10 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan

Orang selalu akan fikir, baking soda hanya digunakan untuk membuat kek dan kuih saja untuk meringankan tekstur sahaja namun tanggapan anda meleset. Sebenarnya, banyak kegunaan baking soda yang kita perlu tahu dan salah satunya adalah untuk tujuan kecantikan. Wah!

Ada 10 senarai kegunaan baking soda untuk kegunaan diri kita. Salah-satunya adalah untuk tujuan kecantikan. Nak tahu apa yang boleh kita buat dengan baking soda? Baca sampai habis ya!

1. Deodorant

Campur baking soda dengan sedikit air , ia akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan.

2. Mencegah Kelemumur 

Campur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut.

3.  Dry shampoo

Tak perlu membazir beli syampu kering, tabur sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan.

4. Jerawat

Campur baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas.

5. Putihkan gigi

i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan solusi ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit

Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi.

ii)  Campur baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan pes untuk menggosok gigi.

6. Eksfloitasi kulit

Campur dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka  untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.

7. Mengatasi nafas berbau

Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur.

8. Membersih alat kecantikan

Sikat anda boleh dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat dengan air suam bercampur dengan 3 sudu makan soda.

9. Manicure Pedicure

Campur dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan dengan air untuk merendm kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.

10 . Mencerahkan kulit

Campur dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, sapu pes pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.

Sumber: Wanista

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: