Tips Kekal Cantik Dan Bertenaga Ketika Melancong

Sempadan negara sudahpun dibuka bermula 1 April lalu. Pasti di antara anda sudah mula merancang percutian malah ada juga sedang bercuti ketika ini.

Namun harus diingatkan, walaupun kelonggaran telah diberikan berikutan penularan wavak Covid-19 yang melanda dunia dua tahun lampau, kita tetap juga perlu menitipberatkan kesihatan dan keselamatan kita apabila berada di luar.

Bukan itu sahjaa, untuk menjadikan percutian anda lebih menyetonokkan dan bermakna, anda juga haruslah menjaga penampilan dan kekal cantik. Barulah ‘OOTD’ pun nampak cantik.

Untuk kekal bertenaga dan cantik, ada beberapa tips yang telah kami sediakan kepada anda sebelum anda memulakan perjalanan untuk melancong. Jom kita semak di bawah!

Sapukan minyak bayi di wajah untuk kekal lembab

Kulit yang lembap adalah asas untuk kelihatan kekal segar sepanjang perjalanan anda.  Sebelum menyapu pelembap wajah, lap dulu wajah menggunakan tuala lempap. Kulit yang sedikit basah akan menyerap lembapan dengan lebih baik.Satu tips daripada  ikon fesyen Victoria Beckham,  selepas rutin kecantikan asas ( cuci-ton- melembap) sapukan  minyak bayi untuk melindungi wajah . Minyak bayi berupaya mengunci kembapan. 

Gunakan lipbalm atau lip tint

Penggunaan gincu mungkin meghidratkan bibir dan juga kurang sesuai dan selesa ketika dalam perjalanan. Anda mesti ingin berehat atau tidur semasa dalam perjalanan.Gincu anda mungkin akan mencomotkan pakaian atau bantal anda. Jadi penggunaan tinted lipbalm dan lip tint lebih relevan.

Guna syampu kering semasa melancong

Untuk mengatasi masalah rambut tidakbermaya, guna syampu kering untuk mengurangkan masalah kulit kepala berminyak. Alternatif lain, anda juga boleh menggunakan bedak talkum untuk menyerap minyak pada rambut. Tabur bedak pada akar rambut.

Sediakan getah rambut atau cekak rambut bagi yang tidak bertudung

Sediakan getah rambut atau cekak rambut atau skaf sebagai  penyelamat bad hair day.  Rambut anda semasa perrjalanan mungkin bakal ditiup angin  atau jadi “leper”.

Minum air secukupnya

Pastikan anda minum air yang cukup untuk mengelakkan badan anda terhidrat langsung jadi tidak bermaya. Jangan lupa minum air kosong yang secukupnya atau anda juga boleh mengambil minuman isotonik.

Pakai losyen jenis gel untuk lindungi kulit

Bawa losyen jenis gel untuk mengekalkan kelembapan kulit badan. Losyen jenis ini lebih cepat kering dan tidak melekit.

Bawa pelembab tanpa bilas

Jangan lupa bawa leave- on conditioner (pelembap tanpa bilas) untuk memastikan rambut anda sentiasa terurus dan sihat . Untuk hasil yang lebig baik , balut rambut anda menggunakan skaf  sebagai deep-conditioning treatment  ketika travel. Jangan lupa bawa sikat yang berkualiti juga ya.

Letak kapas pada alat solek

Ketika pek bag anda, letak kapas atas permukaan pemerah pipi, pembayang mata dan bedak kompak untuk  melindunginya daripada  pecah.

Bawa kertas penyerap minyak

Bawa kertas penyerap minyak (oil blotter) . Gunakan ia sebelum anda memakai semula bedak kompak anda.

Elkkan memakai maskara

Maskara memang antara item mekap terpenting untuk nampak cantik. Tetapi mungkin anda boleh “berpuasa” daripada memakainya ketika dalam perjalanan. Bimbang anda akan kelihatan seperti panda ketika sampai ke destinasi nanti akibat kesan comot maskara.

Rehat yang cukup

Pacific Islander businesswoman sleeping on private jet

Semasa berada dalam kenderaan, dapatkan rehat yang cukup dan tidur sebentar untuk memastikan anda kelihatan segar ketika sampai ke destinasi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: