5 Pewarna Rambut Halal Terbaik, Mesra Wudhuk & Murah!

Mewarnakan rambut adalah merupakan salah satu trend dalam penggayaan rambut yang popular.

Walaubagaimanapun, sebagai Muslim, kita perlu tahu pewarna rambut manakah yang halal dan boleh digunakan agar tidak melanggar hukum agama yang ditetapkan. 

Sebelum itu, mari kita baca hukum mewarnakan rambut dalam Islam. 

Pewarna Rambut Halal, Boleh Ke? 

  • Hukum Mewarnakan Rambut

Secara umumnya, persoalan ini perlu dilihat dari beberapa aspek seperti tujuan mewarnakan rambut, jenis-jenis warna dan pewarna rambut, kesannya pada diri sendiri & orang sekeliling dan sebagainya. 

Mewarnakan rambut dengan warna inai iaitu menggunakan daun dan serbuk inai adalah dibenarkan untuk semua lapisan masyarakat.

Bagaimana pula yang dimaksudkan dengan pewarna rambut halal, patuh syariah dan mesra wudhuk?

  • Ciri-Ciri Pewarna Rambut Yang Dibenarkan Dalam Islam 

Pewarna rambut yang ingin digunakan mestilah TELAP AIR dan kandungannya terdiri daripada BAHAN-BAHAN HALAL dan dibenarkan penggunaannya dalam ibadah.

Setelah digunakan, jirim dan konsepnya adalah seperti inai iaitu elok, tidak melekit dan masuk MENYERAP ke dalam rambut.

Yang paling utama adalah, pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menghalang air daripada masuk ke dalam rambut sekaligus hukumnya sah jika dikenakan ketika wudhuk ataupun mandi hadas.

Pewarna Rambut Halal Terbaik

Senarai Pewarna Rambut Pewarna Rambut Halal Terbaik, Mesra Wudhuk &  Murah

  1. L’Oréal Professionnel (Majirel)

Majirel adalah merupakan produk keluaran di bawah jenama L’Oréal Professionnel, iaitu salah satu jenama penjagaan rambut yang tidak asing lagi di Malaysia.

Pewarna rambut majirel ini menyediakan liputan sempurna sehingga 100% menutupi rambut anda serta tahan lama dan tidak mudah pudar. 

Menawarkan warna yang terbaik, ia juga mampu membantu untuk memulihkan dan melindungi serat rambut secara semulajadi dari teras ke permukaan untuk menjadikan rambut anda lebih bersinar. 

Bukan itu sahaja, pewarna rambut majirel ini mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

  1. Gumash Hair Colour 

Gumash Hair Colour adalah merupakan pewarna rambut yang sangat popular kerana menjadi antara peneraju pewarna rambut yang halal, mesra wudhuk dan patuh syariah di Malaysia. Ia telah diiktiraf oleh 2 panel syariah yang dilantik khas. 

Ramai pengguna memberi maklumbalas positif setelah menggunakan pewarna rambut halal ini kerana kualitinya yang terjamin. Ia diperbuat daripada campuran bahan sintetik dan semulajadi seperti argan oil dan cocoa butter.

  1. Issteru

Walaupun berasal daripada Jepun, pewarna rambut ini juga dipercayai halal dan mesra wudhuk berdasarkan kandungannya. Harganya juga lebih murah berbanding pewarna rambut yang lain. 

  1. Hennaline Inai Rambut

Hennaline Inai rambut adalah keluaran produk lokal yang bukan sahaja memberikan warna perang inai yang cantik di rambut anda tetapi juga mampu merawat masalah rambut kering dan kusut.

Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan masalah kelemumur dan menguatkan akar rambut agar tidak mudah gugur. 

Ia mengandungi bahan-bahan yang halal yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti minyak amla dan minyak kelapa. Dan paling penting, halal dan mesra wudhuk!

  1. V’Asia Inai Perang + Herba

Pewarna rambut V’Asia ini diformulasikan dengan bahan Panthenol atau Pro-vitamin B5 yang dapat menguatkan rambut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu melembabkan kulit kepala sekaligus mengurangkan rambut gugur. Ekstrak zaitun pula membantu rambut anda tumbuh dengan lebih baik. 

Ia amat berkesan untuk membantu menutup rambut beruban anda menjadi perang dan berkilat. 

NOTA:

Pewarna rambut yang disenaraikan adalah berdasarkan; 

  • Logo halal yang tertera pada produk
  • Maklumbalas daripada pembeli.
  • Kajian terhadap latar belakang suatu produk melalui pembacaan terbatas di laman-laman web sahaja.

Kesimpulan 

Akhir kata, sebelum menggunakan sesuatu produk pastikan anda mengetahui kandungan produk tersebut dan dapatkan pandangan orang lain yang pernah menggunakannya. 

Selamat mencuba!

Kredit: infosantai.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161