6 Cara Kurangkan Sakit Gigi Dengan Berkesan Tanpa Perlu Ke Hospital

Pernah dengar tak orang tua-tua dulu selalu cakap macam ni; sakit yang pertama tak tertahan sakitnya ialah beranak. Kedua, sakit gigi. Fuh, memang tidak dinafikan lagi. Sakit gigi ni bukan kepalang rasanya!

Sakit gigi boleh disebabkan oleh  pelbagai punca. Untuk mengenal pasti, ia adalah merupakan sakit yang dirasakan sekitar gigi, gusi atau rahang. 

Anda merasakan sakit berdenyut di sekitar gigi atau gusi, sakit semasa anda menyentuh gigi atau menggigit sesuatu, gigi menjadi lebih sensitif apabila memakan makanan dan minuman sejuk atau panas malah boleh menyebabkan demam. 

Sebelum mengetahui cara kurangkan sakit gigi, mari baca punca-puncanya terlebih dahulu. 

Antara Punca-Punca Sakit Gigi:-

  • Kerosakan Gigi (Karies): Ini adalah merupakan punca sakit gigi yang popular. Jangkitan di dalam gigi boleh disebabkan oleh gigi berlubang dan sebagainya. Makanan yang tersekat di dalam gigi yang rosak (berlubang dll) menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan jangkitan yang boleh menjadi punca sakit gigi. 
  • Keradangan Gusi: Keradangan gusi yang berlaku akibat penjagaan gusi yang tidak baik boleh melarat kepada radang periodontitis (gusi dan struktur periodontal (sekitar gigi) mengalami keradangan)
  • Gigi Sensitif: Anda merasakan sakit gigi apabila memakan makanan atau minuman yang sejuk atau panas. 

Cara Kurangkan Sakit Gigi

Terdapat pelbagai cara untuk membantu melegakan dan mengurangkan sakit gigi yang anda alami sama ada menggunakan cara & petua tradisional mahupun moden. Teruskan membaca! 

  1. Tuam Menggunakan Kain Sejuk/Ais
Cara Kurangkan Sakit Gigi

Anda boleh cuba menggunakan cara ini pada awal kesakitan gigi. Kain sejuk atau ais berupaya untuk membantu mengecutkan salur darah pada kawasan gigi yang sakit sekaligus mengurangkan rasa sakit.

Caranya mudah sahaja, tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selamat 20 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sakit gigi anda berkurangan. 

  1. Gunakan Produk Pengkumur Mulut
Cara Kurangkan Sakit Gigi

Produk pengkumur mulut mengandungi hidrogen peroksida, sejenis bahan yang mempunyai pelbagai jenis manfaat untuk penjagaan oral.

Ia boleh membantu memberikan kelegaan sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.

Anda boleh mendapatkannya di farmasi ataupun melalui deskripsi doktor gigi. Ikut arahan yang diberikan dan jangan telan cecair tersebut. Selepas kumur, buang.

  1. Tuam Uncang Teh Pudina
Cara Kurangkan Sakit Gigi

Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif (tidak boleh gunakan kain sejuk/ais), anda boleh ikhtiar menggunakan cara ini. 

Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit. Pastikan uncang tersebut tidak panas dan jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk (letakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit), ia juga berkesan.

  1. Berkumur Air Garam 
Cara Kurangkan Sakit Gigi

Ini merupakan cara yang paling mudah. Anda hanya perlukan sesudu garam dan secawan air panas. Larutkan garam tersebut dan biakan seketika sehingga suhu air menjadi suam. Lakukan kumur – kumur menggunakan larutan air garam tersebut. 

Garam dipercayai mempunyai sifat antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan bakteria pada gigi anda. 

  1. Tempelkan Bawang Putih 

Ambil seulas bawang putih dan kupaskan. Hiris bawang tersebut tipis-tipis dan tempelkan pada gigi yang sakit. Kemudian biarkan selama sejam atau lebih, sehingga sakit gigi anda semakin berkurangan. 

  1. Bunga Cengkih

Sekiranya anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakan petua ini.   Ambil tiga biji bunga cengkih kemudian tumbuk sehingga hancur. Letakkan serbuk bunga cengkih tadi ke kawasan gigi yang sakit dan tutup lubang gigi tersebut menggunakan kapas. Gigit kapas tersebut sehingga sakit gigi beransur hilang.

NOTA: Anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik bagi mengelakkan sebarang mudarat. 

 Sumber: hellodoktor.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161