Bawah Mata Hitam? Ini Cara Untuk Menghilangkannya!
Bawah Mata Hitam? Ini Cara Untuk Menghilangkannya! ~ Rasa tak konfiden je tengok bawah mata hitam ni kan. Wajah pun nampak tak bermaya dan lebih tua.
Tetapi jangan risau, bukan anda sahaja tau yang alami masalah ini. Ramai lagi yang turut menghadapi masalah ini tak kiralah lelaki atau perempuan. Namun persoalannya adalah, bolehkah lingkaran mata hitam ini hilang?
Sebelum itu, mari kita ketahui apakah punca yang menyebabkan bawah mata hitam.Mari teruskan membaca!
Apakah Punca Bawah Mata Hitam?
Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca kepada situasi ini berlaku antaranya ialah;
- Tidur yang berlebihan.
- Mata keletihan
- Suka berjaga malam
- Kekurangan tidur
- Alahan
- Genetik
- Usia/Penuaan
- Tekanan berlebihan pada mata; Biasanya disebabkan oleh terlalu kerap menonton televisyen atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
- Kekurangan nutrisi; Diet yang sihat dan kaya nutrisi seperti vitamin A, C, K, E dan nutrien boleh menghilangkan lingkaran gelap.
- Merokok dan pengambilan alkohol
- Dehidrasi; tanda kekurangan air dalam badan
- Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan
- Perubahan hormon
Cara Untuk Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
- Beli Krim Khusus
Terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan untuk membantu menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Anda boleh pilih produk yang hydroquinone contohnya retinol.
- Pakai ‘Sunscreen’
Pastikan anda sentiasa memakai pelindung cahaya matahari atau sunscreen bagi mengelakkan kulit anda terdedah kepada sinaran ultraungu terutamanya bahagian bawah mata kerana bahagian tersebut memiliki lapisan kulit yang tipis.
- Amalkan Pemakanan Dan Gaya Hidup Yang Sihat
Bagi memastikan tubuh anda menerima nutrisi yang mencukupi, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jangan lupa minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi kulit.
Banyakkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi vitamin, zat besi, asid amino dan kollagen untuk membantu merawat bahagian kulit mata anda.Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula dan garam terlalu tinggi.
Hentikan pengambilan alkohol dan juga rokok yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
- Tidur Secukupnya
Amalkan cara tidur yang sihat iaitu tidur sekurang-kurangnya 5 jam sehari. Sebaiknya tidur sekitar tujuh hingga ke lapan jam setiap hari.
Jangan suka tidur lewat ataupun bergadang sehingga keesokan hari. Tetapkan waktu tidur anda setiap hari dan berusaha untuk patuhi jadual tersebut.
- Merawat Punca Alahan
Sekiranya anda dapat mengenal pasti punca situasi Ini adalah disebabkan oleh alahan yang dialami, pastikan anda mendapatkan rawatan daripada Pakar Perubatan untuk merawat alahan anda.
- Gunakan Ramuan Alternatif Di Rumah
Anda boleh cuba gunakan uncang teh, ubi kentang, timun, avocado, ais batu dan sebagainya. Buat carian mengenai petua yang anda boleh amalkan di rumah.
Selamat Mencuba!
Sumber: https://hellodoktor.com/