10 Idea Hadiah Untuk Lelaki Yang Unik & Menarik!

Pemberian hadiah adalah merupakan salah satu simbol penghargaan atau kasih sayang kepada orang tertentu. Namun, mencari hadiah yang terbaik tidaklah semudah yang disangka terutamanya hadiah untuk lelaki. 

Dalam mencari hadiah yang sesuai, sudah semestinya kita nak cari sesuatu yang praktikal tetapi tetap unik dan menarik. Dari segi harga pula, hadiah tak semestinya mahal-mahal. 

Maka, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan 10 idea hadiah untuk lelaki yang anda boleh jadikan inspirasi dalam mencari hadiah. 

Jom baca!

10 Idea Hadiah Untuk Lelaki Yang Unik & Menarik!

  1. Tuala

Mesti ramai yang tak terfikir nak beri hadiah tuala kan? Tuala adalah merupakan antara item yang sangat berguna bagi kaum lelaki. Maklumlah, kadang-kadang mereka terlepas pandang tuala yang dah hitam berkerak dan koyak pulak tu tapi masih lagi digunakan. 

Anda boleh cuba cari jenama tuala yang berkualiti tinggi dan hadiahkan beberapa jenis saiz kepada mereka. Nak lagi istimewa, boleh sulam nama di atas tuala tersebut. 

  1. Set Pencukur Bulu

Kaum lelaki memang tidak asing lagi dengan bulu. Mereka pasti gembira sekiranya diberikan set pencukur yang boleh membantu penjagaan bulu mereka. Hah jangan lupa cari set yang datang sekali dengan krim pencukurnya ya!

  1. Alatan Gym

Hadiah ini sangat sesuai dan berguna untuk lelaki yang sukakan gym dan bersenam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berikan set alatan gym ini sebagai tanda sokongan dan galakkan kepada kesayangan anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat. 

  1. Aksesori Kereta

Buat lelaki yang mempunyai kereta sendiri, anda boleh hadiahkan mereka aksesori kereta yang unik dan berguna. 

Sekiranya anda tidak mempunyai masa atau tak tahu nak beri aksesori jenis apa, anda boleh cuba beli secara dalam talian melalui platform Shopee, Lazada dan lain-lain. Taip je, aksesori untuk kereta, semuanya lengkap hanya dihujung cari!

  1. Wireless Earphone/Headphone

Tak perlu susah-susah, anda boleh jadikan set wireless earphone atau headphone ini sebagai hadiah untuk lelaki kesayangan anda. 

Beli set yang praktikal dan mudah digunakan dimana sahaja termasuklah untuk bekerja dan beriadah. Mereka pasti sangat sukakannya!

  1. Kerusi Gaming 

Ehem. Kaum lelaki semestinya akan tersenyum lebar sekiranya anda hadiahkan set kerusi gaming. Walaupun harganya agak mahal, namun sudah pasti ianya sangat berbaloi. 

Walaubagaimanapun, anda boleh cuba pastikan dahulu model kerusi yang menjadi kegemaran mereka agar taklah membazir nanti bila dah beli tapi tak pakai pulak kan. 

  1. Mesin Kopi

Anda mempunyai bajet lebih? Hah, apa kata hadiahkan mesin kopi untuk lelaki kesayangan anda terutamanya sekiranya dia merupakan pencinta kopi yang tegar. 

  1. Set Pakaian

Pilih satu gaya yang menarik dan anda inginkan, kemudian cari satu persatu item yang diperlukan. Antara item yang anda boleh berikan ialah, topi, baju, seluar, tali pinggang, stokin, dan kasut/sandal.

Bungkus sekali dalam satu bungkusan dan minta mereka gayakan mengikut stail yang telah dipilih. 

  1. Makanan

Siapa cakap lelaki tak sukakan makanan? Hadiahkan makanan kegemaran mereka di hari istimewa pasti membuatkan mereka tersenyum lebar. Lebih-lebih lagi sekiranya anda yang masak! 

  1. Gift Card

Masih tak dapat idea nak bagi hadiah apa? Jangan risau, anda bole hadiahkan gift card untuk dia beli apa yang dia suka.

Contoh gift card yang anda boleh dapati ialah dari jenama pakaian seperti ‘H&M’, Zalora atau untuk hiburan dan gaming seperti Playstation, Google Play dan Netflix. Atau, anda boleh berikan Amazon Gift Card untuk dia pilih sendiri barang yang diinginkan. 

Sebenarnya ada banyak jenis lagi gift card yang anda boleh jadikan hadiah, boleh cuba cari dekat carian Google ya!

Kesimpulan

Salah satu trik cari hadiah untuk lelaki ialah, anda perlu kenal pasti hobinya dan aktiviti yang gemar dilakukannya. Ini akan memudahkan proses pencarian hadiah dan yang paling utama, mereka pasti sukakannya. 

Carilah hadiah yang bukan sahaja unik dan menarik tetapi juga yang praktikal dan berguna dalam kehidupan seharian. 

Semoga anda menemui hadiah yang dicari!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161