6 Tips Bulu Mata Lentik Dan Lebat Tanpa Bulu Mata Palsu

Di zaman moden ini, pemakaian bulu mata palsu adalah langkah paling mudah dan berkesan untuk mendapatkan kesan bulu mata yang dramatik dan menawan. Namun, aksesori ini mungkin tidak begitu praktikal untuk pemakaian setiap hari.

Jangan risau, maskara juga mampu beri efek yang optimum jika anda tahu petuanya. Selain lebih mudah dan pantas, kaedah ini juga memberikan hasil mekap yang lebih natural dan selesa.

1. Panaskan Pengepit Bulu Mata

Tiup pengepit dengan pengering rambut atau rendam dulu getah atau bahagian atas pengepit bulu mata anda ( hati-hati jangan terlampau panas bimbang melecur pula kulit anda nanti).

Letakkan pelentik bulu mata betul-betul dekat dengan akar bulu mata tapi jangan sampai terkepit kulit. Pam perlahan -lahan dan tahan selama beberapa saat. Gerakkan pelentik bulu mata sedikit jauh ke luar dan ulang langkah ini dalam 2-3 kali. Untuk efek yang lebih lebat, anda boleh juga lapiskan primer terlebih dahulu di bulu mata anda.

2. Guna sudu

Ini tips dari bekas model Victoria Secret , Miranda Kerr, mula-mula sapu sedikit bedak asas ringan pada bulu mata . Langkah ini untuk mengelakkan bulu mata daripada bergumpal. Kemudian pakai maskara seperti biasa. Kemudian ambil sudu besi yang bersih dan rendam dalam air panas. Lap kering dan pastikan sudu tidak terlampau panas sehingga boleh melecurkan kulit. Letak sudu pada bahagian atas mata dan tolak bulu mata ke atas menggunakan ibu jari mengikut bentuk sudu. Tahan untuk beberapa saat.

Boleh juga dipraktikan di bulu mata bahagian bawah untuk applikasi maskara yang lebih mudah.

bulu mata lebat 3

3. Guna kad

Letakkan kad di belakang bulu mata. Layangkan maskara menghala ke arah kad tersebut. Untuk hasil yang lebh baik, potong kad tersebut menjadi bentuk lengkungan. Terdapat juga lash card yang sedia dijual di pasaran.

bulu mata lebat 2

4. Pilih maskara dengan formula efek pelebatan dan pemanjangan

Terdapat pelbagai jenis maskara berada di pasaran untuk hasil yang berbeza. Kurang yakin dengan versataility, multi-purpose atau slogan 2 dalam 1 dalam produk? Kami sarankan gunakan dua masakara berbeza dengan kesan yang berlainan. Kesan pemanjangan dan kandungan fiber untuk efek bulu mata lebih panjang. Layerkan dengan maskara dengan kesan pelebatan. Tunggu sapuan pertama separa kering dahulu sebelum sapuan kedua.

bulu mata lebat 6
bulu mata lebat 7

5. Berus maskara

Gerakkan berus maskara dalam gerakan zig-zag untuk kesan curling yang lebih optimum. Anda juga boleh gunakan berus maskara lama yang sduah dibersihkan untuk memisahkan bulu mata yang bergumpal. Jangan lupa bulu mata di inner corner mata anda.

bulu mata lebat 4
bulu mata lebat 5

6. Pastikan warna hitam

Maskara selalunya ditawarkan dalam warna coklat atau hitam. Ada juga jenama kosmetik yang menawarkan warna yang lebih fun seperti biru dan ungu. Tapi untuk impak bulu wanita yang menawan, setia dengan warna hitam. Jika terdapat pilihan dengan warna Very Black, itu lebih baik lagi.

Tips lain

  • Bersihkan maskara sebersihnya sebelum tidur. Maskara antara alat mekap yang susah ditanggalkan terutama jenis kalis air.
  • Guna putik kapas, celup dengan jeli petroleum (Vaseline) atau minyak zaitun dan bersihkan dengan teliti. Sisa maskara yang tidak dibersihkan dengan betul boleh membuatkan bulu mata jadi rapuh dan tercabut.
  • Kandungan jeli petroleum dan minyak zaitun juga akan menyumbang kepada bulu mata yang lebih sihat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Awas, Perhatikan Inilah Punca & Tanda Mati Pucuk!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: