Awas, Ini Tabiat Kecil Boleh Menyebabkan Muka Tumbuh Jerawat
Siapa sahaja yang tidak tertekan jika wajah ditumbuhi jerawat. Cara yang paling cepat untuk menghilangkan jerawat adalah dengan memicitnya. Namun adakah cara ini selamat untuk kulit wajah anda?
Tahukah anda, selain daripada memicit jerawat, terdapat beberapa lagi tabiat kecil yang boleh memicu berlakunya pertumbuhan jerawat yang lebih banyak. Nak tahu apa tabiat-tabiat kecil itu? Mari kami kongsikan di bawah ini.
1. Terlalu kerap mencuci muka
Walaupun mencuci muka adalah penting untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa bersih tetapi perlu diingatkan bahawa mencuci terlalu kerap akan membuatkan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaiknya, basuh muka anda pada waktu pagi apabila anda bangun dan pada waktu malam sebelum tidur.
2. Bersungguh-sungguh menggosok kulit anda
Menyental kulit anda dengan tuala kecil, loofah, atau pencuci pengelupasan akan menyebabkan kerengsaan yang ketara. Hal ini juga mungkin menjadi lebih teruk pada kulit berjerawat anda. Untuk mengelakkan jerawat, sentiasa basuh dengan hanya air suam dan pembersih yang lembut.
3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh
Selepas anda melakukan senaman, kulit anda boleh ditutup dengan peluh. Jangan biarkan ianya sebati pada kulit anda sebaliknya sentiasa mandi atau cuci dengan segera selepas berpeluh.
4. Sentiasa gatal untuk kutil dan sentuh jerawat
Ya, penulis faham anda geram dengan jerawat yang naik di muka tetapi jangan memilih untuk menyentuhnya kerana ini hanya boleh menyebabkan kemerahan meningkat, nanah meresap ke dalam kulit lalu mengakibatkan parut. Sebaliknya, pastikan tangan anda jauh daripada muka, biarkan jerawat dirawat dengan bantuan losyen anti-jerawat atau krim.
5. Pastikan produk rambut tidak terkena pada muka
Adalah penting untuk memastikan semburan rambut, gel, mousse, atau produk rambut yang lain jauh dari muka anda untuk menghalangnya memasuki liang kulit anda. Pastikan anda menutup muka ketika menggunakan produk tersebut agar tidak terkena wajah.
6. Makan makanan yang berminyak
Ini kebiasaan yang selalu dilakukan malah hal ini sememangnya tidak boleh dielakkan, makan makanan berminyak. Lebih-lebih lagi makanan ringan menjadi kesukaan semua orang. Walaupun makanan yang anda makan tidak menyebabkan jerawat, makanan berminyak boleh menjadikan kulit berjerawat teruk kerana minyak yang berlebihan. Jadi berpegang kepada diet yang sihat tanpa berminyak demi kesihatan anda juga.
7. Menggunakan kosmetik yang mengandungi minyak
Jika anda mempunyai kulit berjerawat, janganlah beli produk yang mengandungi minyak. Apabila anda membeli alat solek dan produk kulit yang lain, carilah produk yang bebas minyak dengan label “non-acnegenic” atau “non-comedogenic” untuk membantu mencegah jerawat.
8. Menghentikan rawatan jerawat anda
Jika anda menggunakan ubat-ubatan preskripsi untuk masalah jerawat, ia adalah berita baik kerana kini wajah anda sedang dalam rawatan. Jika sudah pulih, itu tidak bermakna anda berhenti menggunakan ubat tersebut.
Baca juga: Bolehkah Melakukan Hubungan Intim Semasa Keputihan?
Baca juga: Perbezaan Sunscreen SPF 30 dan 50 Serta Fungsinya Untuk Kulit