Asid Folik : Makanan Tambahan Penting Untuk Bakal Ibu

Bagi pengantin baru yang memasang hajat untuk menimang cahaya mata, anda pasti pernah terdengar tentang saranan untuk mengamalkan pengambilan asid folik.

Apakah fungsi dan kepentingannya kepada kesihatan anda?

Artikel ini akan mengupas beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum mengambil asid folik. 

asid folik
Kredit Foto : thedailybeast.com

Baca Juga : Cara Kenalpasti Waktu Subur Wanita Untuk Mudah Hamil

Asid folik juga merupakan nama lain bagi vitamin B9 yang penting dalam penghasilan sel darah merah dan penting dalam fungsi dan pertumbuhan sel dalam badan.

Nutrisi ini penting lebih-lebih lagi pada awal waktu kehamilan bagi mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang kandungan.

Asid folik yang sering kita dengar merupakan supplemen folat yang berbentuk sintetik.

Selain menjadi supplemen vitamin penting bagi ibu hamil, ia juga sering dijumpai dalam karbohidrat diproses seperti bijirin dan pasta.

Kepentingan Asid Folik Bagi Wanita

1. Menggalakkan Pembentukan Sel Darah Merah Yang Sihat

Ia berperanan untuk membina sel darah merah baharu dengan lebih berkesan.

Kekurangan asid folik dalam badan boleh mengakibatkan anemia yang dikenali sebagai anemia kekurangan folat.

Masalah ini juga sering dialami oleh wanita pada usia melahirkan anak berbanding lelaki.

2. Mengelakkan Kecacatan Tiub Neural Bayi

Kajian mendapati pengambilan asid folik dapat mencegah berlakunya kecacatan pada tiub neural bayi seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala).

Kredit Foto : mayoclinic.com

Ia juga dapat memberikan kebaikan kepada ibu dan bayi dalam kandungan seperti :

  • Meningkatkan kesuburan dan menguatkan rahim wanita
  • Menguatkan tulang bayi
  • Membantu pembentukan janin yang sempurna
  • Mengelak kecacatan pada bayi
  • Mengelakkan risiko autism pada bayi

Waktu Sesuai Pengambilan Asid Folik

Kecacatan kelahiran biasanya berlaku di antara minggu ketiga atau keempat kehamilan.

Justeru itu, para wanita disarankan untuk mula mengambilnya 3 bulan sebelum berkahwin bagi memastikan badan dilengkapi dengan nutrisi penting untuk perkembangan bayi.

DI samping itu, para ibu juga perlu konsisten dalam mengambil supplemen ini pada 12 minggu pertama kehamilan kerana pada ketika itu, otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan sedang berkembang.

Kredit Foto : cdc.gov/pregnancy

Cara Pengambilan

Biasanya, doktor akan mensarankan pengambilan supplemen ini dengan kadar 400 mcg sehari buat wanita yang sedang merancang atau baru disahkan hamil.

Namun, doktor mungkin akan mengesyorkan dos yang lebih tinggi bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ia boleh diambil sebelum atau selepas makan. Jika anda terlupa, anda hanya perlu ambilnya pada keesokan harinya tanpa perlu menambah dos.

Jenis-Jenis Supplemen Asid Folik Terbaik Di Pasaran

Memetik TheAsianParent , terdapat lapan jenama supplemen yang popular dan boleh didapati di farmasi berdekatan iaitu  :

  1. Iberet Folic 500

2. Hovid Folic Acid

3. Zincofer

4. Appeton Essential Folic Acid

5. Mega Ferrovit

6. Prime Folic Acid 5 mg

asid folik

7. Nature’s Bounty Folic Acid

asid folik

8. Natural Factors Folic Acid

asid folik
Kredit Foto : theasianparent.com

Kebaikan Asid Folik Pada Kesihatan

Selain baik diamalkan bagi wanita, supplemen ini mampu memberikan manfaat lain kepada kesihatan seperti berikut :

Mengekalkan Kesihatan Mata

Beberapa kajian mendapati pengambilan supplemen ini bersama vitamin lain seperti vitamin B6 dan B12 didapati dapat mengurangkan risiko masalah penglihatan menjelang usia semakin meningkat.

asid folik

Mencegah Kemurungan

Kajian lain mendapati pengambilan asid folik bersama ubat antidepresan dapat mengurangkan gejala kemurungan secara berkesan.

Mengawal Tekanan Darah

Sebuah hasil kajian mencadangkan pengambilan asid folik setiap hari sekurang-kurang selama 6 minggu bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.

Sumber Folat Semulajadi Melalui Makanan

Tidak hanya bagi wanita hamil, vitamin B9 sebenarnya penting untuk semua tanpa mengira jantina.

Vitamin B9 atau folat boleh didapati secara semula jadi daripada pelbagai jenis makanan seperti :

  1. Kekacang
  2. Aparagus
  3. Telur
  4. Sayuran Hijau
  5. Buah-buahan sitrus
  6. Hati lembu
  7. Betik
  8. Pisang
asid folik
Kredit Foto : siraplimau.com

Asid folik sememangnya penting buat wanita yang merancang hamil, namun ia juga baik untuk diamalkan buat semua bagi menjamin kesihatan badan.

Selain didapati dalam bentuk supplemen, vitamin B9 juga boleh didapati dalam kekacang, sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

Bagi wanita yang mempunyai masalah kesihatan, rujuklah dahulu kepada doktor bagi memastikan dos yang terbaik untuk anda amalkan setiap hari.

Sumber :

Folate (folic acid)

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-folate/art-20364625

Jangan Skip Makan Asid Folik Ketika Mengandung, Ini Antara 7 Jenama Yang Bagus

https://my.theasianparent.com/merancang-untuk-hamil

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85