Apa Kesannya Jika Pakai Facial Mask Setiap Hari?

Soalan pertama yang harus anda tanya pada diri sendiri, mengapa anda mahu menggunakan facial mask (masker muka) setiap hari? Untuk memperbaiki kulit? Menjadikan kulit wajah lebih bersih tiada sebarang cela? Kelihatan lembap dan muda sentiasa? 

Facial mask mempunyai pembersihan mendalam yang mampu menyegarkan atau menyelesaikan kulit yang bermasalah.

Walau bagaimanapun, tidak semua jenis facial mask boleh digunakan setiap hari.

Berikut penjelasan tentang jenis-jenis masker muka dan kekerapan penggunaan yang disarankan.

1. Gel masks – setiap hari boleh

facial mask

Terdapat banyak jenis facial mask yang sesuai untuk jenis kulit yang berbeza. Biasanya digunakan untuk melegakan kulit yang sensitif dan mempunyai kesan penyejukan.

Jenis facial mask ini mungkin boleh digunakan setiap hari kerana ianya cukup lembut.

Sudah tentu anda juga boleh menggunakan ia hanya sekali atau dua kali seminggu jika anda tidak berminat dengan penggunaan yang kerap.

2. Exfoliating facial masks – boleh digunakan setiap hari

Masker ini bertujuan untuk pembersihan dan pengelupasan, ianya membantu membersihkan kulit daripada pengumpulan sel kulit mati, yang akan membawa kepada masalah ataupun pertumbuhan bintik hitam. 

Masker ini jenis licin apabila digunakan dan biasanya dibiarkan kering selama 5 hingga 10 minit.

3. Sheet facial masks – boleh digunakan setiap hari

facial mask

Mask jenis ini boleh digunakan kerap kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit anda lebih bertenaga.

Selalu digunakan sebelum anda ingin ke majlis tertentu, anda mahu lembapkan muka sebelum mulakan mekap.

4. Homemade facial mask – boleh digunakan setiap hari

Facial buatan sendiri baik untuk kulit, malah boleh digunakan setiap hari.

Sebelum anda buat masker sendiri, anda harus pastikan bahan tersebut berkhasiat dan sesuai dengan kulit wajah anda sebelum menggunakannya pada muka.

Anda boleh cuba masker buatan sendiri seperti gunakan madu kerana ianya berkesan untuk kulit muka. Atau yogurt, baking soda, telur serta facial buahan.

5. Moisturizing masks – sekali atau dua kali seminggu

Mask ini tidak sesuai digunakan setiap hari, ianya hanya boleh digunakan sekali atau dua minggu sahaja. Bila anda gunakan masker jenis ini, biarkan di muka antara 10 hingga 30 minit. Ianya berkesan untuk kulit kering kerana meningkatkan tahap kelembapan kulit.

Oleh itu, jenis ini  mungkin tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana ianya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi lebih teruk jika digunakan secara berlebihan. Sekali atau dua kali seminggu adalah mencukupi melainkan jika kulit anda adalah sangat kering.

Sebelum anda ingin menggunakan facial mask, anda perlu tahu kulit wajah anda jenis apa, jika anda mempunyai kulit sensitif maka anda perlu gunakan gel mask.

Jika anda tidak pasti facial mask apa yang sesuai untuk kulit anda, anda boleh tanya kepada perunding.

Yang paling penting, anda perlu gunakan tiga langkah utama iaitu, cleanser, toner dan moisturizer.

Baca juga: Suntik Wajah Berbentuk (V -Shape Face) Hukumnya Berdosa?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: