Bengkak Susu : Punca, Simptom dan Cara Atasi (Breast Engorgement)

Dalam rutin menyusu bayi, terdapat pelbagai masalah yang boleh dihadapi ibu termasuklah bengkak susu.

Masalah ini membuatkan payudara keras dan sensitif apabila disentuh.

Bengkak susu berlaku apabila payudara bengkak sehingga menyebabkan keradangan akibat penghasilan susu yang terlalu banyak daripada jumlah yang diminum oleh bayi. 

Setelah 2 ke 5 hari bayi dilahirkan, badan anda akan mula hasilkan susu. 

Sebelum itu, kelenjar susu menghasilkan kolostrum yang mengandungi nutrisi penting bagi keperluan bayi yang baru lahir. 

bengkak susu
Kredit Foto : verywellfamily.com

Baca Juga : 13 Tanda Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Tahu Sebagai Persiapan

Memetik UOFM Health, apabila susu badan mula terkumpul di payudara, adalah normal untuk payudara anda terasa penuh, bengkak dan sedikit hangat.

Ia terjadi disebabkan oleh aliran darah dan cecair yang lebih dari biasa bagi badan menghasilkan susu.

Lebihan cecair inilah yang digunakan untuk badan anda hasilkan susu untuk keperluan bayi. 

Payudara penuh yang normal akan reda sendiri selepas beberapa hari semakin anda menyusukan bayi.

Namun, payudara anda boleh timbul rasa sakit dan bengkak sekiranya anda tidak menyusu bayi dengan kerap atau sesi penyusuan tidak mengurangkan jumlah susu yang terkandung dalam payudara. 

Punca Bengkak Susu 

Beberapa situasi juga boleh menyebabkan para ibu mudah alami masalah ini seperti :

  • Payudara terasa keras dan mampat.
  • Terlepas waktu menyusu.
  • Terlepas rutin mengepam susu.
  • Memberi susu formula kepada bayi antara waktu menyusu
  • Menyusukan bayi yang sedang sakit
  • Bagi menghadapi kesukaran untuk menghisap susu (latching)
Kredit Foto : madeformums.com

Simptom Bengkak Susu

Bergantung kepada individu, payudara boleh alami bengkak susu dengan simptom seperti berikut :

  • Payudara terasa suam, berat dan penuh
  • Payudara terasa bengkak dan sakit
  • Urat di bawah kulit dada timbul akibat aliran darah yang meningkat
  • Demam dan lesu pada hari-hari awal susu dihasilkan. Simptom ini turut dikenali sebagai milk fever.

Milk fever adalah simptom normal dan ibu masih boleh menyusukan anak dalam keadaan demam.

Namun, jika anda didapati demam, lebih baik beritahu doktor kerana demam juga boleh menjadi petanda bagi sesetengah jangkitan payudara.

Bengkak susu juga boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua payudara pada waktu yang sama.

Bengkak yang berlaku juga boleh melarat ke dada dan berdekatan ketiak.

Rawatan Bengkak Susu

Bagi meredakan bengkak dan rasa sakit, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan para ibu seperti :

  • Tuam payudara menggunakan air suam atau mandi menggunakan air suam bagi merangsang let down reflex (aliran susu lancar). 
  • Menyusu dengan lebih kerap sekurang-kurang sekali setiap satu hingga tiga jam. 
  • Redakan sakit dan bengkak dengan menekap pek ais di dada. 
  • Pam susu jika tidak dapat berikan susu pada anak. 
  • Gunakan bra sokongan bagi mengurangkan rasa sakit. 
Kredit Foto : parents.com

Para ibu juga boleh gunakan ubat tahan sakit yang disarankan oleh doktor. 

Jika anda tidak menyusu badan, anda tidak perlu pam susu.

Ini bagi membiasakan badan anda supaya tidak menghasilkan banyak lagi susu yang tidak digunakan.

Jika anda tidak pam, anda akan dapati penghasilan susu badan akan berkurangan dengan sendirinya. 

Sekiranya anda sudah mencuba beberapa kaedah untuk meredakan bengkak susu namun masih tidak berhasil, dapatkanlah pandangan daripada doktor untuk rawatan lanjut.

Doktor juga mungkin akan meminta anda mengenalpasti simptom yang berkaitan bagi memastikan anda mendapat rawatan yang sebaiknya.

Sumber rujukan:

Breast Engorgement: Is It Normal? What Can I Do About It?

https://www.healthline.com/health/breast-engorgement#symptoms

Breast Engorgement

https://www.uofmhealth.org/health-library/hw133953

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85