10 Idea Hadiah Untuk Ibu Yang Istimewa Dan Menarik

Ibu adalah merupakan insan istimewa untuk setiap individu. Disebabkan ibu adalah insan yang istimewa, maka hadiah untuk ibu juga mestilah yang teristimewa. Betul tak?

Memberi hadiah kepada ibu adalah salah satu bentuk penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang beliau yang tiada bandingan. 

Untuk artikel pada kali ini, kami akan kongsikan idea-idea hadiah yang menarik dan sesuai untuk diberikan kepada ibunda tercinta. Anda boleh jadikannya hadiah sempena meraikan hari istimewa seperti hari ibu, hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. 

Mari teruskan membaca. 

hadiah untuk ibu

10 Cadangan Idea Hadiah Untuk Ibu Yang Istimewa Dan Menarik

  1. Barang Kemas

Barang kemas adalah merupakan antara hadiah yang sangat bernilai dan semestinya disukai oleh para ibu. Selain itu, barang kemas juga merupakan salah satu ‘pelaburan’ yang baik masa hadapan. 

Anda boleh hadiahkan set gelang tangan, rantai ataupun cincin. Pastikan anda beli barang kemas yang original ya!

  1. Set Alatan Memasak

Tidak asing lagi, dapur adalah tempat kesukaan para ibu. Jadi, dengan menghadiahkan set alatan memasak, para ibu pasti tersenyum bahagia dan lebih bersemangat untuk menyediakan juadah buat keluarga tercinta. 

Antara set alatan memasak yang anda boleh berikan ialah set pisau, set pinggan mangkuk, set periuk, set sudu garfu, set cawan, air fryer dan aksesorinya, oven, dan macam-macam lagi!

Boleh lah jenguk kejap dekat dapur ibu tu, apa lagi yang nak kena tambah.

  1. Set Peralatan Tanaman / Tanaman Kesukaan

Sekiranya ibu anda suka menanam, bolehlah anda gunakan idea ini. Hadiahkan ibu dengan set peralatan tanaman seperti sarung tangan, pasu bunga yang comel-comel, dan sebagainya. Kalau ada kedai yang jual set penuh, itu lebih baik. 

Pastikan anda beli set peralatan yang mudah digunakan dan praktikal untuk ibu anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh hadiahkan tanaman kesukaan ibu di hari istimewa beliau. Mudah sahaja, bawa ibu pergi mana-mana kedai yang menjual tanaman bunga dan minta ibu anda pilih. 

  1. Pakaian & Tudung

Kadang-kadang ibu ni tak sedar pakaian diorang dah lusuh dan koyak sebab yang penting bagi mereka adalah anak-anak. Hah, apa kata sempena hari istimewa beliau, anda hadiahkan sepasang pakaian dan tudung berjenama untuk beliau. 

Tanya jenis stail yang mereka sukai atau lebih mudah, minta beliau pilih sendiri dan anda bayarkan. 

  1. Beg Tangan & Dompet

Sekali sekala hadiahkan ibu beg tangan dan dompet yang berjenama pasti membuatkan ibu anda tersenyum lebar hingga telinga. 

Antara jenama beg tangan yang sering menjadi pilihan ialah, Prada, Coach, Gucci, Christy Ng, dan pelbagai lagi. 

  1. Kasut

Anda juga boleh cuba hadiahkan ibu anda sepasang kasut yang selesa. Semakin bertambah usia, ibu anda perlukan kasut yang dapat menyokong kaki beliau dengan baik. Pilih satu jenama kasut yang berkualiti tinggi dan tahan lama. 

  1. Kerusi Urut

Kerusi urut adalah antara pilihan hadiah yang popular. Hadiahkan sebuah kerusi urut yang mempunyai multifungsi buat ibu anda yang tercinta. Sudah pasti beliau akan sukakannya lebih-lebih lagi sekiranya beliau sering mengadu sakit badan. 

Walaupun harganya agak mahal sedikit, tetapi kalau mampu apa salahnya. Pastikan anda memilih kerusi urut yang selamat digunakan ya!

  1. Rawatan Spa

Sekiranya ibu anda jarang-jarang pergi ke Spa, anda boleh jadikan ia sebagai hadiah istimewa buat beliau. 

  1. Tiket Percutian

Selain barang, anda juga boleh jadikan tiket percutian sebagai hadiah istimewa buat ibu. Tetapi jangan pula biarkan ibu pergi berseorangan. Ajak adik beradik dan ahli keluarga yang lain untuk luangkan masa dan pergi bercuti bersama ibu. Tak perlu pergi jauh-jauh pun, dalam satu daerah atau negeri yang sama pun boleh, yang penting masa berkualiti bersama ibu. 

Inilah masanya anda ‘beli’ jiwa ibu!

  1. Kesukaan / Permintaan Ibu

Masih tak jumpa nak beri ibu hadiah apa? Hah, apa  kata anda cuba tanya apa kesukaan ibu atau, sekiranya ibu anda mempunyai permintaan tertentu. 

Inilah waktu yang sesuatu untuk merealisasikan segala hajat dan permintaan ibu sebagai hadiah istimewa. 

Kredit: shalimaryusof.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161