Nak Kekal Slim? Ini 8 Cara Kempiskan Perut Yang PASTI Berkesan!

Tidak kiralah lelaki atau wanita, perut yang kempis merupakan sesuatu yang diidam-idamkan. Walau bagaimanapun, apakah cara kempiskan perut yang terbaik dan tidak memudaratkan badan?

Sebenarnya, bukan mudah untuk mendapatkan perut yang slim dan kempis.

Untuk menghilangkan lemak pada kawasan pinggang, kita perlu bersenam, makan dengan betul, dan menjaga badan dengan baik.

Namun, haruslah diingat bahawa ‘spot training’ atau senaman untuk menghilangkan lemak pada kawasan tertentu sebenarnya hanyalah auta.

Sebagai contoh, kita tidak boleh menguruskan bahagian perut jika kita banyak melakukan senaman pada kawasan tersebut.

Sebab itulah, kawasan perut merupakan bahagian yang paling degil. Walaupun dengan diet dan senaman, ia mungkin akan menjadi bahagian yang terakhir untuk kurus.

10 Cara kempiskan perut untuk tampil lebih slim

Di bawah, kami akan kongsikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk kempiskan perut

1. Tambah lebih banyak senaman kardio

Senaman kardio atau senaman aerobik merupakan cara yang terbaik untuk membakar kalori dan meningkatkan kesihatan jantung.

Pada masa yang sama, senaman ini juga boleh menguatkan otot dan membuatkan perut kita nampak lebih kempis.

Untuk menguruskan badan, cuba luangkan masa untuk melakukan senaman kardio seperti berlari, berjalan dan berenang.

Kajian juga telah membuktikan bahawa senaman berimpak sederhana dan tinggi boleh mengurangkan lemak dalam kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, walaupun tanpa sebarang pengurangan dalam pengambilan kalori.

2. Kuatkan otot teras sebagai cara kempiskan perut

Selain senaman kardio, lakukan juga senaman yang boleh memantapkan lagi otot teras.

Sebenarnya, untuk mendapatkan perut yang kempis, kita perlu melatih semua bahagian otot teras iaitu belakang badan, sisi dan juga dada.

Senaman yang terbaik untuk melatih otot teras sudah tentulah senaman plank!

cara kempiskan perut

Plank bukan sahaja membuatkan otot teras anda menjadi keras, ia juga dapat memperbaiki imbangan badan anda serta menguatkan dada dan belakang badan.

Cuba lakukan variasi senaman plank ketika bersenam. Apabila anda dapat merasakan perbezaan pada kawasan perut, pasti keyakinan diri anda akan turut meningkat!

3. Elakkan minuman beralkohol

Minuman beralkohol merupakan musuh ketat bagi mereka yang ingin mengempiskan perut.

Minuman keras bukan sahaja tidak mengandungi sebarang kalori, ia juga boleh melepaskan hormon estrogen ke dalam darah dan menyebabkan berat badan anda bertambah.

Jika anda serius untuk mengempiskan perut, elakkan minuman beralkohol. Tolak tepi dan jangan minum lagi. Pada masa yang sama, hentikan juga tabiat tidak sihat yang lain seperti merokok. 

4. Pilih makanan yang sihat

cara kempiskan perut

Satu lagi cara kempiskan perut yang berkesan adalah dengan mengambil makanan yang sihat.

Sebagai contoh, pilih makanan yang bukan diproses untuk dijadikan sebahagian daripada diet setiap hari.

Makanan seperti buah epal, salad, ataupun ikan merupakan opsyen yang lebih sihat dan boleh membuatkan perut anda menjadi kempis. 

Bukan itu sahaja. Ia juga akan membuatkan anda rasa lebih kenyang dalam jangka masa yang lebih lama.

5. Utamakan protein

cara kempiskan perut

Jika anda ingin mengempiskan perut, anda perlu mengutamakan pengambilan protein.

Menurut ahli dietetik dari laman sesawang Womens Health Mag, makanan yang kaya dengan protein amat penting untuk otot yang lebih kuat.

Ia juga boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang dan juga dapat membantu menggalakkan pembakaran lemak.

Protein bukan sahaja penting untuk memastikan kita terus hidup dan sihat. Satu lagi kebaikan protein adalah keupayaannya untuk memperbaiki otot selepas bersenam serta membina tisu yang baharu.

6. Pastikan perut sentiasa sihat

Jika sebelum ini anda tidak pernah mengambil berat tentang kesihatan perut, inilah masanya untuk mula mengambil lebih banyak serat dan probiotik.

Ambil lebih banyak makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan yang mempunyai kultur hidup seperti yogurt atau kefir.

Semua makanan ini dapat membantu mengelakkan penyakit seperti sembelit dan membuatkan perut anda rasa lebih selesa sepanjang hari. 

7. Kawal gaya pemakanan

Kawalan pemakanan merupakan cara kempiskan perut yang terbaik. 

Tanpa tabiat pemakanan yang baik, mungkin sukar untuk anda menguruskan badan dan membina otot kerana semua ini memerlukan dedikasi dan disiplin yang mantap daripada anda. 

Antara langkah yang boleh anda lakukan untuk mengawal gaya pemakanan ialah:

  1. Elakkan mengambil makanan yang diproses. Semua gula dan garam tambahan dalam makanan ini pasti akan menyukarkan lagi perjalanan anda untuk mengempiskan perut.
  2. Makan makanan yang sihat. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan lemak yang sihat.
  3. Minum banyak air. Air yang cukup oleh mengelakkan perut kembung dan meningkatkan metabolisme badan.

8. Dapatkan tidur yang mencukupi

Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan badan secara am, ia juga dapat membantu badan untuk mengekalkan berat yang sihat.

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2018 menunjukkan bahawa individu yang kurang tidur lebih mudah untuk rasa lapar. Malah, mereka juga lebih sukar untuk menurunkan berat badan.

Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, anda boleh meningkatkan kualiti tidur dengan cara:

  1. Menutup barang elektronik ketika tidur.
  2. Cuba bersiap untuk tidur 30-60 minit lebih awal.
  3. Lakukan regangan atau meditasi sebelum tidur.
  4. Pastikan anda mendapat sinaran matahari pada waktu pagi.
  5. Bersenam dengan kerap.
  6. Elakkan kafein dan alkohol sebelum tidur.

Jangan lupa amalkan cara kempiskan perut di atas!

Sebenarnya, ada banyak cara kempiskan perut yang mudah dan sihat. 

Apa yang penting, anda haruslah sentiasa konsisten bersenam dan menjaga diet untuk memastikan badan anda tetap kurus dan slim. 

Mungkin pada awalnya sukar untuk anda melakukan semua tip di atas. Walau bagaimanapun, dengan disiplin dan dedikasi, anda pasti boleh melakukannya! 

Rujukan:

  1. https://www.womenshealthmag.com/uk/fitness/strength-training/a702856/healthy-intentions-to-help-you-get-a-flat-stomach/
  2. https://www.insider.com/how-to-get-a-flat-stomach
  3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/do-you-lose-weight-when-you-sleep#how-does-it-happen
  4. https://www.runtastic.com/blog/en/goodbye-belly-pooch-4-ways-to-get-a-flat-belly-for-summer/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: