9 Manfaat Susu Almond Untuk Ibu Menyusu
Susu almond dikhabarkan sangat berkhasiat bagi ibu yang sedang menyusukan anak dan boleh menjadi booster. Susu almond memiliki pelbagai manfaat bagi kesihatan ibu menyusu.
Menurut U.S. Department of Agriculture, susu almond mengandungi nutrisi penting yang diperlukan dalam tubuh badan. Zat gizi yang bermaksud, seperti kalsium, vitamin A, E, dan D.
Apa manfaat manfaat susu almond untuk ibu menyusu yang perlu kita tahu? Semak penjelasannya di bawah ini.
Kebaikan Susu Almond untuk Ibu Menyusu
Terdapat beberapa khasiat susu almond untuk ibu menyusu, berikut merupakan penjelasannya:
1. Meningkatkan Produksi susu badan
Susu almond diduga bermanfaat untuk meningkatkan produksi susu badan. Khasiat susu almond sebagai pelancar susu badan ini berasal daripada kandungan asidlemak omega-3 yang berada di dalamnya.
Asid lemak omega-3 disebut-sebut dapat merangsang hormon susu. Sayangnya, hingga saat ini belum ada kajian yang dapat membuktikan bahawa khasiat susu almond sebagai milk booster, baik dalam meningkatkan kuantiti mahupun kualiti air susu ibu.
2. Menjaga Kesihatan Tulang
Susu almond mengandungi kalsium dan fosfor. Kedua mineral ini berperanan penting untuk menjaga kesihatan tulang bayi.
Si kecil dapat memperolehi dos kalsium dan fosfor melalui susu ibu yang mengamalkan susu almond.
Menurut kajian yang dterbitkan dalam Proceedings of the Nutrition Society, kalsium dan fosfor dapat mendukung pertumbuhan tulang yang kuat. Tambahan lagi, hal ini bermanfaat untuk mengurangkan risiko anak mengalami patah tulang dan osteoporosis di kemudian hari.
3. Menambah Rasa Susu Badan
Beberapa bayi tidak menyukai rasa susu badan. Oleh itu, untuk menambah rasa susus badan, para ibu boleh mengamalkan susu almond.
Susu nabati ini dapat menambah kekentalan serta rasa manis dan krim pada susu badan . Dengan begitu, si kecil mungkin boleh menjadi lebih bersemangat untuk menyusu badan.
4. Mengatasi Radangan
Kandungan antioksidan vitamin E dalam susu almond bermanfaat untuk mengatasi radangan akibat stres oksidatif.
Stres oksidatif adalah keadaan ketika kadar radikal bebas di dalam tubuh melebihi antioksidan. Radangan akibat stres oksidatif boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik, seperti diabetes, kanser, dan penyakit jantung.
Oleh itu, manfaat susu almond dijangka dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan tersebut.
5. Menjaga Kesihatan Mata
Susu almond mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata ibu menyusu dan bayi. Salah satu manfaatnya adalah mengurangkan risiko kerosakan mata akibat stres oksidatif.
Kerosakan mata yang dimaksudkan adala degenerasi makula. Ini merupakan kondisi hilangnya penglihatan di bahagian tengah bidang pandang.
Kondisi ini umumnya dialami lansia. Susu almond bermanfaat bagi mengurangikan risiko mengalami degenerasi makula di kemudian hari.
6. Boleh Untuk Menyusu Penghidap Penyakit Jantung
Berdasarkan U.S. Department of Agriculture, susu almond mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Di dalam 100 gram susu almond, mengandungi 1,2 gram lemak dan 15 kalori.
Oleh itu, susu almond tanpa campuran gula atau pemanis sangat baik diamalkan oleh ibu menyusu yang menghidap penyakit jantung.
7. Bebas Laktosa
Intoleransi laktosa adalah kondisi ketika tubuh sukar untuk mencerna laktosa. Laksota adalah gula yang terkandung dalam susu biasa. Kondisi ini disebabkan oleh kekurangan laktase, iaitu enzim yang berfungsi untuk memecah laktosa.
Untuk ibu menyusu dengan alergi susu lembu atau intoleransi laktosa, susu almond boleh menjadi pilihan untuk diamalkan.
8. Mempercepat Pemulihan Setelah Persalinan Bersalin
Pelbagai vitamin dan mineral di dalam susu almond dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (imunisasi) ibu menyusu. Hal ini dapat mengurangkan risiko susu badan terjangkit penyakit dan infeksi.
Selain itu, mengamalkan susu almond secara rutin juga dapat membantu proses pemulihan selepas Bersalin.
9. Kesihatan Kulit
Setelah melahirkan anak , para ibu biasanya sukar meluangkan waktu untuk menjaga kesihatan kulitnya. Oleh itu, susu almond boleh membantu menjaga kesihatan kulit .
Menurut kajian dalam jurnal Critical Reviews in Eukaryotic Gene Expression, kandungan vitamin E di dalam susu almond dapat melawan radikal bebas yang boleh merosak kulit.
Cara Pengambilan Susu Almond
Sebenarnya, tidak ada aturan khusus untuk minum susu almond bagi ibu menyusu.
Meskipun begitu, ibu menyusu sebaiknya perlu tetap mengamalkan susu almond dalam jumlah sederhana dan tidak berlebihan.
Hal ini agar tidak menimbulkan kesan sampingan susu almond untuk tubuh badan dan bayi. Kesan sampingan yang dimaksudkan adalah masalah pencernaan, seperti mual, tidak selesa pada perut,dan masalah usus.
Jika diambil secara berlebihan, kandungan mineral di dalam kacang almond boleh menimbulkan masalah pencernaan. Gangguan ini utamanya dialami tubuh yang memiliki pencernaan sensitif.
Baca Juga:Manfaat Buah Cempedak Untuk Kesihatan Badan
Minum susu almond untuk ibu menyusu semangnya digalakkan, asalkan tetap memperhatikan kandungan nutrisi yang benar-benar diperlukan oleh ibu menyusu. Selain itu, susu almond sebaiknya diambil dalam jumlah cukup dan tidak berlebihan.
Semoga bermanfaat!
Rujukan:
- Proceedings of the Nutrition Society. Diakses 2022. The Role of Dietary Calcium in Bone Health.
- Nutrients. Diakses 2022. Almonds (Prunus Dulcis Mill. D. A. Webb): A Source of Nutrients and Health-Promoting Compounds.
- Sanford Health. Diakses 2022. Top 10 Superfoods for Breastfeeding Moms.
- U.S. Department Agriculture. Diakses 2022. Almond Milk, Unsweetened.
- Critical Reviews in Eukaryotic Gene Expression. Diakses 2022. A Comprehensive Review of Free Radicals, Antioxidants, and Their Relationship with Human Ailments.