Bayi & Kanak-Kanak

Amalkan 20 Tips Ini Untuk Anak Mudah Tidur

Tahukah anda bayi memerlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa. Secara purata bayi memerlukan 16 jam waktu tidur! Tapi ada bayi yang sukar tidur, hanya ingin berjaga dan bermain sepanjang masa.

Untuk ibu bapa yang menghadapi masalah bayi susah tidur, di sini kami kongsikan 20 tips agar si manja lebih mudah tidur.

  1. Jangan bertentangan mata dengan si kecil anda kerana itu hanya membuatkan bayi terus berjaga.
  2. Mandikan bayi dengan air suam sambil mengenakan belaian lembut untuk menenangkannya.
  3. Letak si manja di samping anda dan tidurlah bersamanya. Kajian mendapati ibu bapa yang tidur bersama bayi akan membuatkan bayi tersebut membesar dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.
  4. Berikan susu sebelum tidurkan bayi. Jangan biarkan bayi anda kelaparan.
  5. Pastikan anda menyediakan tempat tidur yang selesa buat si manja. Bedung jika perlu.
  6. Tetapkan waktu tidur yang ideal. Atau ikut kata pakar iaitu tidur pada antara jam 6.30 petang hingga 7 petang.
  7. Sekiranya bayi anda suka meludahkan air liur, sakit perut, batuk yang berbunyi dan masalah makan yang menyebabkannya sukar tidur, sila bawa berjumpa pakar takut-takut bayi mempunyai masalah tidur yang dikenali sebagai Gastroesophageal reflux disease atau GERD.
  8. Sebelum letakkan bayi ke katilnya, sila belai terlebih dahulu sampai bayi lali.
  9. Jangan gunakan wangian sebaliknya cukup sekadar tisu yang wangi, letakkan di sisi bayi.
  10. Kenakan pakaian yang selesa, yang tidak panas untuk bayi tidur dengan nyenyak.
  11. Pastikan suhu di bilik bayi anda lingkungan sekitar 65-70 darjah Farenheit untuk mengelakkan SIDS.
  12. Tukar suasana bilik menjadi gelap sebagai petanda sudah tiba waktu tidur bayi. Apabila mahu kecutkan bayi, buka langsir atau benarkan cahaya masuk.
  13. Menurut satu kajian, bayi yang diurut selama 15 minit sebelum tidur lebih cepat terlena daripada dibacakan buku cerita.
  14. Jangan halang bayi untuk tidur siang dengan alasan si kecil bakal berjaga malam. Tidur siang amat bagus untuk pertumbuhan mental dan fizikal bayi.
  15. Gunakan lampin yang super penyerap supaya bayi kekal tidur nyenyak. Namun jika bayi membuang air besar janganlah pula dibiarkan, nanti ruam pula.
  16. Jadikan waktu tidur yang sama sebagai rutin bayi. Ini akan membuatkan bayi mengantuk bila tiba waktunya.
  17. Baca buku cerita sebelum tidur dengan suara yang menenangkan si kecil anda.
  18. Berbisik dan bercakap dengan nada lembut untuk menenangkan bayi dan membantu bayi terus lena ke alam mimpi kerana tahu ibunya ada di sisi.
  19. Peluk si kecil anda terutama ketika mahu tidurkannya. Dengan cara ini bayi rasa lebih selamat dan disayangi.
  20. Menanyi juga antara cara paling efisien untuk diamalkan ketika mahu tidurkan bayi.

Comments

Leave a Reply