Bahaya Cuci Rambut Setiap Hari! Ini 5 Sebabnya

BOLEHKAH CUCI RAMBUT SETIAP HARI?

Banyak perbincangan dan perbahasan yang telah dilakukan selama bertahun-tahun tentang seberapa kerap anda mencuci rambut .

Ramai wanita cuci rambut hampir setiap hari, kalau boleh setiap hari bila mandi dicucikan sekali rambut kerana merasakan rambut berada dalam keadaan yang tidak baik.

Ada setengah wanita cuci rambut setiap hari kerana bila mereka tidak cuci rambut akan kelihatan buruk dan kulit kepala gatal.

Sebenarnya setiap orang lain hal dan punya masalah sendiri. Mempunyai rambut bersih dan wangi adalah perkara yang selalu diutamakan wanita.

Namun anda tidak perlu cuci rambut setiap hari kerana rambut yang kotor ternyata memberi pengaruh yang lebih baik.

Betulkah begitu?

Jom baca penjelasan berikut.

BACA JUGA: Apa Kesannya Jika Pakai Face Mask Setiap Hari?

5 Sebab Tidak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari

1. Lebih Mudah Digaya

Ingatkan anda dengan permintaan penata rambut di salon untuk tidak mencuci rambut sekurang-kurangnya sehari sebelum rambut dimain oleh mereka?

Kerana rambut yang baru dicuci lebih ‘licin’ dan sukar untuk digayakan walaupun sudah diletakkan hairspray.

Rambut yang belum dicuci sehari atau dua hari lebih mudah ditata rias.

2. Lebih Sihat

Jika anda mencuci rambut setiap hari, mungkin minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang. Padahal minyak alami itu berfungsi menjaga kelembapan kulit kepala dan membuat rambut tetap lembut. Maka mencuci rambut dua hari sekali lebih disyorkan.

3. Warna Lebih Tahan Lama

cuci rambut setiap hari

Anda memakai pewarna rambut ? Jangan terlalu sering mencuci rambut! Bahkan bila rambut anda tidak diwarna, jangan cuci setiap hari agar warnanya tetap berkilau.

Beberapa bahan di syampu dapat melunturkan warna rambut secara perlahan.

Pilihlah syampu khas untuk rambut berwarna.

4. Tidak Membuang Masa

cuci rambut setiap hari

Mencuci rambut dan mengeringkannya perlukan waktu. Dengan cuci rambut dua hari sekali, anda boleh menjimatkan masa untuk melakukan hal – hal lain.

5. Saranan Pakar

Walaupun pakar dermatologi menyarankan bahawa pengambilan syampu yang ideal bermula dua hari sekali, namun sebenarnya masih belum ada jawapan yang sesuai.

“Cucian rambut bergantung kepada tahap rambut dan aktiviti anda,” kata ahli dermatologi yang diperakui di Ichnan School Of Medicine di Mouint Sinant New York.

Selain daripada sebab-sebab di atas, anda juga boleh berjimat jika menggunakan syampu dalam kadar 2 hari sekali kan?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: