Bila Perlu Ambil Ubat Cacing?

Adakah anda masih ingat bilakah kali terakhir anda makan ubat cacing? 

Rata-rata daripada kita hanya memakan ubat cacing semasa kanak-kanak sahaja. Namun, tahukah anda masalah jangkitan cacing bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak tetapi orang dewasa juga berisiko untuk mendapat jangkitan cacing. 

Adakah jangkitan cacing berbahaya? 

Ya. Jangkitan cacing boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya ialah, anemia, cirit-birit, gatal bahagian dubur, muntah, loya, sakit perut, masalah kekurangan nutrisi dan sebagainya. 

Biasanya, kanak-kanak yang terkena jangkitan cacing akan mengalami kekurangan zat (cacing akan ‘mencuri’ nutrisi & mineral dalam badan) dan menyebabkan pertumbuhan atau tumbesaran fizikal kanak-kanak tersebut terganggu. 

ubat cacing

Bila Perlu Ambil Ubat Cacing?

Ubat cacing disarankan untuk dimakan setiap enam bulan sekali. Namun, sekiranya anda menghadapi tanda-tanda dibawah, pastikan anda segera mengambil ubat cacing. Jangan berlengah lagi tau. Tanda-tanda tersebut adalah:-

1. Terdapat Cacing Pada Najis

Sekiranya terdapat cacing pada najis, ia menandakan berkemungkinan besar  individu tersebut telah terkena jangkitan cacing.

Bahkan, lebih teruk lagi sekiranya terdapat telur (bintik putih) yang turut kelihatan pada najis. Ia menandakan cacing tersebut telah membiak di dalam tubuh. 

2. Tidak Berselera Untuk Makan

Kehilangan selera makan boleh jadi petanda pelbagai jenis penyakit termasuklah jangkitan cacing. Cacing yang masuk ke dalam tubuh anda akan mengeluarkan asid ke bahagian dinding perut anda.

Hal ini boleh menyebabkan perut anda tidak selesa dan selera makan akan berkurang.  Sistem pencernaan anda juga boleh terganggu. 

3. Sering Lapar Walaupun Baru Habis Makan

Cacing adalah merupakan parasit. Ia akan ‘mencuri’ zat-zat daripada makanan atau minuman yang anda ambil.

Oleh itu, anda sering berasa lapar walaupun sebenarnya baru sahaja selesai makan. Secara tidak langsung keadaan ini akan menimbulkan masalah kesihatan yang lain. 

4. Berat Badan Sukar Bertambah/Turun Mendadak

Apabila cacing-cacing di tubuh anda ‘mencuri’ semua zat yang diperlukan oleh tubuh, ia akan menyebabkan berat badan anda turun walaupun anda tidak berusaha untuk itu.

Selain itu, ia juga menyukarkan anda untuk menambah berat badan walaupun anda sudah makan sebanyak mungkin. 

5. Timbul Ruam

Ruam terjadi boleh disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya ialah jangkitan cacing. Apabila terkena jangkitan cacing, ia tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan dalam anda.

Bahan kimia yang dikeluarkan oleh cacing-cacing yang berada di dalam tubuh anda boleh menyebabkan masalah ruam atau kemerahan serta gatal di kulit anda. 

6. Gatal Bahagian Lubang Dubur

Kegatalan pada lubang dubur adalah disebabkan oleh cacing yang terlekat pada lubang tersebut semasa berlakunya pergerakan najis. Kegatalan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan sekaligus boleh mengakibatkan lubung dubur anda sakit dan pedih. 

Ubat Untuk Jangkitan Cacing 

Terdapat beberapa jenis ubat cacing yang anda boleh ambil. Biasanya ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan ini ialah albendazole, mebendazole dan lain-lain. Salah satu fungsi ubat cacing adalah menghalang cacing menyerap zat-zat dalam tubuh.

Zat-zat ini terutamanya glukosa adalah merupakan ‘makanan’ utama cacing. Apabila tidak mampu menyerap zat tersebut, cacing-cacing dalam tubuh akan kehilangan tenaga lalu mati dengan cepat. 

ubat cacing

TIps Pencegahan

  • Sentiasa menjaga kebersihan, basuh tangan menggunakan sabun dan teknik yang betul.
  • Pastikan anda sentiasa menggunakan alas kaki (selipar/kasut) semasa berjalan di luar rumah.
  • Pastikan ada membasuh sayuran dan buahan dengan bersih sebelum memasak. 
  • Elakkan memakan makanan yang mentah/tidak dimasak sepenuhnya. 
  • Gunakan sarung tangan apabila memegang sebarang kotoran termasuk najis haiwan peliharaan anda. 
  • Makan ubat cacing mengikut nasihat doktor. 

Sumber: siraplimau.com, hellodoktor.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161