan kepada si kecil untuk berimaginasi dengan gayanya yang tersendiri di samping meningkatkan daya kreatif mereka. Selain itu, meningkatkan tahap koordinasi tangan si manja dan matanya akan lebih fokus.

Ambil peluang dalam tempoh pembesaran si kecil untuk membantu mereka meningkatkan tahap pemikiran dan membentuk sahsiah diri sebagai langkah awal mereka mengorak langkah pada masa depan.

Leave a Reply