Menurut Wikipedia, vitamin C (juga dikenali sebagai asid askorbik dan askorbat) ialah vitamin larut air yang terdapat dalam sitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran lain, dan juga dijual sebagai makanan tambahan.

Disebabkan vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air, maka ia tidak disimpan di dalam tubuh. Oleh itu, ia harus diambil secara berterusan dan boleh didapati di dalam makanan ataupun suplemen (sekiranya perlu). 

Terdapat banyak makanan yang mengandungi vitamin C terbaik terutamanya buah-buahan.

Contohnya, buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, jambu batu, mangga, cili hijau, brokoli, tomato dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ada kalanya tubuh kita perlukan suplemen tambahan seperti vitamin C terutamanya sekiranya menghidapi penyakit tertentu atau, kurang pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C.

Jenis-Jenis Vitamin C

Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad, ada beberapa jenis suplemen Vitamin C iaitu:

1. Ascorbic acid: Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.

2. Buffered vitamin C: Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calcium ascorbate.

3. Vitamin C dengan bioflavonoids: Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.

4. Topical vitamin C: Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.

Kepentingan Vitamin C

6 Vitamin C Terbaik Di Drugstore/Farmasi

Okay, seterusnya mari kita lihat antara senarai vitamin c terbaik yang ada dijual di drugstore/farmasi. 

NOTA: Sila dapatkan nasihat doktor/ahli farmasi berkaitan pengambilan Vitamin C. Senarai dibawah adalah pendapat peribadi. 

  • NOW Foods Vitamin C Sustained Release Tablet: Vitamin C diperlukan untuk metabolisme asid amino, sintesis neurotransmitter, dan penggunaan banyak nutrien, seperti asid folik dan zat besi. Produk ini dirumus khas untuk menyediakan pelepasan Vitamin C yang berterusan dan termasuk Rose Hips sebagai sumber tambahan Vitamin C.
  • Garden of Life’s Vitamin C Capsules: Mudah diambil kerana dalam bentuk cecair. Sangat baik untuk gusi dan kulit. Pengambilan vitamin c ini tidak akan menyebabkan sakit perut. Rasanya juga sedap! 
  • Vitamin C Bioflavonoids Blackmores: Vitamin C ini disertai dengan sitrus bioflavonoid, yang menyokong tindakan vitamin C dalam tubuh. Ia adalah antioksidan yang penting untuk meningkatkan imuniti badan kita dan menyokong penyembuhan luka, keanjalan kulit, dan kesihatan saluran darah. Vitamin C jenama ini amat sesuai untuk pesakit gastrik dan gout.
  • Berocca:  Berocca Performance Effervescent Tablet mempunyai sejumlah 12 vitamin dan mineral penting yang merangkumi vitamin C, vitamin B, kalsium, magnesium dan zink. Dengan kombinasi unik ini, ia dapat meningkatkan tahap tenaga dan meningkatkan ketajaman mental anda sepanjang hari. Tablet effervescent ini tersedia dengan 3 rasa menyegarkan yang berbeza iaitu oren, oren mangga dan beri asli. Sesuai untuk pesakit gastrik.
  • Redoxon: Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent adalah antara vitamin C yang terbaik di Malaysia yang mudah larut dalam air. Ia mengandungi 1000mg vitamin C bersama zink yang berkesan untuk menguatkan lagi imun badan anda. Dengan pilihan rasa oren dan blackcurrant yang lazat, anda pasti suka Redoxon Vitamin C ini.
  • Vitahealth: VitaHealth Time Release Vitamin C dengan Zinc ini membekalkan 1000mg vitamin C dalam satu tablet. Ia diperkaya dengan campuran antioksidan seperti ekstrak sitrus aurantium, rutin, ekstrak sitrus sinensis dan zink untuk sokongan antioksidan yang hebat.

Kesimpulan

Pastikan anda dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan vitamin C, terutamanya pengambilan dos yang tinggi. JANGAN mengambil vitamin C tambahan jika anda mempunyai masalah batu karang yang berulang, penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik, penyakit darah (kekurangan G6PDH dan hemochromatosis). 

Rujukan: Dr. Zubaidi Hj Ahmad, malay.aestheticsadvisor.com, harianpost.my, WebMD

Leave a comment

Your email address will not be published.