6 Nutrisi Penting Yang Terdapat Dalam Buah Berangan

Buah berangan atau dalam bahasa inggerisnya, chest nut, mempunyai kulit berwarna hijau di bahagian luarnya dan berduri halus. Manakala kulit bahagian dalamnya berwarna coklat gelap seperti kekacang. Kedua-dua kulit ini perlu dikupas terlebih dahulu sebelum mendapatkan bahagian isinya. 

buah berangan

Isinya boleh dimakan begitu sahaja, dikisar menjadi tepung & digunakan sebagai bahan pastri, dibakar (ramai yang kata buah ini memang sedap kalau dibakar!) dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, buah ini telah wujud sejak beribu tahun lamanya. 

Selain memiliki rasa yang sangat sedap, buah ini juga mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk tubuh. Pada masa kini, anda boleh dapatinya dalam bentuk sudah dikopek bahkan ada yang siap direbus. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat buah berangan? Jom teruskan membaca. 

Khasiat Buah Berangan 

1. Kaya Dengan Serat 

Melancarkan Sistem Penghadaman: Buah berangan juga kaya dengan kandungan serat. Oleh itu, pengambilan buah ini sangat baik untuk sistem penghadaman kita.

Kandungan serat dapat membantu merangsang pergerakan usus agar lebih lancar, melegakan ketidakselesaan perut, mengelakkan sembelit dan sebagainya. Sekiranya anda menghadapi masalah penghadaman, elakkan memakannya secara mentah kerana ia mengandungi tannin yang boleh mengganggu penghadaman anda. 

Membantu Menurunkan Berat Badan: Dengan pengambilan makanan mengandungi serat yang tinggi, anda akan cepat kenyang dan tidak mudah lapar. Secara tidak langsung, ia membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan mudah. Selain itu, ia juga mengandungi lemak dan kalori yang rendah. 

Mengawal Gula Dalam Darah: Bukan itu sahaja, kandungan serat yang padat pada buah ini juga berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah. Hal ini kerana, makanan yang kaya dengan serat berupaya menyerap kanji secara perlahan dan memastikan agar paras gula dalam darah tidak naik dengan cepat. Kandungan gulanya rendah juga membolehkan pesakit diabetes memakannya. 

2. Kaya Dengan Kalium

buah berangan

Mengurangkan Risiko Penyakit Kronik (tekanan darah tinggi, strok, jantung): Selain kaya dengan serat, buah ini juga mengandungi kalium. Ini memberi beberapa manfaat kesihatan untuk tubuh badan kita. Antaranya ialah, melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko terkena strok dan penyakit jantung. 

Baik Untuk Kesihatan Otak: Bukan itu sahaja, peredaran darah yang lancar juga membantu otak menerima oksigen secukupnya dan secara tidak langsung, ia berupaya untuk meningkatkan kesihatan otak seperti daya ingatan dan fokus seseorang. 

4. Kaya Dengan Vitamin C

Buah berangan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Setengah cawan buah ini boleh menyumbang sehingga 35 ke 45 peratus vitamin C dalam diet harian anda sekiranya dimakan secara mentah. 

Manakala, apabila anda memanggang atau merebusnya, kandungan vitamin C nya akan berkurang sehingga menjadi 15 – 20%. Untuk mengelakkan kandungan vitamin C nya hilang, gunakan suhu yang rendah semasa merebus atau memanggangnya. 

Kandungan vitamin C memberi banyak manfaat untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah membantu melawan penyakit (menguatkan sistem imun tubuh), menyihatkan kulit dan sebagainya. 

5. Kaya Dengan Antioksidan

Selain vitamin C, buah berangan juga kaya dengan kandungan antioksidan yang lain seperti asid gallic (GA), asid ellagic (EA) dan juga polyphenol. Antioksidan ini berpotensi bertindak untuk mengurangkan keradangan. Oleh itu, untuk individu yang mempunyai masalah keradangan sendi, anda digalakkan untuk mengamalkan buah ini. 

5. Kaya Dengan Pelbagai Mineral 

Terdapat pelbagai mineral yang terkandung di dalam sebiji buah berangan. Antaranya ialah  vitamin B, thiamin, riboflavin dan folat. Mineral-mineral ini membantu dalam perkembangan neuron seseorang untuk meningkatkan daya fikir, ketajaman ingatan dan sebagainya. 

Kesimpulan

buah berangan

Anda wajib mencuba buah berangan sekiranya tidak pernah memakannya. Rasanya yang tidak terlalu manis menjadikannya snek buah yang berkhasiat untuk anda. 

Walaubagaimanapun, pastikan anda dapatkan nasihat daripada pakar perubatan jika mempunyai penyakit tertentu sekiranya perlu. Amalkan pemakanan buah ini secara sederhana dan jangan berlebihan. 

Sumber: https://rootofscience.com/ , https://www.webmd.com/diet/health-benefits-chestnuts 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161